OK bernyawa balik blog ni hahaha...
Beberapa hari ni memang hilang mood sket.
Mood bercuti tu masih ada, nak jenguk blog cam malas.
Ni kita cuba kembalikan mood berblog balik ye.
Seperti yang korang tahu, sebelum ni ako ada buat entry "teaser: holiday mood" kan.
[baca sini : TEASER HOLIDAY MOOD]
Jom join membaca trip ako dan blogger SIS LIN , CIKSUN serta CHE CT ke Hat Yai, Thailand baru-baru ni.
Trip kami ni nak cakap last minit pun bukan , nak cakap memang plan beriyer pun takde la sangat.
Trip dengan tujuan dan misi hanya satu iaitu nak JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM) je pun. Cadangan dibuat. Asalnya nak buat trip holiday ngan geng-geng KAMIE, sebab dah lama betul tak gather-gather ngan diorang tu. Dan sepatut nya trip ni 10 orang tapi last minit Carneyz tak dapat nak join atas sebab kesihatan beliau yang tak mengizinkan. Jadi nya hanya kami berenam aje la yang meneruskan misi JJCM ni.
Kami ke Hatyai dengan menaiki ETS dari KL Sentral menuju ke Padang Besar.
Tiket ETS korang bole beli online je kat sini --> https://online.ktmb.com.my/
Sekarang ni KTMB ada promo tau. Diskaun sebanyak 25%
Terma dan syarat:
- Minimum 4 orang dalam satu pembelian,
- Diskaun layak untuk tiket Dewasa dan Kanak-kanak
- Tarikh perjalanan 14 Feb - 31 Dis 2022
- Layari website https://www.ktmb.com.my/ untuk terma dan syarat penuh
Masukkan kod : KMKTMB22 semasa isi details
Jam 6 pagi kami dah sampai di KL Sentral. Usai solat subuh, kami sarapan dulu di McDonalds untuk alas perut.
ETS kami adalah pada jam 7:08 pagi.
Selesai sarapan, segera kami ke gate perlepasan.
Alhamdulilah tren pun awal sampai. Tak perlu nak tunggu lama.
Sila perhatikan koc ye sebelum naik.
Kami naik ETS Platinum 9272 , camni la ghope dalam koc nya ye.
Ruang luggage dihujung koc dan juga di atas tempat duduk
Seat dia bagi ako selesa sket daripada seat komuter.
Ke seat komuter sekarang ni pun dah selesa juga? Hahahah lama tak naik komuter.
Nak kena tanya SA ni😆
Untuk koc platinum ni, plug terletak di bawah kerusi tapi sharing ye sebab hanya ada satu je.
Meja makan macam dalam flight tu.
TV takde ye nak tengok movie bagai.
Ko bawa la laptop or ipad sendiri kalau nak layan movie unless ko beli tiket business class, ye ada skrin sorang satu untuk ko layan movie. Dan harga tiket of coz lagi mahal ye kalau business class sebab dah termasuk makan dan minum sekali.
Toilet dia ada 2 jenis, satu untuk orang cacat (luas sket), satu toilet sempit sket macam dalam flight.
Masa masuk toilet ni tolong la jangan lupa lock pintu manually ye.
Sebab terjadi, lampu hijau kat pintu tu tak bertukar merah, so ako assume toilet memang takde orang.
Sekali bila tekan butang buka, ermmm kluar amoi, tanjat ahkak!! Nasib baik amoi tu pun kebetulan memang dah setel urusan, kalau sebaliknya....???!!!
Cafe terletak di Koc C.
Takde la besar sangat pun , dining area dia pun cukup la 3 meja.
So, nak melepak minum minum kopi sesaja macam leceh.
Unless tak ramai kat situ, so ok la kalau nak lepak lepak.
Ruang solat terletak di Koc D. Siap ada tempat wudhu lagi.
So tak perlu risau k nak cari tempat solat dalam ETS semua ada disediakan.
Lalaun ETS dari KL Sentral ke Padang Besar.
Akan berhenti di beberapa hentian sepanjang perjalanan tu.
5 jam perjalanan macam tak terasa sangat, maybe sebab siang kot.
Kena cuba perjalanan waktu malam, gerenti rasa berejam dalam ketapi hahaha.
Alhamdulilah selamat sampai di stesen Padang Besar tepat jam 12:41 tengahari.
Nasib tak padat macam suasana pada Hari Malaysia dan Deepavali tempoh hari.
Keluar je gate, terus ako ke booth Pens Leisure untuk collect tiket van dan juga borang kastam.
Berurusan dengan Cik Tie daripada Pens Leisure sangat la mudah.
.:CikTie yang peramah:. |
Untuk tempahan van ke Hatyai, korang bole la contact Cik Tie di wasap --> 013 - 645 1176
Harga van ke Hatyai RM30 seorang tapi kalau korang sewa satu van (max 10 orang), harga nya RM250 / van.
Kitorang chartered the whole van la ye sebab malas nak campur dengan orang lain.
