Hi kembali lagi kita bercerita tentang Korea. Kali ni ako nak share persiapan atau tips sebelum kemasukkan ke Korea Selatan bagi warga Malaysia. Korea adalah salah satu negara yang memerlukan korang memohon visa atau dipanggil K-ETA (valid untuk 3 tahun). Sebagai tujuan melancong, korang boleh la memohon K-ETA ini secara online di ---> https://www.k-eta.go.kr/portal/apply/index.do

1. Korea Electronic Travel Authorization @ K-ETA

Boleh baca segala panduan dan arahan yang disediakan di website terlebih dahulu.
Dan pesanan penting bagi korang yang ingin melancong ke Korea Selatan, sila mohon K-ETA terlebih dahulu sebelum korang beli tiket kapal terbang ye. Selagi korang tidak mendapat email menyatakan permohonan korang sudah diluluskan seperti dibawah,


maka nya kebarangkalian permohonan korang akan GAGAL sangat la tinggi!! Tapi jangan cepat berputus asa, permohonan ini boleh dipohon sebanyak 3x dalam masa 6 bulan dan sekiranya kali ke-3 masih tetap gagal juga, korang boleh mengajukan permohonan baru selepas 6 bulan dari tarikh permohonan pertama atau sila la ke Kedutaan Korea untuk memohon secara manual.

Bayaran untuk membuat K-ETA ni lebih kurang dalam RM40 atau 10,000 won seorang. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad debit atau kredit.

Setelah permohonan LULUS, baru lah korang start membuat pembelian tiket kapal terbang ye. Sebelum seminggu korang nak terbang, sila la kemaskini K-ETA semula, update alamat lengkap hotel / Guesthouse korang di sana. Semasa awal memohon boleh letak dulu mana-mana hotel, bila dah tiba masa nak terbang, kena update alamat yang betul ye. Kalau tidak nanti, akan ada masalah semasa menghadap pegawai imigresen di sana.

Apa yang diperlukan untuk memohon K-ETA? Sila sediakan dokumen berikut :-


Ye betul syarat dia lebih kurang macam korang nak renew passport. Gambar juga memainkan peranan yang penting dalam memohon K-ETA. Pastikan gambar korang jelas, gambar yang diambil di studio bukan gambar yang korang snap sendiri dan cut mana mana yang patut.

K-ETA dikecualikan bagi pengembara yang berusia 17 tahun ke bawah, dan 65 tahun ke atas. So dengan kata lain kanak-kanak tak perlu nak buat K-ETA ni.

2. Pemilihan Guesthouse / Hotel / Air BnB

Kebiasaan raykat Malaysia lebih gemar memilih Guesthouse kerana lagi murah berbanding Hotel. Akan tetapi bagi mereka yang datang dengan bilangan keluarga yang besar, akan lebih selesa memilih Air BnB kerana senang nak masak terutama yang ada anak-anak kecil dan juga warga tua.

Bagi ako, guesthouse adalah pilihan yang tepat. Kebanyakkan penghuni guesthouse terdiri daripada pelbagai jenis pelancong. Sekiranya nasib korang baik, korang boleh la berkenalan dengan mereka dari serata dunia. Selalunya, korang akan berjumpa dengan penghuni lain di waktu pagi iaitu ketika bersarapan.

Tapi jika korang ada duit lebih, tak salah untuk memilih hotel. Terpulang pada keselesaan masing-masing.


Percutian kami yang baru baru ni , kami memilih untuk stay di OYO Myeongdong 5 Lodge yang terletak di Myeongdong. 


Turun dari pintu check-in korang akan nampak lagi satu pintu untuk ke lobi. 

.:kaunter pendaftaran:.


Berhadapan kaunter pendaftaran adalah ruang dapur di mana sarapan disediakan di situ. Sepanjang ako kat sana, kami tak sempat nak sarapan di Guesthouse sebab setiap hari kami akan keluar awal. Sarapan disediakan dalam pukul 8:30 pagi (waktu tempatan).


