...sambungan dari entry lepas...
Hari Kedua dah....
22 Disember lebih kurang jam 6:30 pagi waktu korea, kami selamat mendarat di Incheon International Airport. Masa ni memang dah rasa letih sangat hahah tapi bila urusan imigresen dan kastam sangat lancar, terus hilang penat!!
Yeay akhirnya kami jejak lagi di bumi Korea😍
OK cop!!! Perjalanan kami belum berakhir lagi ni. Masa menaip ni pun dah terasa penat membayangkan situasi kami ketika itu. Ikutkan itinerari kami, sampai je epot Incheon, terus kami akan mencari tiket KTX ke Busan.
Masa ni tak pandai lagi nak cari tiket online. Maka nya terus kami beli di kaunter sahaja.
Bila beli kat kaunter ni, harga memang agak mahal sket tau kalau dibandingkan kita beli secara online. Memang awal-awal kami dah alert akan harga tiket nya. Setel urusan pembelian tiket terus kami menuju ke gate pelepasan.
Ayoh kita menuju ke Busan, Korea.
Perjalanan dengan KTX mengambil masa lebih kurang 2 jam 20 minit.
Kemudahan dalam KTX memang sangat selesa.
Toilet dia pun sangat luas dan bersih.
Kami di Busan hanya semalam saja.
Kami stay kat The B.S Hotel. Ikutkan hotel ni takde la jauh sangat dari Busan KTX Station, boleh je kalau nak jalan kaki. Tapi sebab kami kan first time sampai Busan, jadinya kami amek teksi je la. Mula kami tunjuk alamat hotel tapi itupun drebar teksi bole sesat hahaha... last-last kita call aje receptionist dan derang bagi direction thru phone aje. Tup tup eh laaaa memang kami dah sampai rupanya kat depan hotel. hahahaa... seriously signbod hotel memang tak nampak klu korang tengok bawah je sebab dia hanya tulis perkataan 'entrance' je kat pintu masuk tu😅
Bilik sangat selesa...
Jadi la kan untuk semalam je pun.
Rehat la kejap weii, penat!!
hahaha... setelkan pape yang patut..
Pastu terus kami kluar balik.
Moh kita round-round kota Busan.
Asalnya memang plan nak pegi banyak tempat tapi timing dah lari plak.
Sudahnya dalam banyak-banyak tempat kat Busan, hanya berjaya jejak ke Gamcheon Culture Village & Jagalchi Market aje.
Mari kita menuju ke Gamcheon Village.
Macam mana nak ke sana ye?
How to get to Gamcheon Cultural Village
- Take the subway to Toseong Station 토성역.
- Go to Toseong Station Exit 6, there will be a “Gamcheon Culture Village” sign on the exit area.
- Go to the small bus station board in front of the Pusan National University Hospital building.
- Change to a green minibus 1-1 or 2 or 2-2.
Dibina pada tahun 1950 oleh pelarian Perang Korea, kampung ini dimulakan sebagai kota kecil. Perlahan-lahan, penduduk mula membina rumah bata dan kampung itu jadi semakin besar. Dinamakan juga "Machu Picchu of Busan" atau "Lego City", Gamcheon Culture Village menjadi tarikan pelancongan utama Busan pada tahun 2009 ketika pemerintah memutuskan untuk mengubahnya.
Kat tourist information, korang boleh beli peta Gamcheon Village dengan harga 2,000 KRW. Rekomen korang untuk beli peta dia sebab banyak membantu untuk korang jelajah perkampungan ni.
Pastu korang bole ikut peta dan collect stem kat tempat-tempat yang dah ditetapkan dalam kawasan perkampungan tu. Pastu kan kalau korang berjaya kumpul kesemua stem, korang bole claim 2 poskad percuma.
Bersungguh-sungguh kitorang nak kumpul semua stem hahah.
Nampak je pondok stem, terus nak cop!
Ekceli kat situ banyak betul art street. Hampir setiap rumah kat situ memang akan ada je lukisan.
Oh ye, perkampungan Gamcheon ni masih ada orang yang tinggal ye.
Perkampungan berwarna-warni di Busan ini terkenal dengan tangga yang curam, lorong-lorong yang berpusing-pusing dan rumah-rumah yang comel.
Ingat tak awal-awal tadi dah mention, kalau dapat kumpul semua cop, kita dapat poskad FREE!!
Ha dijadikan citer, kami berjaya la dapatkan poskad tersebut. Maka nya beriyer la kami dengan excited nya mengirimkan poskad tersebut ke rumah masing-masing hahaha...
Tapi seingat ako, poskad nya tak pernah pun sampai ke tangan ako balik.
Hahah tak tau kat mana silap nya. Sebab nak cakap kena beli stem, memang kami beli stem untuk diposkan. Cuma tak pasti la kan, pos box tu memang posmen datang kutip ke idok. 😂
Lama juga rupanya kami melepak kat Gamcheon Village tu, tau-tau je dah petang.
