Morning Busan....... 😄 Segar bugar pagi ni.
Moh la kita mengemas sikit. Pagi ni nak check out dan gerak balik ke Seoul.
Sebab kan semalam dah jalan-jalan sekitar Busan, so kita dah familiar sket la selok belok kawasan hotel dan tren station. Hotel ni terletak lebih kurang 500 m dari Busan KTX Station. So moh la kita jalan kaki aje ke stesen ye. Nak naik teksi cam tak berbaloi gitu.
Kali ni kita naik ITX balik ke Seoul. Apa beza KTX dan ITX?
KTX ketapi paling expres dan cepat. Kalau naik KTX perjalanana antara Busan ke Seoul dan sebaliknya hanya amek masa lebih kurang 2.5 jam sahaja, manakala klu guna ITX, perjalanan jadi lebih panjang, iaitu lebih kurang 4.5 jam dan Mugungwa lebih dari 5.5 jam.
Sebab kan masa kami sampai kat stesen, tren yang ada masa tu adalah ITX. Jadi kami naik aje la mana yang sampai dulu hahaha walaupun perjalanan nya agak lama la sikit kan. Dari segi harga tiket pun, KTX lagi mahal ye berbanding dengan ITX dan Mugungwa.
Tren dari Busan pagi tu agak penuh juga la.
Perjalanan ni macam ibarat korang pegi KL ke JB gitu hahha...
Jangan risau, wifi memang ada je dalam semua tren. Jadi takde la bosan sangat kan.
Bertolak dari Busan jam 11:25 pagi, sampai di Seoul lebih kurang 4:14 petang.
Akhirnya selamat mendarat di bandar Seoul.
Masa ni cam terpinga-pinga jap sebab tengah pikir camne nak ke hotel yang kita dah book di Seoul. Hahahhaa... Sampai pun dah petang kan, tambah musim sejuk ni waktu siang agak pendek. Jam 5 dah nak gelap gitu. So kita tarik napas, dan pikir solution kejap hahaha..
Pertama kali nak guna mesin beli tiket, Hahah tak tau jangan sombong-sombong. Kita minta aje bantuan dari mereka yang pakar😅
Hotel yang kami telah booking di Seoul ni terletak di kawasan Dongdaemun.
"Global Inn Seoul Dongdaemun City Days Inn" nama tempat penginapan kami. Memandangkan ianya terletak berdekatan dengan tren station, tu yang ako booking kat sini aje.
Dan dapat plak bilik untuk 3 orang dengan harga yang berpatutan.
Kata nya hotel ni tak jauh dari Dongdaemun Station Exit 5 (dalam seminit je jalan kaki).
Beriyer la kami google mencari arah.
Kata nya hotel dah dekat-dekat situ je tapi pusing punya pusing hahah masih tak jumpa.
Rupa-rupanya, kena masuk lorong tak jauh dari exit 5 ni.
Alhamdulilah jadi la hotel kami selama beberapa malam di bumi Seoul.
Kami memang takde nak tido hotel-hotel bertaraf 5 bintang bagai ye.
Janji dapat tempat tido yang selesa dan bersih.
Check in pun lancar je. Cuma hotel ni takde lif hahaha masak OK!!
Nasib baik diorang tolong angkut bag-bag kita ke tingkat 1.
So far ramai traveller akan stay kat sini, jadi diorang ni memang dah biasa la dengan traveller-traveller luar yang bawa bag berkilo-kilo berat nya wkakakaka
Bilik nya takde la luas tapi cukup la untuk kami bertiga.
Rehat kejap, bersih kan diri pastu kami keluar lagi.
Kali ni jom kita merayap waktu malam di bandar Seoul.
Malam pertama di Seoul, kami ke Myeongdong dulu.
Lagipun nak dinner dulu kat area situ senang cari halal foods.
Sistem tren diorang memang sangat impresif!
Mudah, cepat dan infomatif.
Sesape yang pernah naik tren kat korea mesti rindu bunyi suasana dan lagu tren haha.
Dari Dongdaemun ke Myeongdong, satu station je pun.
Yeay dah sampai Myeongdong....
Syurga membeli belah di waktu malam...
Macam-macam pun ado.
Sonok cuci-cuci mata kat sini.
Tengok telatah peniaga, tengok reaksi orang ramai.
Eh macam-macam la nak tengok 😆
Dah kenyang, dah puas tengok orang ramai kat situ, jom kita lepak kat Cat Cafe.
Ni kali kedua nak pegi. Sebab dah tau kan, pastu diorang berdua ni plak memang cat lover, so moh la kita buat aktiviti belai membelai😄
Kalau bernasib baik korang akan jumpa maskot ni kat tengah-tengah Myeongdong.
Nanti dia akan bawa korang ke cat cafe.
Masuk sini kena bayar dalam 8000 won tak silap (free air, boleh pilih dari menu)
Order je air latte sudah!
