Hari baru! Plan hari ni nak ke Busan. One day trip to Busan. Awal awal kami dah beli tiket KTX dari website dia dan sepatut nya train kami akan bertolak jam 6 pagi (waktu tempatan).
Kami memang dah bangun seawal jam 4 pagi lagi. Bukan apa memasing takut terlajak tido dan terlepas train to Busan. Konon nya kami plan nak sampai ke Seoul Station tu awal. Dari Myeongdong Station kami dah moskel sebab takde orang langsung pagi tu. Ok masa ni tak rasa pape lagi.
Menunggu macam biasa. Sampai la ternampak information digital ni. tergerak nak tengok schedule train. Eh first train jam 5:52 pagi. Alamak!! Baru kami tersedar. Kalau nak tunggu first train makna nya tak sempat la kami nak naik train KTX jam 6. Adoi masa ni semua dah cuak. Tengok jam masih sempat naik bas or teksi. Dah moh naik atas balik kita tahan bas or teksi je.
Kami terlepas bas! Nak tahan teksi, teksi plak tak nak berhenti. Ermm.. sampai la ada sorang ahjussi ni tolong tahan kan teksi untuk kami.
Alhamdulilah berjaya sampai kat Seoul Station ni sebelum jam 6 pagi. Seoul Station ni kira macam KL Sentral la. Sempat kami beli air untuk alas perut dalam train nanti.
Simple sangat procedure naik KTX kali ni. Takde nak scan-scan bag or check tiket, berbanding tahun 2018 dulu siap kena scan bag macam kat airport tu. Ermm maybe awal pagi sangat kot ntah la eh. Takpe yang penting selamat dah kami naik tren ke Busan tu tanpa sebarang problem, alhamdulilah.
Perjalanan lebih kurang 2 jam 40 minit. Eh tak ramai plak orang pagi tu. Pastu takde plak orang jual makanan dalam tren. Ke sebab awal pagi sangat eh? 😏
Masa ni sepatut nya plan nak ke Busan Luge pastu baru perasan perjalanan ke sana amek masa lebih kurang sejam gak. Bila bincang bincang balik, takut tak sempat nak naik Beach train jam 12 tengahari, maka nya kita just lepak lepak aje la kat BIFF. Ingat nak naik Busan Bus Tour ni tapi tak jumpa plak tiket kaunter nya. Sudahnya moh la kita naik subway Busan ke BIFF square je.
Dah sampai Busan wajib la jumpa si Sunah. Memang dari awal dah plan nak jumpa ngan Sunah kalau ke Busan. Alhamdulilah plan menjadi walau ada beberapa tempat yang dalam list tak dapat nak jejak. Memandangkan ako dah beberapa kali ke Busan, maka nya trip kali ni kita hanya pergi tempat-tempat yang belum sempat nak jejak. Tapi kita ni hanya merancang je, dalam banyak-banyak plan list tempat hanya ini je yang sempat kami jejak. Sadisss sebab masa mencemburui kami hahaha..
Tiket dah beli online kan, so sampai ke Cheongsapo Station terus kami naik ke tingkat atas. Tak terpikir dah nak pose kat atas rel view laut tu oii.. Bila pikir balik rasa nak hempuk diri sendiri ..kena gi lagi kah ni??
Tengkiu Sunah jadikan impian kita nak naik ni satu kenyataan wkakakakaka
Masa ni rintik rintik hujan dah turun. Ayoh lekas cari tempat perlindungan tapi kita nak naik bas untuk ke rumah ciksun.
Sampai Jagalchi Market, CikSun mendahului kita tolong carikan gerai jual seafood. Ikutkan banyak je pilihan kedai-kedai tapi yang ini CikSun dah pernah pergi sekali, so dia rekomen. Nasib baik ahjuma kedai tu still ingat kat CikSun. Hahahha lepas ni dah bole la jadi tourguide ke pasar ni ye ciksun😆
Dah beli bahan seafood, moh la naik kat tingkat atas. Aras atas tempat makan tu Muslim Friendly. KImchi dia sedap oii... Sayur hijau tu hahha macam xde rasa pun. Rumpai laut yg basah2 gitu.
Direction to BIFF square :-
BIFF Square BIFF 광장 (Nampo-dong, Busan) Jagalchi Station (line 1, exit 7). Walk straight passing the 1st road (on your left) and turn left at the 2nd road (Gwangjang-ro) to arrive at BIFF square. 3 mins walk.