Luas dan bersih van nya, siap ada karaoke.
Ye la sejam perjalanan, bosan bosan bole la karok satu dua lagu.
Hahaha tapi dibukanya lagu thai dah camno nak karok.
Dari lagu thai terus tukar lagu indon hahhhaa....
Enjoy la sepanjang perjalanan tu.
Memang tak terasa, tau tau eh dah sampai!!
Urusan imigresen dan kastam pun lancar je.
Eh lupa nak citer pasal simkad.
Masa kami aritu, kluar je gate terus ada orang jual simkad ni.
DTAC memang femes untuk tourist.
Unlimited internet tu yang penting hahaha....
Simkad ni ko masuk je dalam phone, terus dah bole guna tau!
Semudah ABC hehehe....
Harga RM20.
Sepanjang perjalanan dari border menuju ke Hatyai, terasa macam balik kampung je suasana nya.
Lebih kurang je pemandangan macam kornag lalu jalan lama batu pahat ke, jalan lama Muar ke.
Jalan lama nak ke Melaka ke. Cuma beza nya tulisan kat signbod tu je la hahaha 😅
Nantikan sambungan part 2 plak ye.
Nak citer satu entry, mau sampai esok pun tak habis hahah...
So stay tune tau!
Info: Tukaran rate 100 baht = RM12.50
Nota Jemari: Dah lama tak travel naik ketapi... terasa macam naik train to busan haha
22 Comments
Bestnya trip ke Hatyai naik trip. JJCM cari makan yang best tu. Senang semua segala urusan. Selesa nampak koc tu. Itulah tu, haritu pergi rasa macam berjalan dalam negara sendiri. Tapi tang boleh tahan kalau ikut kawasan kampung tu tiang elektrik dia berselirat wayar..huhu...
ReplyDeletehhahahaa pejam mata la tgk wayar berselirat tu.... klu g india lagi ar hhahaha
DeleteWah, pengalaman yang best jalan-jalan setelah lama berkurung dalam negara.
ReplyDeleteSaya belum pernah ke Hatyai, bolehlah ambik panduan & pengalaman kat sini.
Mana ada info, kita share je kat sini 😁
DeleteAmboiii..dia nyer imaginasi...train to busan terus ye...well compare ETS ngan Komuter canggih lagi dan selesa lagi ETS..tak dinafikan Komuter sekarang pun jauh selesanya compare dulu
ReplyDeletehahahhaha sekali sekala imaginasi terbang jauh sket... tu la lama ako x naik komuter. Tak sure masih sama macam dulu or ada perubahan or pembaharuan ke koc nya
DeleteEh patutnya naik keretapi malam yang tidak rasa lama sebab tidur. Siang duduk sahaja dalam keretapi.
ReplyDeleteHaah macam rasa lalu jalan biasa di Malaysia.
Mlm pun duduk jgk... Tido sambil duduk.. Lagi penat kot
Deletemmmm rindu pulak nak jenjalan hahahah
ReplyDeleteCepat update oii!!
Deletedone part 1.
ReplyDeletesesiap dah bookmark entri ni kat laptop :) ha ha ha ha
Hshsh tq sudi baca
DeleteKalau tren malam lagi tak terasa kot kak Ret, kiter bantai tido je. Oh naik van rupanya cross border.menarik. seronok baca cerita travel
ReplyDeleteRiso klu mlm tido je takut berdengkur.. Haahah
DeleteKami dulu drive pi Hatyai. Biasalah, sambil balik kampung, sambil makan angin kekdahnya, hahaha. Memang jalan dia sama je kan ngan Msia, yg membezakan tulisan di signboard tu.
ReplyDeletepehh van dia siap ada karaoke tu haha rare
ReplyDeleteETS best, smooth je jalannya....seronok naik van thai, kalau mlm pasang lampu ala-ala disco....hehe..
ReplyDeleteseronoknya baca pengalaman orang pi jalan-jalan.nak baca part 2 plak
ReplyDeleteSaya udh sempat terpikir nak ke Thailand via KL tapi naik train macam nih. Cuma belum tau lah kapan terealisasi. Karena office leave pak suami pun harus panjang kalo nak road trip gini 😅. Tapi memang dbest naik train skr nih kak. Considering flight ticket mahaaal sejak border banyak dibuka 🤣.
ReplyDeleteSaya biasanya selalu nak pakai pesawat, tapi pas lihat tiket jakarta-jogja aja mahal sangat, dahlaah, mending naik train. Murah, dan bagus yg kelas business, apalagi yg luxury train. Lebih worth it
Wah.. bestnya.. nak kena buat trip naik ETS jugalah nanti.. Menarik betul tengok perkongsian Ako nie..
ReplyDeleteSalam ako, saya datang dari masa depan. haha. Singgah sini sebab google pengalaman naik ETS keluar sharing Ako ni.
ReplyDeleteHi salam ain... tengkiu sudi baca pengalaman kita ni hehee
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com