Yeehaaa ako dah balik!! Alhamdulilah percutian singkat (1-6 November 2023) kali ni memang chill-chill dan santai je. Takde nak rushing mana-mana pun. Tapi persiapan tu tetap la kena details ye, al-maklum nak masuk ke negara kimchi bagi rakyat Malaysia sekarang ni sangat la ketat. Nanti ako citer segala persiapan yang perlu ye untuk korang yang bakal or ada cita-cita nak ke negara Korea Selatan.
Just rileks and stay tune cerita holiday chilly chilly ako.. ha cili cili plak pegi nya 😆
Awal tahun aritu dalam bulan Feb kalau tak silap, saja la riki-riki kat website MAS, eh sekali ternampak promo kat situ. Maka nya kita pun saja la gatal-gatal pi cari destinasi dan tarikh sesuai. Sekali dapat ngam dengan harga masa tu, terus je kami grab! Of coz la member kita yang dahulukan pembayaran ye😘. Tapi sebenarnya nak masuk ke Korea Selatan sekarang ni, wajib la bagi rakyat Malaysia untuk memohon visa @ K-ETA terlebih dahulu ye. Nasib kami agak baik, sebab terbeli tket dahulu then baru kami apply k-ETA.
Untuk korang yang nak ke Korea, seeloknya mohon K-ETA dulu, bila dah approve baru la korang cari tiket flight. Boleh memohon K-ETA di sini --- > https://www.k-eta.go.kr/portal/apply/index.do
Nanti kemudian ako citer details ye pasal K-ETA dan persiapan lain.
Meh kita concentrate dengan percutian Musim Luruh kakak-kakak korang ni ye hahaha 😍
.:abaikan kegemukkan di situ:. 😆 |
1 November 2023, sepatut nya flight kami jam 11:05 malam menaiki penerbangan MH 66 tapi silap ako plak tak perasan ada notis bagitau flight delay ke jam 1 pagi pada 2 November.
Jam 6:30 petang ako dah kat KL Sentral. Memang waktu berkumpul kami di situ lebih kurang jam 7 malam. Just nice amek ERL dalam 30 minit, paling lewat sampai KLIA jam 8 malam. Tapi dijadikan citer, hari tersebut hujan selebat-lebat nya. Member sorang tu (Kak een), terperangkap dalam kesesakan dari ambil anak nak balik ke rumah. Masa ni kami belum sedar yg flight kami akan delay. Masa ni ako dan Zurin dah cuak sebab kan Kak een. 😅
Memang kami tawakkal je. Nak pergi dulu ke KLIA tapi tiket yang dibeli dalam satu booking plak. So nak tak nak kena la tunggu juga kan sampai member sorang tu tiba. Dalam kekalutan tu alhamdulilah, member sempat dan selamat sampai kat KL sentral lebih kurang jam 7:30 malam.
.: Lugagge hand carry ni actually kosong je pun hahah:. |
Urusan chek-in kami buat kat KL Sentral je. Senang dan mudah. Masa ni la baru kami diberitahu yang flight kami delay jam 1 pagi. Aisey hahaha.. Kami sempat la melepak kat Mamak depan NU Sentral tu dulu sebelum gerak naik ERL. Sempat melantak terlebih dahulu. Dah kenyang, moh la kita gerak naik ERL. Tiket ERL ni pun ako beli online je. Ada diskaun untuk tiket berkumpulan. Rajin-rajin la tengok promo di website ERL ye untuk dapat kan promo promo yang berkaitan.
Alhamdulilah perjalanan lebih kurang 20 minit je. Dah lama rasa nya tak bercuti ngan diorang ni. Last kami holiday sesama sebelum COVID, 2019. Destinasi masa tu pun masih ke korea cuma masa tu kita pegi musim sejuk.
[baca sini : Korea Musim Sejuk 2019]
Sampai je KLIA, tempat pertama kami tuju adalah ke RoamingMan ni.
Boleh pick up & return di :-
【KLIA Terminal 1 - Walk-in & Pick Up】MTB-5-L14, Level 5, Departure Level, Main Terminal Building - berdekatan dengan pintu masuk balai berlepas antarabangsa.