Hahaha...tak payah nak belek belek sangat la menu dia ye.
Semua pun berkonsepkan kopi.
Dah order pastu nanti budak cashier tu bagi korang satu bag plastik besar.
Just isi je barang-barang korang dalam bag plastik tu.
Bukan apa, itu untuk mengelakkan kucing-kucing yang ada kat situ meninggalkan kesan kat barang-barang korang. Kucing-kucing dalam tu memang bebas berkeliaran.
Diorang ni tengah cari mood nak sergah kucing yang mana dulu hahaha...😝
Tu kucing ke teddy bear kucing? hahaha gebu gila bulu nya.
Kucing tu pun dah x lalu nak pandang kamera agaknya hahaha....
Moh kita tengok aksi diorang membelai kucing-kucing.
Sakan diorang main ngan kucing.
Ako mampu tengok je la hahah sebab bukan peminat kucing sangat.
Dah penat tengok diorang main, moh la kita rehat kejap.
Pastu jom la balik hahaha....
Jalan-jalan lagi kat Myeongdong Night Market ni.
Usha-usha je pun...
Dah puas jom kita gerak ke tempat lain plak.
Konon nya nak gi cari tempat ice skating.
Penat dah sambil cari hala tuju hhahaa...
Kata nya ice skating terletak kat Seoul Plaza di area Seoul City Hall.
Maka menuju la kami ke sana.
Jalan punya jalan, masa ni dah serba salah plak dengan diorang hahah...
Sebab nya ntah mana-mana la ako bawa diorang ni tapi masih usaha juga nak cari jalan keluar.
Gigih turun naik tangga kat subway wkakaka...
Kalau ingat-ingat balik memang fobia tengok tangga dah ahaha
Tapi...........
Alaaaa dah tutup rupanya. Tengok jam ermm patut la dah pukul 9 ke 10 malam waktu ni.
Last-last kita tengok rose LED je la kat tepi tu hahaha.....
Harap-harap diorang tak serik la jalan-jalan ngan ako yang kadang-kadang jalan tanpa arah tuju muahahhaa...
..sambung nanti
Nota Jemari: Sesat itu kadang lumrah sornag traveller😜
20 Comments
Bagus sistem pengangkutan dorang. Bila travel ni janji ada tempat untuk tidur sebab banyak masa untuk jalan je. Duduk bilik je rugilah kan. Comelnya lah kucing kucing tu. Macam kena repeat lagi datang sini KakRet, boleh ber ice skating pulak.
ReplyDeletehhahha repeat???? of coz x jemu nak repeat lagi ..:p
Deleteice skating tu saja je sebab nk tgk suasana kat sana.. fefeling mcm dalam drama :D
Banyak lagi nak explore tu. Haruslah kena feeling macam dalam drama. Hihi
Deletehahahhhaa harussss!!! :D
Deletealaaa kak.. bestnyaaaa kak.. view nyaaa cantik cantik. teringin jugak nak pergi sana.. tapiii kenaaaa tunggu duit dulu. haha
ReplyDeleteinsyallah.... ada rezeki suatu hari nanti kan, mana tau :)
DeleteSesat tu biasa kan..SA pun sma pernah sesat...kat Da Nang rasanya..tapi walau cuak kita cool je kan...
ReplyDeletehahaha betul tu... walau sesat kita kena tjuk keyakinan kita depan yg lelain ahhaha baru la mereka x cuak jgk mcm kita :D
DeleteComel gilaaa kucing kucing tuuu! Macam anak patung pulak si putihhh atas tu hahaha. Kak ret santai tengok dari jauh :P
ReplyDeletekita mampu tgk je tiqah... nak pegang pelok2 rasa takut hahaha
Deletetakut kita yg melompat lebih kang :D
Best sangat..kak ret..pengalaman manis :)
ReplyDeletekak ret pi kat station yg train to busan ke? heheee
pegi kat seoul station je...yg lelain x singgah pun :D
Deletealahai bestnya cafe kucing tu... memang tak merasa nak masuk la sebab suami tak suka kucing. Sesat tu, dalam AEON pun boleh sesat...apa lagi kat Korea kannn
ReplyDeleteHahaha betul2.. Kat msia pun bole sesat kan 🤣🤣
DeleteSesiapa yang ke Korea mesti dah mahir sistem keretapi di sana.
ReplyDeleteGemuk-gemuk kucingnya. Haah yang warna putih itu kucing ke?
ye warna putih tu pun kucing jgk hehehe
DeleteSesat tu selalunya memori yang paling diingat. Rindu nak sesat lagi.
ReplyDeletehahhaa kan kan :D
DeletePenat aku bila tengok tangga tu Ret hahahaha..
ReplyDeletePengalaman berjalan berkilometerrrr... kurus laa kejap ibu jari kaki kannnn
hahhahah betul2 mmg kurus hujung jari wkakaka
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com