Masa sampai kat sini dah tengahari oii..!! gerai gerai baru nak buka. Matahari memancar-mancar. Sempat lagi kami soping soping, jumpa kedai yang tengah buat SALE murah gila. Apa lagi memang tak menang tangan la menyoping dulu 😆 Mennghabiskan masa kat sini sambil tengok orang makan hotteok.
Walau awal awal dah beli tiket naik Beach Train dan Sky Capsule tapi hanya Sky capsule je sempat kami naik. Terima kasih kat Sunah sebab tolong belikan tiket secara online hari tu. Untuk info, website skycapsule dalam korea ye dan pembelian semua kena guna kad korea. Tak dapat naik Beach train, nasib baik dapat refund walau tak 100% la kan.
Jumpa Sunah kat subway pastu dia bawa kami naik bas untuk ke Station Cheongsapo. Macam naik roller coaster kat Busan ni hhaha sebab jalan yang berbukit bukau. Pastu Sunah salah hentian plak hahaha terpaksa la kami menapak untuk ke station tu.
Gigih menapak... Laju betul CikSun dah macam marathon kami dibuatnya hahahha.. tapi view sangat cantek.. So ok la berbaloi menapak ke station tu.
uishh nasib baik kami cepat. Barisan dah mula nak panjang.
Hoyeeeee tercapai hajat nak naik sky capsule ni. Al-maklum masa datang dulu capsule ni tak wujud lagi. Diorang bina capsule ni masa COVID dulu tahun 2020.
Maximum bole duduk dalam tu 4 orang so kita beli je la tiket untuk 4 orang harga w50,000. Kesabaran kena ada gak duduk dalam tu hahaha sebab dia x laju mana pun. Dan perjalanan dari Cheongsapo ke Mipo amek masa lebih kurang 30 minit juga la. Tapi view laut sangat OK. Wishlist kita checked hahahaha...
Actually teringin nak naik situ. Kata nya toilet tertinggi dan cafe tertinggi ada kat situ wkakakaka tapi kami tak sempat nak naik sebab nak kejarkan waktu solat Cik Sun. Jadinya Cik Cun offer kita singgah rumah dia kejap untuk solat.
Dapat award dah Blueline Sky capsule ni. Wah tahniah!!
Tengah dok bincang nak gi mana, nampak statue ni. Ntah sempena apa la tengah tengah laut tu. Nak cakap statue mermaid tapi bukan ... 😅
Berjaya naik bas... Hahahah sampai terlelap lelap dalam bas , memasing dah kepenatan dan kelaparan. Alhamdulilah selesai urusan kat rumah ciksun (masa ni terlupa nak bergambar), sangat bersih rumah ciksun... kalau duduk sorang2 memang tak takut pun sebab area rumah dia kawasan kedai yang sentiasa bizi.
Jom gi Jagalchi Market naik subway je.
King Crab depan mata oiii.. hahha memasing takut nak pegang, takut kena cepit kekdahnya 😆 King crab ni bila timbang 4 kilo tak silap beratnya, dia nak jual kat kami sekor tu dalam w170,000 (bersamaan RM600++) lebih kurang la.. Mau tercekik memasing hahahha... Itupun belum campur dengan harga seafood yang lain, harga masak pun lain ye.
Jadinya kami setakat amek Queen crab aje la ye hahaha..Buat masa ni, itu je yang termampu dibeli dulu. Hahhaha klu ada rezeki terpijak lain kali, kami akan cuba juga la king crab ni ye😋
Pandai diorang tawar menawar hahaha.. klu ako nak borong je semua🙈
Seafood kami beli minta dia buat sup kosong je. Hahahaha puas makan. Semua pun fresh fresh.
Queen crab kami soh dia rebus je. Nikmat oiiii!!! Tak caya, cer korang tengok dia ni makan😆
Sape peminat k-drama pasan tak diorang suka makan cili hijau ni. Konon nya pedas sangat la cili tu sekali ako makan, ya ampun tak rasa pedas langsung.. Rasa nak hempuk2 kepala hahha.. Ahjumma tepi kami macam terkujat plak tengok ako makan cili tu. Nak wat camne weii takkan ako nak jelir lidah cakap pedas padahal cili api kita lagi pedas nak mati oii.. Apa sangat la cili diorang ni .Nangis ako tengok diorang makan macam pedas sangat.
Ikan merah? ikan siakap? Ntah ako x pasti jenis ikan yang kitorang amek tadi. Kita soh dia masak sebelah je, sebelah lagi dia suggest soh buat sashimi. Nasib la ada yang hantu sashimi. Tapi serius sedap oii sebab ako bkn suka sangat makan ikan mentah. Betul la ikan fresh memang sedap buat sashimi😅
Night view kat pelabuhan....
