Jom kita sambung dari entry yang lepas [baca sini : Day 1 Autumn trip 2023]

Dah citer last entry lepas nak gi Soping kat Namdaemun Market kan. Ha moh lekas kita gi.
Dari Myeongdong ke market tu kita naik subway je. Dekat je dalam 1 station je pun. Nak jalan kaki pun bole tapi malas hahahha so kita guna kemudahan transport yang ada ye.


Dari Myeongdong Station sila la naik subway line 4 berhenti kat Hoehyeon Station (line 4, exit 5). Pastu jalan dalam 2 minit gitu dah sampai.


Tapi kami dah keluar dari gate lain. Konon nak elakkan tangga dan nak cari lif. Tapi kali ni tak jumpa plak lif kat station tu padahal dulu benti situ gak, ada je lif hahaha.. So bila tak jumpa lif, terpaksa la gagahkan diri mendaki tangga tu ye. 





Macam ni la pemandangan di Namdaemun Market. Ini hanya sebahagian pemadangan sahaja yang sempat ako snap hahaha.. Macam-macam ada jual kat sini, dari bahan basah hingga la barang kering, dari barang dapur, barang keperluan harian, barang-barang souvenir, eh banyak lagi la. Kadang kalau korang nak soping baju2 dan kasut musim sejuk pun banyak bole cari kat situ.

Tujuan kali ni just nak cari brooch dan juga beli barang-barang pesanan dari kengkawan. 


Brooch dan accesories korang bole cari kat bangunan kaler hijau, nama nya E-Lengdang.
Sila cari pintu gate 1 dan naik ke tingkat 1.



Kualiti brooch dia sangat tip top!! Memang berbeza sangat kalau yang jual kat jalan TAR tu. Dulu harga sebiji brooch kecil dalam W1000 je tapi sekrang semua pun dah naik harga. Harga sebiji kecil tu dah jadi W1500 - W2000 seketul.


Ada banyak kedai-kedai tapi kami suka pegi kedai ni. Sini dia dah biasa dengan pelancong Malaysia.



Pelbagai jenis accesories pun ada terjual kat situ. Ikutkan nak borong semua tapi hahaha kita simpan dulu. Next trip kita kasi borong lagi.. Sebab kali ni hanya belian pesanan orang aje yang kami utamakan dulu.


Jalan-jalan kat Namdaemun ternampak dia ni. Ha sape kenal?? Hahaha ako lupa nama dia. Dia ni kalau berlakon watak pembantu, kalau jadi pengacara, boleh kategori macam Aznil dan kadang-kadang Azwan, cakap lepas je. Tak pasti dia tengah shoot show apa. Dia ni pun ada restoran terletak kat Itaewon. Eh bak kata dia ni versatile la, semua pun dia bole buat.


Nak beli souvenir murah, boleh cari kedai 'kak salmah' ni. Memang terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Seriously banyak kali datang Korea, ini adalah pertama kali ako menyoping kat kedai kak salmah ni. Memang betul betul murah kalau compare yang jual kat kedai luar. Cari Daedo Shopping Market, bangunan dia memang bersebelahan je dengan E-Lengdang. Kedai kak salmah ni kat tingkat 2 no 76.  Kak salmah tu pandai cakap melayu tau! Beli souvenir kat sini banyak banyak dia akan bagi FREE gift. Patut la ramai orang msia suka beli kat sini, dah le murah pastu pemurah plak tu.

Ako tak sempat nak snap gambar kedai ni, dok ralit menyoping hahahhaa.. So gambar atas ni ako google je ye. Next trip kalau datang situ lagi pasti akan menyoping kat situ!!

Dah selesai membeli hasil pesanan orang, jom balik Guesthouse. Kita nak check-in.



Balik semula ke Myeongdong Station (Exit 1) ada esklator, terus ke Kimseri Restoran ni. Isi perut dulu, kali ni ruang bawah ada kosong terus kami masuk. Order online je kat mesin. Cepat dan pantas servis cuma menu dah tak banyak masa kami sampai tu. Jadi kami order je la menu cam kat bawah ni.

.:ayam masak merah:.

.:sup daging:.

Jadi la buat alas perut. Portion dia besar tau, rasa pun sedap! Kalau rasa rindu makanan malaysia, boleh la try restoran ni. Terletak berdekatan dengan Exit 1 Myeongdong Station. Senang nak cari lokasi nya. Memang strategi. Sederet je dengan Daiso Myeongdong tu.


Jom kita check-in. Smooth je. kami book thru agoda.com. Takde deposit, bayaran dah dibuat sesiap masa booking. Kami amek bilik 3 single bed. Tapi ermm dia just bagi bilik random je. Nanti cite k.


Bilik kami terletak bertentangan tempat check-in tadi. Kira kan di bangunan yang lain la ye. Ada dua blok kat situ. Nasib kami dapat blok A kat tingkat 1 je. Dok pikir kalau dapat tingkat 2, memang jenuh la nak menghangkut bag naik tangga oiii.. 😅 Sepanjang kat situ kami tak sempat nak tinjau tinjau bahagian rooftop. Katanya view dari rooftop sangat cantek. Ermm maybe next time ye hahaha... Next time???? jeng jeng jeng... 


Dah mandi, dah solat, moh kita kluar balik. Kali ni tujuan kami nak mencari Cheonggyecheon Stream yang tak pernah-pernah kami dapat jejak hahaha.. Memanjang tak jumpa jalan bila nak ke stream ni. Kali ni kami pastikan kami akan sampai dan jejak stream cantek kat bandar Seoul.