ATAU;
【KLIA Terminal 2 - Pick up only】Capsule Transit,Level 1 (CP1) Lot1-5,gateway@KLIA2
Roamingman ni adalah salah satu pocket wifi yang korang boleh sewa selain guna simkad ataupun roaming menggunakan telco masing masing. Dalam percutian kami kali ni, masing-masing menggunakan kaedah yang berbeza-beza untuk connect dengan internet. Kak een sewa pocket wifi, ako beli simkad korea , manakala Zurin just roaming je guna simkad prepaid Malaysia. Hasilnya alhamdulilah semua cara connection kami sangat la meletop! hahaha 😆
Selesai urusan pick up pocket wifi, masa ni ako tengok bateri henpon dah tinggal separuh. Maka nya mencari la kami port untuk mengecas. Nampak satu restoran ni tapi actually diorang dah nak tutup tapi dia bagi kami untuk cas dan amek last order dari kami. So mengopi la kami kejap sementara henpon dicas penuh.
.:masa ni takde sape plak nak lambai-lambai kita kan huhu, so kita lambat diri sendiri je la :D:. |
OK masa untuk ke area boarding. Imigresen pun lancar je, eh of coz la kan masih di Malaysia hahha.
Aero train kan dengan renovate kalau tak silap. Ntah bila nak siap agaknya. Maka buat masa ni kena la naik shuttle bas untuk ke ruang berlepas ye. Sila ikut petunjuk atau arahan mereka yang ada di situ.
Kami berlepas di Gate C15 tapi sebelum masuk gate, kami melepak dulu kat sini. Buang dulu segala hajat besar dan kecil hahaha.. Al-maklum nak berada di awan biru selama 6 jam, macam-macam bole terasa. Yang kecil ok lagi, bila part yang 'besar' tu memang hazab gak nak dilepaskan kalau kat atas ahhaha.. So kita buang kasi habis ye.. kita cuba gitu! hahah 😅
Patut 12:30 am dah boleh masuk kan tapi aishh masih ada lagi yang tak ready. Ermm masa ni dah nampak tray makanan baru je diorang nak masukkan dalam kapal torobang, korang ghase??!! 😏
Setia menanti dengan sabar. Lama sungguh nak tunggu pengumuman boleh boarding. Oh ye, seat yang kami pilih untuk flight kali ni adalah di bahagian belakang sekali. Rupa nya best gak duduk bahagian last-last ni ye. Tak crowded dan dapat makanan on board pun cepat je 😆 Toilet pun tak jauh dan nak turunkan kerusi pun tak rasa bersalah sebab takde orang kat belakang seat kita.. Yeehaaaaa!!
Jam 1:11 pagi pun belum terbang lagi. OK dah kata trip kali ni chill chill je kan, memang chill sungguh dari awal sampai akhir ni 😅
Flight mode ✈ is ON. Dalam flight memang ada entertainment movie semua tu tapi kalau rasa takmoh tengok, sila la download pape citer sesiap kat netflix or VIU sebelum berlepas ye!
Dah terbang hoyeeeee!!! Jam 2 pagi diorang bagi snek. Dapat la sardin roll. Eh kan MAS sekarang dah tukar katering kan. Nasib baik la penerbangan kami ni dapat makanan. Sebab sebelum-sebelum ni siap kena bawa bekal sendiri kan. Foods dia so far ok la. Takde la tak sedap or sedap sangat. Dalam kategori takde la sampai korang berlapar selama 6 jam tu kan hahaha.
Dah makan, kita membuta kejap! Sampai la dikejutkan dengan menu kedua.
Masa ni memang dah tersedar awal. Sebab nak gosok gigi, cuci muka sesiap. Nak mekap-mekap sebelum touch down kan. Walau ada masa lagi 3 jam untuk touch down masa ni tapi biasa la kena prepare awal sebab nanti ramai berebut nak masuk toilet bagai kalau last minit.
.:menu kedua dihidangkan jam 5:30 pagi, rasa macam bersahur plak time ni😅:. |
Ada 2 menu, western dengan nasi lemak sambal udang. Memandangkan kak een x leh makan udang, so dia amek la menu western.
