Lepas lunch kat Kai-Tod Detcha tu kan, kami tahan tuk tuk soh dia hantar ke Kimyong Market. Plan asal nak singgah kimyong market ni hari terakhir tapi bila dapat tau kena gerak awal last day tu terus plan bertukar. Takut plak x sempat nak soping hari terakhir tu kan.


Apa ada kat Kimyong Market ni?? 
Kat market ni la korang boleh beli pelbagai jenis kekacang, buah-buahan segar dan makanan kering yang lain macam mangga, sotong kering ke. Kat sini juga ako cari megi yang diorang buat kerabu megi tu. Hahah selama ni memang ako slalu beli online je megi yang satu ni tapi dah alang alang sampai situ, moh la kita cari. 

Memandangkan kami pergi waktu petang, so tak banyak la kedai kedai yang masih dibuka. Tapi gigih juga la kami beli mana yang dah nampak depan mata tu kan. 






Mostly kat situ diorang dah siap pack pack 100gm or 500gm. Tengok jenis kacang, ada yang harga 100 baht untuk 100gm, ada yang 300 baht untuk 500gm. Tapi kalau korang nak beli yang timbang banyak banyak, ada je. Maybe bole minta murah lagi ke kan klu beli timbang punya. 

Kami aritu juat beli yang dah siap pack je. Malas nak timbang timbang bagai. 


Pagi last day tu lepas sarapan, sempat la ako, ciksun ngan husband sislin gi kimyong market ni semula. Rasa macam tak puas pegi petang sebelum tu kan. Rupanya kalau datang pagi pagi, banyak la orang jual kat luar bangunan market tu. 

Macam macam ada. Macam pasar jual ikan, ayam. Pastu ada je orang jual kuih kuih tp of coz la tak halal kan hahah. 

Kami jalan kaki je pun dari hotel. Tak jauh rupanya dari hotel kami. Tapi ada la dalam 10 minit juga berjalan tu.  Santai santai je kami jalan. 


Gigih la ako beli sekotak besar megi ni. Padahal selalu ako beli online je tapi dah alang alang kat sana, ako beli aje la kat market tu. Dalam kotak tu ada 30 paket megi. Alamakk ako lupa plak ako harga sekotak ni berapa. Kalau tak silap dalam 300 baht je.


Sis lin pesan carikan pes tomyum. 
So laki nya pun beli la sebotol besar pes ni haha.. Yang dalam gambar atas ni saiz biasa. Ada lagi botol paling besar. Hahah memang cirit la hari hari kena makan tomyum ke cane tu sis lin oii?!! 😅😅


Yang ako plak cukup la kita beli 6 botol pes tomyum kecil comel comel gini. Dengan harapan konon senang la nak bawa gi mana2, camping ke kan haha *berangan*


Dah penat pusing pusing kat kimyong market, kita lepak kejap kat nescafe cafe ni. Terletak betul betul kat simpang trafic light berhadapan dengan market tu. 



Masa kami datang memang takde orang langsung. Ha senang sket nak lepak. Bole lepak kat dalam kedai or kat luar.  Cosy sangat cafe dia. 


Pastu konon nak la try perisa yang dia promot kat banner luar kedai. Dark black Lime coffee. Ermm padan muka.. Dah tau x minum kopi hitam yang pahit, masam plak tu, lagi gatal pi order. Ya ampun.... Pahit sepahit nya hahaha... Rasa pun pelik... Dah semua orang x lalu nak minum. Pening ako minum wei 😅😅

Lenkali tak payah gatal gatal nak cuba perisa lain dari yang lain hahah. 


Memasing kemain menghirup kopi yang sedap especially kopi sislin tu. Siap perisa sparkling lagi. Lupa plak nama kopinya. So next time klu pegi lagi bole amek kopi kaler biru tu la hahaha.. 

Kekacang kat sini murah murah. 
So kalau nak memborong, sila prepare bag yang mencukupi ye. Kerna dijangka bag akan beranak bila dah start membeli kekacang tu semua hahaha. 

Ok sambung lagi nanti
Stay tune! 

Nota Jemari: mau nya satu bag saja penuh ngan kacang kacang ni🤣