Ada banyak cara untuk ke situ.
  1. Gwanghwamun Station (line 1, exit 5). 3 mins walk.
  2. City Hall Station (line 1/2, exit 4). 6 mins walk.
  3. LOTTE Department Store / LOTTE Hotel Seoul. 8 mins walk in the direction of the stream.
Kami memilih untuk berhenti di City Hall Station.


Nampak je President Hotel ni kira dah betul la tu. Ok pukul 5 petang kat sana dah kira waktu maghrib ye. Dah gelap macam pukul 7 malam kat Malaysia. 


Akhirnya sampai juga kami kat situ. Apa spesel nya stream ni ye?

Cheonggyecheon Stream is an 11 km-long stream that runs through downtown Seoul. Created as part of an urban renewal project, Cheonggyecheon Stream is a restoration of the stream that was once there during the Joseon Dynasty (1392-1910). The stream was covered with an elevated highway after the Korean War (1950-1953), as part of the country's post-war economic development. Then in 2003, the elevated highway was removed to restore the stream to its present form today. The stream starts from Cheonggye Plaza, a popular cultural arts venue, and passes under a total of 22 bridges before flowing into the Hangang River, with many attractions along the way.

More details boleh baca kat sini --> https://www.koreatodo.com/cheonggyecheon-stream






Ada banyak k-drama shoot kat sini. Memang nyaman je wei. Tambah dengan angin sepoi-sepoi. Dengan bunyi air terjun nya. Rasa rileks sangat melepak kat sini. Kami dok santai-santai je. Beli air sambil minum minum, borak borak. Tengok gelagat orang. Pastu try buat video ala-ala shoot drama..konon nya la tapi sampai ke sudah tak reti nak edit hahahhaha sengal kan 😆

Punya la berlambak video video yang diambil sampai full ako punya storage henpon sudah nya kita simpan aje la untuk tatapan sendiri hahaha... Tak koser nak edit bagai, ako bukan nya editor hahaha #motifnakmentionEditor ???? 😆😆 ok abaikan. Kita tengok je gambar-gambar sudah!



Lama gak kami melepak kat situ. Pastu nak balik dah malas nak naik subway. terus kami tahan teksi je sampai ke Myeongdong. Tak jauh pun tapi pastikan jangan salah naik teksi. Ada teksi yang starting meter dia dah cekik darah. 

Sampai Myeongdong terus rasa lapar. 😅 Jom la dinner plak.


Kali ni kami pilih untuk makan malam di Busan Jib yang terletak di Myeongdong Night Market. Ako baru tau, selepas COVID aritu, diorang dah buka 3 jenis kedai brand BusanJib. Masa kami sampai di kedai yang lama, rupa nya kat situ diorang just jual ayam goreng korea style sahaja.

Kami cuba ke kedai kedua yang jual goreng goreng masakan korea tapi dah FULL. Malas nak tunggu, kami ON aje la makan ayam goreng korea style malam tu.


Menu.. ada ayam pedas, original, cheese dan soy sauce kot kalau tak silap.


Kami order 2 jenis, pedas dan tak pedas. Seriously yang pedas tu memang pedas sangat oiii tapi sekali ko makan, ko rasa nak makan dan makan lagi. Sampai member-member yang lain dah give up sebab pedas sangat. Portion dia memang banyak, sesuai untuk 4 orang. Ayam dia memang ranggup sangat kalah ayam KFC kat msia hahaha.. Potongan nya pun xde la besar besar. Bagi pengemar ayam goreng, korang wajib cuba tau!!


Ako kurang gemar yang tak pedas tu maybe sebab soy sauce kot. Rasa semacam plak kat tekak hahah.. Maka nya ako jenuh la nak menghabiskan ayam pedas itu sengsorang. Nasib tak cirit dibuatnya 😆 Korang tapau bawa balik pun masih ranggup!! Eh terngiang ngiang plak kelazatan ayam goreng korea ni.


Dah kenyang, kita jenjalan la kejap area Myeongdong Night Market tu terjumpa kedai ni.
DIY souvenir.. comel comel ingat nak buat untuk korang korang tapi kita buat next trip je la kalau ada hahaha..








Bukan takat design DIY keychain / Strap tapi bag dan pencis case pun korang boleh DIY sendiri. Kalau ada rezeki korang, lenkali kalau ako datang lagi boleh buat untuk pembaca blog anakomak ni hahaha...




Eh ada orang tanya, souvenir apa yang boleh dibeli kat Korea tu??? Ha stokin ni antara souvenir yang korang boleh bagi hahha.. Comel comel tau!. Dulu harga nya W1000 je satu set, Buy 10 Free 1 tapi sekarang dah naik harga  plak jadi W1500 sepasang. But still murah untuk harga kat sana. Sila jangan convert!! Ako beli barang memang tak suka convert convert sebab kita kena ikut nilai currency kat satu satu tempat yang kita pergi. Kalau memanjang nak convert alamat nya memang tak membeli or makan la korang kat sana 🙊 

Prinsip ako kalau melancong sila jangan CONVERT!!


Sudahi malam pertama kami menyinggah ke 7-eleven on da way nak balik ke Guesthouse. Beli Uyu dan kopi banyak banyak. Buat minum minum kat dalam bilik sebelum tido hahaha...


Dan malam kami berakhir jam 10 malam....  Dah penat sangat masa ni. Lepak kat luar sebelum masuk bilik. Malam pertama di bumi Kimchi, kami tido nyenyak hahahaha!!

Sejuk??? Bagi ako suhu waktu tu macam ko dok dalam aircon je. Tak berapa nak sejuk sangat. Member berdua tu memang sarung sweater je la ye sebab dingin sangat kata nya. So korang tanya ako, ikhlas ako cakap ako rasa suam suam kuku je 😅 Kulit buaya gamak nya sis ni hahaha

Nota Jemari: nanti sambung hari ke-2 plak