Manakala ako dan zurin amek nasi lemak sambal udang. Sambal tu sedap cuma nasi nya tu jadi keras bila lama sangat kot diorang panaskan. Yogurt tu pun sedap, dia x masam macam brand yang satu lagi. Custard kek tu pun sedap!! Air memang ako bertambah-tambah la minta ye hahaha. Haus plak kita kat atas awan tu 😆
.:terasa dekat sangat dengan matahari waktu ni - sunrise:. |
.: matahari terbit, kami berada di ruang udara Taiwan:. |
Lepas makan memang tak tido dah. Setelkan urusan yang patut dan yeehaaa selamat mendarat di Incheon Airport lebih kurang jam 8:43 pagi waktu tempatan. [Waktu korea awal sejam dari Malaysia]
Touch down je airport mula la debaran bagi rakyat Malaysia. Kami landed kat Terminal 1 Incheon so tak perlu nak naik bas or aerotrain. Kluar je gate terus menuju ke Imigresen untuk urusan cop passport. Ha masa beratur ni la memasing berdebar sama ada kami akan lepas atau tidak berurusan dengan pegawai imigresen di situ. Kenapa rakyat Malaysia agak susah nak masuk Korea sekarang ni? Ini adalah disebabkan raykat Malaysia ramai yang masuk bekerja secara haram di sana. Itu yang membuatkan kerajaan korea sangat berhati-hati dan teliti bila pelancong dari Malaysia nak masuk sana.
Sewaktu giliran kami beratur, sudah 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan dibawa ke bilik khas untuk di soal siasat. Sebab itu penting nya persediaan yang teliti sebelum korang nak melancong ke Korea ni. Itu nanti ako citer kemudian ye.
Alhamdulilah weii.. urusan imigresen kami bertiga berjalan lancar. Takde soalan soalan yang ditujukan sewaktu berhadapan dengan pegawai di kaunter. Ya alllah rasa bersyukur sangat!! Omma appaaa, i am back!! hahhaa...
Imi pun lancar walau almost sejam gak la kena beratur, kita amek luggage. Keluar je terus ako menuju ke kaunter simkad ni. Dah citer awal tadi ako guna simkad korea kan. Ako beli sesiap online di Klook.com.
Simkad ako tu untuk kegunaan 7 hari dan bole call juga. Mudah je nak redeem, tunjukkan voucher klook korang, passport dan nanti dia bagi borang untuk confrm kan simkad tu. Pastu korang masukkan la simkad tu sendiri dan terus boleh guna!
.:terkial-kial gak masa ni sebab first time tukar simkad:. |
.:dah dapat Uyu menandakan korang dah sampai Korea hahah:. |
Simkad dah ON, hahah terus gi CU cari uyu😁 , awat la Uyu kat sana lemak berkrim dia lain macam hahaha.. slurrppp sambil topup T-money (kad macam touch n go).
Guesthouse yang kami booking di area Myeongdong. Kami just naik airport bus je untuk ke sana. Lagi mudah dan selesa. Tapi bole je kalau korang nak naik AREX train atau subway cuma bertabah la kena tukar-tukar station ye. So ako advice naik je airport bus ni walau agak lambat perjalanan nya tapi mudah dan rileks tak perlu terkejar dan bersusah payah hangkut luggage turun naik subway.
Tiket ke Myeongdong masa ni adalah w15,000, dah naik harga nya berbanding dulu hanya w10,000 ke w12,000. Lain destinasi lain harga nya. So bole monitor harga dan no bus kat kaunter tiket tu.
Airport bus ke myeongdong boleh naik bus no 6015. Sila tunjukkan tiket kat driver bus. Sementara lugagge korang nanti bole bagi kat potter dan dia akan bagi sticker no untuk luggage korang supaya tak terkonpius dengan luggage orang lain.
Dalam bas wajib pakai seat belt ye! Driver akan check sorang-sorang untuk pastikan korang pakai tali pinggang keledar tu. Keselamatan diutamakan!! Bas memang selesa, ada free wifi juga. Driver pun sangat sopan dan dia tau kat mana setiap orang punya hentian. Sangat hebat memori dia. Hentian ada banyak ye bila ko dah masuk town tu. Nasib la hentian kitorang yang terakhir sekali.
Antara pemandangan di sana. Kalau peminat k-drama, mesti korang selalu tengok view ni kan. Di mana-mana ada je disediakan tempat untuk exercise. Kat bawah jambatan pun jadi je kan untuk orang bersenam.😅
Alhamdulilah selamat dah sampai area Myeongdong.
Pemandangan dari seberang jalan, dah nampak bangunan daiso 14 tingkat. 😅
Penginapan kami sepanjang di sana. Kami memilih untuk stay kat OYO Myeongdong 5 Lodge. Dahulu kala nama guesthouse ni adalan Namsan Guesthouse tapi lepas COVID, management semua bertukar. Semua yang under Namsan Guesthouse dimansuhkan. Tak pasti la kenapa. Dan semuanya sudah diambil alih oleh orang perseorangan atau company yang lain.
