Dah check-in, dah rehat-rehat sikit, jom la cari dinner plak.
[Baca sini : Throwback Dari SELAMA ke PERLIS]
Tanya member-member yang pernah ke Perlis, tempat makan mana yang best. Di suggest nya kita cuba Restoran Seafood Mat Rock Der Cafe.
Dibuka jam 5 petang. Masa kami sampai tu kedai nya memang baru je buka. Tengokkan dari luar biasa je la kedai nya kan. Kat perlis ni memang banyak betul kedai-kedai makanan yang berunsurkan seafood. So kena pandai pilih la ye. Sebab ada yang murah dan ada juga yang mahal.
Kami tak order banyak lauk pun. Ketam ni pun ako amek 2 ekor je. Konon teringin nak makan masakan blackpepper tapi ternyata hasil ketam blackpepper kat situ cam kureng sket. Tapi takpe, kita cuba je la kan makan sampai licin juga hahaha.
Yang ini kata nya butter prawn. Ermm ... kurang kuah la masakan kat situ hahah.. Tapi ok je kat tekak sendiri kan. Cuma ako rasa kalau nak soh repeat tu macam tak kot.😅
Sotong goreng tepung ni ok cuma ako tak pasti kat tekak ako je ke, rasa air laut tu kuat sangat plak kat tekak ako hahah...
Masa kami datang aritu macam tak banyak plak pilihan seafood nya. Mungkin sebab baru buka so tak banyak lagi la agak nya yang diorang letak kat depan tu.
Ruang kedai ni memang luas dan ako rasa kalau datang malam macam lagi menarik kot.
Pape pun untuk korang yang nak cuba, bole la google
Restoran Mat Rock Der Cafe
Kampung Seberang Alor,
Kampung Seberang Alor,
02000 Kuala Perlis, Perlis
Berdekatan dengan Mat Rock Cafe tu terdapat sebuah kampung yang femes sangat. Nama nya "Kampung Warna-Warni"
Memang setiap rumah dan kawasan kampung tu kebanyakkan akan di cat dengan pelbagai jenis warna. Meriah kampung ni. Kampung ni juga terletak nya Jambatan Tunku Syed Putra yang tinggi dan panjang menghubungkan dua buah kampung.
Gigih nak tengok jambatan tu, lalu la rumah rumah orang hahaha.. Ingatkan dekat ngan pintu masuk , sekali jauh gak berjalan ke dalam. Laluan ke kawasan kampung ni agak sempit. So memang susah juga la kalau nak bawa masuk kereta.
Haaa dah sampai.!
Hahahaha penat tau berjalan semata mata nak tengok jambatan ni.
apa yang menarik nya?? Sukar digambarkan, sila google pelissss hahahah.
Jambatan ni dah le tinggi, panjang plak tu. Gigih la nak medaki tangga jambatan tu.
Sempat la singgah jeti kuala perlis. Kalau sempat , da menyeberang kitorang ke langkawi hahha
Maaf ye, tak sempat nak cerita panjang-panjang...!
Perlis , kena repeat lagi ni!
Nota Jemari: ako dah kekeringan idea ni haah.. nak habiskan citer perlis 😅
6 Comments
jauh berjalan tu... menariks sgt ni....bila la nak sampai ke sana .. emmm...
ReplyDeleteAdik ipar cakap sini daya tarikan baru ni Ako...bila nak repeat tu..hahahaha nak ikut
ReplyDeletetak pernah sampai Perlis lagi..
ReplyDeleteBerarti Perlis ini dekat laut ya kak, banyak seafood soalnya. Saya suka hidangan seafood. Tapi memang lah kena confirm harga. Seafood di mana2 biasanya mahal 😄.
ReplyDeleteSukaaa sangat dengan kampung warna warni nih. Saya memang penyuka warna yg jreng, yg cerah terang, Krn berkesan ceria kan. Lihatnya saja dah happy 😍😄.
Kita tak penah jejakkan kaki ke perlis lagi. Kita taktau nak ke mana kalau ke sana. nanti mungkin boleh difikirkan hee
ReplyDeleteMak kita org perlis selalu balik perlis juga tapi tak tahu pasal Mat Rock Der dgn kg warna warni tu hahahahaa :P
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com