Bilik kami terletak di bangunan berhadapan dengan bangunan check-in tadi. 

.:gambar google:.

Suka laman dia. Tapi sayang cuaca masa tu tak mengizinkan kami lepak lelama kat luar. Hujan je.... Syukur kami dapat bilik bawah. Kalau kat atas, rasa nya mau azab nak hangkut bag naik tangga tu 😅


Dalam 'rumah' kami ada beberapa bilik lain dan dapur yang kecil lengkap dengan sinki dan air panas jika perlu.


Ruang tamu tapi rasa nya takde kot yang melepak kat situ sebab takut mengganggu penghuni lain kalau terbising kat ruang tu.

3. Lokasi penginapan

Lokasi juga sangat penting. Bagi pelancong yang pertama kali menjejakkan kaki ke Seoul, ako memang suggest korang stay kat area Myeongdong / Itaewon / Dongdaemun. Ini adalah kerana ketiga-tiga tempat tersebut adalah kawasan yang sentiasa penuh, tidak sunyi dan dekat dengan kawasan untuk soping dan makanan HALAL. Paling penting bagi ako dekat dengan subway station.

4. Tempat membeli-belah

Bergantung korang nak cari apa sebenarnya. Untuk cari souvenir yang berunsur tradisional, ako sarankan korang cari di Insandong. Kat situ memang banyak pilihan kedai kedai yang menjual barangan tradisional.

Namdaemun market adalah tempat yang selalu menjadi pilihan. Terdapat pelbagai jenis souvenir, baju, kasut, malah terdapat juga barangan dapur, bak kata di Namdaemun semua pun ada. Dan di sini juga terletak nya kedai menjual aksesori atau brooch yang menjadi kegemaran rakyat malaysia dan indonesia. 

5. Lain-lain

Actually persiapan yang lain-lain ni sangat penting juga. Memandangkan kemasukkan rakyat Malaysia ke Korea Selatan sekarang agak susah, jadi harus la korang prepare mental dan fizikal juga ye. Terutama sekali bila nak berhadapan dengan pegawai Imigresen di sana. Rata-rata rakyat Malaysia akan di soal siasat jika nasib tak baik. Sekiranya jawapan kita menyakinkan pegawai tersebut, insyallah kebarangkalian kita tidak akan ditahan amat la tinggi. Jadi untuk mengelakkan sebarang kesulitan, ako suggest korang buat la persiapan yang rapi.


Seperti kemasukkan masa tahun 2019, ako masih mengekalkan persiapan seperti berikut :-

  • Flight tiket balik
  • K-ETA
  • Booking Guesthouse / Hotel / Air bnb
  • Entrance tiket (spt Theme park, or mana-mana tempat yang ada entrance fee)
  • KTX / Flight tiket (if korang nak ke Busan / Jeju dari Seoul)
  • Employee Verification (Pengesahan Pekerja daripada HR)
  • Insurance 
  • Itinerary (digalakkan hafal sikit2 info plan percutian korang)
  • Embassy email (disarankan korang email embassy Malaysia di sana inform yang korang akan berada di Korea. bagitau tarikh, alamat hotel, ctc no jika ada) - ini untuk memudahkan kedutaan trace kita jika ada kecemasan.
Kesemua di atas ako akan print dan letak dalam satu fail. Terpulang macam mana korang nak sediakan info-info di atas. Tapi lagi baik sila la print ye or simpan dalam henpon.

Actually banyak lagi tips dan info nak share... Lebih lanjut korang bole join group Road To Korea Official (RTKO) di facebook. Macam-macam info korang boleh dapat kat dalam tu.

Pape pun , untuk korang yang bakal melancong ke Korea Selatan, ako ucapkan Selamat Datang hahah dan Gud Luck!!

Nota Jemari: nampak macam leceh je kan.... tapi ako rasa nak pegi lagi ni hahaha.. 😆