Macam biasa, guesthouse di kawasan Myeongdong ni kebanyakkan nya terletak di kawasan yang berbukit. Jadi bertabah la ye setiap kali nak keluar atau balik memang kena mendaki dan mendaki hahaha... 😅 [later nanti ako citer pasal Guesthouse ni ye].
Kami sampai situ kan baru jam 12:20 tengahari gitu dengan harapan bole la check-in dulu tapi harapan tinggal harapan ye. Waktu check-in tetap la dia suruh pukul 3 petang nanti. Memang plan nak check in, nak mandi nak buang segala hajat terlebih dahulu then baru la merayap tapi dah tak boleh nak check-in maka nya kita 'park' la dulu luggage. Nasib baik diorang ada sediakan ruang letak lugagge kat tepi kaunter.
Nampak tak langsir tu? Ruang letak bag di balik tabir langsir tu je.
Kaunter kat lobi. Kosong.... ermm...
Sila faham! Check-in jam 3 petang.. dah bagitau awal-awal kan hahaha so kemana kita lepas ni?? dah tak boleh nak check-in awal, moh la kita lunch dulu. Lapaaar dah time untuk makan tengahari kan masa ni. Ha jom lekas.
Plannya nak lunch kat sini je dulu. Tapi ruang bawah dah penuh plak time tu, yang ada kat bahagian atas. Bila tengok tangga yang mencanak tinggi tu hahaha memasing tak sanggup nak mendaki so kita hold dulu makan kat situ. Jom la kita ke Namdaemun Market dulu untuk soping brooch dan souvenir. Aigooooo sampai sampai je terus soping ko.. Dasat trip kali ni.😆
OK kita stop kejap ye.. nanti sambung balik..!! Rasa cam panjang dah ni untuk entry permulaan.
Nota Jemari: stay tune tau!!
15 Comments
Selamat melancong ke korea
ReplyDeletedah balik dah Wak :)
DeleteSeriau baca tangga dan mendaki hahahahahaha
ReplyDeletehahahhahaa... dah tua2 ni lagi seram oiiii menggigil kepala lutut hahahah
DeleteAgaknya imigresen kat sana dah ada rekod Kak Ret selalu gi melancong ke sana sbb tu mudah je lepas 🤭 Dulu duduk kat hotel area Myeongdong tu bila nak balik hotel rasa bila la nak sampai hotel ni?? hahaha!
ReplyDeletetak juga sebab ada je yg frequent traveller pun pernah kena tahan.. dia mcm randomly pick sesape je. So mcm msk situ satu mcm main squid game rasanya hahha
Deleteseram jg nak hadap imigresen korea..Alhamdulillah, semua lepas...femes resto Kim Seri..
ReplyDeleteIndonesia pun sama kak, harus apply visa nya dulu, dan bisa Korsel ini memang agak ribet. Banyak dokument yg diminta. Karena itu saya lebih suka ke Jeju island, karena free visa, tp harus direct flight kesana. Jadi cuma bisa lewat Singapore atau Shanghai .
ReplyDeleteTak sabaaar nak baca semuanya, ttg hotel, kuliner atau wisata yg Kaka visit 👍😄. Seru nih traveling dengan teman2.
anyeongggg. haha terus speaking korea. dah terjawab dah persoalan kenapa org malaysia susah nak masuk korea. jadi pati pula ya kat sana.
ReplyDeleteBest giler, Ako dan kawan-kawan dapat ke Korea. Ooo.. patutlah, memang autumn ye. Nice!
ReplyDeleteBanyaknya benda kena tahu sebelum melancong ke Korea. Banyak buat homework, ye.
Kenapalah Malaysia tak macam Korea, bawah jambatan pun ada tempat bersenam. :D
baca sambil imagine ni... hehehehe... bilalah dpt pegi ke korea ni
ReplyDeleteBestnya diaaa vacay di Korea. Take care akak :)
ReplyDeletePart mendaki tangga tu bleh bayangkan macam mana..hahaha..nak2 ako retna yang naik..
ReplyDeleteAlhamdulillah, urusan di imigresen dipermudahkan.
ReplyDeletesyu pon dah kena apply k-eta, baru beli flight ticket untuk ke sana next yr.
Makkaihhh... airport bus tu nampak betul2 selesa
ReplyDeleteRasa boleh bayangkan kalau tangga yang mencanak tinggi. Kalau sejenis yang gayat tak berani.
Awal lah eh sopink.. ni bukan kaleng2 hahah
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com