Alhamdulilah dah beransur sihat dan covid pun dah jadi -ve.
Tapi tetap la kita kuarantin sampai hari ahad aritu ye.
Bosan gak ni lama terperap dalam rumah, moh la kita sambung citer pasal Hatyai.
Dari kimyong market kami amek tuk tuk menuju ke Klong Hae Floating Market. Mulanya ako bayang kan floating market kat Hatyai ni macam floating market kat Bangkok. Ternyata bayangan ako salah. Hehehe. Ingat kita kena naik sampan macam kat Bangkok tu tapi tidak ye di Hatyai. Setakat penjual aje yang berada dalam sampan untuk meniaga.
[Baca sini : Bangkok Trip 2019]
Sampai je kat pintu masuk dia, korang kena la jalan kaki sket.
Floating market kat sini tak besar. Kalau bole dibandingkan, ako bole cakap ianya seperti di Bandung. Cuma yang beza nya, sebelum sampai kat area floating market, sepanjang jalan ada banyak gerai jual souvenir. Walaupun floating market adalah market jual pelbagai jenis makanan, tetap diorang sediakan food court juga kat situ.
Kalau tak puas beli makanan kat floating market, korang masih bole menjamu selera kat gerai gerai makan ni pulak. Tapi pastikan korang pilih yang halal ye. Sebab dah banyak banyak bercampur macam tu risau juga kan kadang-kadang tu. So kirakan "eat at your own discretion" la gitu ye.
Dari pintu masuk nak ke floating market ni ada la dalam 200 meter juga la jarak nya.
Korang akan jumpa jambatan besar.
Dari atas jambatan dah bole nampak market nya tu.
Takde la besar sangat kan. Ako rasa adalah dalam 50 ke 100 meter je panjang market tu.
Gambar atas tu kita zoom yang ini betul jauh sket view nya.
Waktu malam sangat cantek tau pemandangan kat situ dengan cahaya lampu.
Tunggu sis lin up gambar waktu malam k kat situ.
Jom kita turun ke bawah nun tengok apa yang ada jual kat situ.
Masa ni nak cakap ramai memang ramai tapi takde la crowded sangat sampai berlanggar montot.
Dengar citer kalau nak beli food kat situ better sediakan duit kecil.
Kalau nasib tak baik, silap silap korang tak dapat duit baki kalau bagi duit besar.
Ako tak tau pun mende ni jadi viral kat sana.
Hahahah semua orang berebut nak minum air dalam buluh ni.
Sampai ada yang siap bawa balik Maalaysia buluh ni.
Istimewa sangat kah air dalam buluh ni ye?
Jawapan nya korang kena la tanya Sis Lin dan Cik Sun ye sebab diorang berdua yang minum air buluh ni. Untuk korang yang nak cuba kan, buluh kecil harga nya 25 baht (x silap ako) manakala buluh besar harga nya 30 baht.
Nantikan jawapan dari Sis Lin tu ye hehehe 😁
Tak tau nak tulis caption apa gambar gambar ni hahaha.. Lepas cobid ni, mood ke laut sungguh, hotak jadi blur haha. Ok kita tengok gambar seterusnya plak. 🤣🤣
Oh ye masa kat sana, jam 6 perang tetiba dia buat announcement. Rupanya dia nak on kan lagu kebangsaan diorang. Makanya automatik semua 'rakyat' disuruh berdiri tegak bagi menghormati lagu kebangsaan mereka. Sila dengar kata! Kang tak dengar cakap kena tangkap plak 🙊. Takut tak pasal pasal tak balik malaysia plak kang haha. Jdinya korang follow aje la mereka sekeliling. Nak ikut nyanyi tak tau lirik haha so diri tegak dendiam kat situ 😜😜
Habis lagu, moh kita soping!
Jom la balik weii!! Penat dah ni, seharian dari KL sampai sampai Hatyai terus berjalan, soping! Muka memasing dah berminyak kekdahnya hahha tapi eh ada lagi tempat nak pegi ke?.. Mampos kaki dah kejung masa nii haha
Nota Jemari: gigih nak abiskan citer hatyai ni oii
11 Comments
Macam- macam ada ha...apa agaknya Sis Lin buat dengan buluh tu erk....
ReplyDeleteHahaha kena la tunggu dia update tu😜
DeleteMenarik.. Air dalam buluh.. Buluh tu jelah yang uniknya ek..
ReplyDeleteAha buluh tu je yg unik hahaa.. Lain2 tu food biasa je
DeleteFloating market dia sempoi gak.. Siap ada food court.. Janji kena pandai pilih..
ReplyDeleteBetul tu sha.. Janji pandai pilih kedai... Dtg sini nak cr experience je la haha tgk tmpt org kn
DeleteAlhamdulillah dah kembali sihat. Jalan jalan kat sini tak terasa jauhnya. Kemeriahan memandang dan shopping sampai kita lupa penat. Saya pun beli air dalam buluh. Comel buluhnya pun, saiz pun mengecil sudah. huhu...
ReplyDeleteBest tak? he hee bln 12 boss buat trip ke sini jga
ReplyDeleteantara nk pegi ke tak ni
masih blm bg jawapan
2 kali da jejak sini.
ReplyDeleteok la. best. kali ke2 aida ke sini baru la dpt enjoi lama skit.
makan2 dgn famili. berjalan dari hujung sini ke hujung sana :)
Rajin betul jalan. Kalau saya singgah satu pasar cukup.
ReplyDeletemcm unik air buluh tu..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com