Lapar plak tu, terus kami menuju ke Jagalchi Market.
Jagalchi market ni pasar yang jual pelbagai jenis hidupan laut.
Walau semalam je di Busan, kami berpuas hati sebab dapat jugak jejak kan kaki kat sana.
Dan ako tak sangka ako kembali lagi ke Busan pada tahun 2017. Yang trip tu memang bertambah puas hati sebab tempat-tempat yang ako tak dapat pegi dalam trip kali ni, almost semuanya ako dapat jejak.
Insyallah ada rezeki, Busan akan ako tawan lagi 😆
Ok sambung hari ketiga kita berangkat balik ke Seoul.....
Nota Jemari: malam memang nyenyak kami tido dalam kepenatan....
32 Comments
Annaeyong sayo... ehh, betul ka?
ReplyDeleteBanyak benda kalau bercuti ni... terbaik... akhirnya sis Lin jumpa member dia kat sanaaaa.. Excited mukaaa! Kah.. Ehh, x sampai ke poskadnya.. lorh...
Hahaha excited kan ygk sislin jumpa "sedara" mata sepet kat sana hehee... Aha x smp pun poskad nya.. Sedih 😢
DeleteBaca entri ni rasa penat berjalan juga Kak Ret. hehe.. Tunggu next entri pula.
ReplyDeleteHahaha tgu... Tgh lepas lelah menaip 🤣🤣🤣
Deletewah train to busan. bestnya dapat jalan-jalan kat korea :)
ReplyDeleteHaaha ms ni x de lg fm train to busan jd x terbyg zombi dlm tren 😂
DeleteLama sudah pergi ini sampai ada ulangan pergi.
ReplyDeleteKalau buat aturan rancangan sendiri memang penat tanpa agensi pelancongan.
hahhaa takkan pernah jemu berulang2 pegi hehehe...
Deletepegi sndri mmg penat tp puas hati.. sebab x terikat dengan masa dan jadual pihak agensi :)
Rindu plak adik-adik aku kat sana tu hahaha..
ReplyDeleteApo laa khabarnya ekk...
Oii nak pi lagi jangan lupa hakuuu :p
hahhahaha beresss.... tp kita selesaikan dl trip matahari terbit yang dah tertunda tu kan :D
DeleteTertarik sungguh dengan kampung warna warni tu.
ReplyDeletekan.....:)
DeleteWah, pagi ni masuk sini ada angin Korea yang berpuput!
ReplyDeleteGambar-gambar kat Jagalchi market buat saya lapar hhuhuhu
hahahha ni rindu tu yg kita throwback kejap :p
Deletesatu tempat yang menarik untuk dikunjungi...saya harap suatu hari nanti saya akan juga ke sana
ReplyDeleteinsyallah :)
DeleteBersih dan luas betul toilet dia. barulah selesa nak melepaskan hajat pun. Ceria betul perkampungan ni. Street pun kaya dengan hasil seni yang cantik dan comel comel. Puaslah ambil gambar macam ni. kejap kejap stop ambil gambar :)
ReplyDeleteaha betul tu, ekceli byk lagi gmbr2 seni kat perkampungan tu tp cukup je la tempek yg ini aje..hahah kang muak plak org tgk :D
Deletewah makanan dia. meriahnyaaa. tetiba lapar ni kak.hahahah
ReplyDeletehahahhaa....:p
DeleteNanti letak kat sidebar..hehehe...sana seafood dia best kan..nampak sedap plak seafood tu semua...
ReplyDeleteberes.. dah letak!! hahah mmg sedap seafood dia sbb fresh sangat
DeleteMenarikkkkk! Sebab cantiikkk, perkampungan warna warni, meriahhh nampak bila warna warni, yang penting kat mana mana boleh selfie hahaha.
ReplyDeleteEh boleh pos poskad ke rumah kita betul betul ke kak ret? Sampai ke tidakk poskad nya kak ret?
mmg bole pos betul2 tp x tau mana silap nya, poskad yg kitrg htr x sampai2 pun...
Deletewah..train to busan...
ReplyDeleteHahahaha...
DeleteWahhh.. kita teringat pulak movie Train To Busan tu..
ReplyDeleteYang salute, kuat tol ingatan Ret
Haahaa alhamdulilah kak.. Semua pun berpandukan gmbr2 jgk
DeleteFemes Gamcheon Village ni. Idokalh bosan ye Busan ni kalau sampai repeat lagi sekali.
ReplyDeletewakakakaka... ada je tmpt lain kat busan ni :D
DeleteAlaaa rindu laa nak ikan grill tuuu.. sedapnyaa.. hari=hari makan pun takpe kan, dan sup kurita hahahaha..
ReplyDeletehahahaha kurita tu ngeri tgk ahhhaa
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com