Orang sebelah rumah ako ni tiba tiba dia pasang tembok. Ako x kisah ekceli tapi bukan ke pemahaman ako sekurang kurang nya dia inform atau discuss dulu dengan kami?? 

Sudah le masa dia renovate rumah naik ke atas tu pun tak inform juga. Bila dia naik taraf rumah dia, yang menyusahkan kami as jiran, keselesaan kami dah terganggu. Nak buka tingkap luas luas pun tak bole dah sebab rumah atas dia tu direct betul menghadap tingkap rumah kami. So macam takde privasi sebab kita bukan nya tahu dan nampak kot kot dia pasang teropong ke dr tingkap atas dia tu.πŸ˜…

Untuk info, rumah atas tu, dia sewakan ke org lain. Owner dia dok bawah. Sejak dah makin tua tua ni, jiran ako ni kemain menyerlah sikap dan sifat sebenar dia. Nak 'menyalak' kang, kata tak hormat orng tua plak. Tapi tu la ni sape yang tak hormat sape sekarang ni?? ErmmmπŸ€”πŸ€”

Ingat kan dapat jiran tua tua ni perangai helok la sikit tapi sama je rupanya... Helok lagi ko berjiran ngan rakan sebaya yang sama level thinking ngan kita.

Ermmm jiran ooo jiran!!


Moh kita perati kan macam mana dia nak bersihkan pagar lama tu bila tembok dia dah pasang tinggi? Mesti dia kena lalu pintu pagar rumah ako kan untuk bawa sampah sarap yang dia dah tinggalkan tu? Ako nak tunggu dia nak minta izin lalu pagar rumah ako or dia biar kan aje sampah sarap tu? Ermm... ako dah pakai auto gate so takkan dia nak panjat kot kan πŸ™„

Bertahun tahun dok sini sejak arwah parents ako ada lagi , tak terpikir dek akal jiran tua sebelah ni akan tunjuk belang dia. So selama ni dia pura pura ke acane ni??? πŸ˜…πŸ˜…

Nota Jemari: tak faham...ako rasa takde mslh pun ngan dia. Takpe laaa achik sebelah ni lama mana lagi dia nak idup pun πŸ™Š