Dah rindu kampung halaman ke tu? 😁 OK CikSun, tunggu kita datang jenguk awak lagi.. eh eh #tiber jom SisLin hhahaa....!
Busan... akan ku jejak lagi sebab tak puas! Ada lagi mende tertinggal nak buat kat sana . Hahhah Bila nak gi lagi ni? Hhahaha jom sape nak ikut😆
Eh tapi Busan takde tempat main ski kan??? Cik Sun sila survey please hahahah
Day Trip tak puas laaa unless korang memang ada tempat nak tuju terus! Atleast 3h2m Busan trip untuk ako dah cukup dah hehehe.. bole cover byk tempat gak tu.
[Baca sini: Busan 2015 , Busan 2017]
Nota Jemari: Eh nak gi Jeju laaa.....
21 Comments
Ending dia mantol! Dapat makan seafood sedap & jumpa Ciksun 👍
ReplyDeleteKaannnn dpt makan seafood tu yg rs berbaloi sgt haha
DeleteBestnya!!! Ciksun dah boleh join warga korea dah jalan laju mcm marathon eh.. hahaha
ReplyDeleteHahaha tak lama lg dia buka la agency tour guide..
DeleteJomlah tahun depan hahahaha.. kita balik sekali gan CikSun.. aku suka Busan sebab macam tak banyak tangga kan hahahahahahahah :p
ReplyDeleteHahaha jom2 sediakan duit je la :p
Deletewahh..seronoknya .. alhamdulillah
ReplyDeletebaru nak tanya jumpa cik sun tak? sekali..of coz la kan.. seronok cik sun kawan2 dtg kann...
best best!!!
Hahhaha jumpa2 mmg awal2 dah plan ngan dia nk jumpa
DeleteKalau ada rezeki ke sini, Sha nak gi tempat makan seafood tu je.. kikiki.. Geram betul tengok seaood diorang.. Terutama king crab tu..
ReplyDeleteHaha insyallah one day mesti ada rezeki nya tu sha
DeleteBesar betul ketam. Daging dia tak liat ke, Ako?
ReplyDeleteDalam video tu, nampak octopus dia gerak, masih hidup. Segar-segar ya, makanan laut.
Teringat movie Train to Busan. Nasib takde zomba.
Tak liat nur... sedap fresh rsnya... octopus gerak2 tu takut gak nak makan hahaha
DeleteHaha ingat pedas sangat cili hijau itu. Mesti kecewa apabila gigit tidak rasa apa.
ReplyDeleteAmboi berpesta makan makanan laut. Ada Cik Sun tunjuk tempat dia selalu beli. Jimat masa tidak perlu cari sendiri.
Baca entry pun dah seronok.
ReplyDeleteAiiish saya jadi pengen ke Busan 😄. 2017 ke Seoul tp tak ke Busan. 5 hari hanya santai di Seoul hahahahha.
ReplyDeleteSky capsule itu memang lagi happening ya kak. Temen saya baru balik dr Busan dan mereka semua pun naik itu . Tapi pada bilang pelan sangat 😅.
Seafoodnya ampuuun, pengeeen laaah 🤤🤤🤤❤️❤️. Dulu saya pesan king crab masa di Jepang, tapi hanya pesan kakinya saja hahahahah. Kalo seluruh badan memang tak sanggub 🤣. Kakinya pun dah sedap, Krn tebal dagingnya kak 😅😄
Eh THN depan Des saya nak ke Jeju. Teman saya buka open trip, karena tuh lah nak ikut. Lagian Jeju free visa buat Indonesian asalkan direct kesana flightnya. Makanya saya mau, kalo ke Seoul wajib visa pula 🤣
Cantiknya view malam. Kalau ada dekat negara orang ni automatik semua nampak cantik hihi :)
ReplyDeletepergh..kena pandai bargain erk..nasib la ahjumma tu ok..Ako dah boleh jadi tourist guide..nak ikuttttt...kena menabung ni
ReplyDeleteitu lahhh, banyak tempat tak sempat pergiii! boleh pulak dia melepak lama2 dekat BIFF tu ahahahha! busan ada tempat main ski dekat eden valley ski resort..meh la datang ahahaha!
ReplyDeleteooo busan ada je ski park hahahah kena menabung lagi ni :p
DeleteWow! besar-besar saiz seafood itu. Klau ada gout kena standby ubat nih! heheheee...
ReplyDeletewahh bestnye mkn seafood fresh dkt sana.
ReplyDeleterindu nak ke busan lg.. bila la ada rezeki nak ke sana lg.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com