CERITA NASI DAGING BUY 1 FREE 1

CERITA NASI DAGING BUY 1 FREE 1

 

Korang pernah dengar tak apps Heyho ni?
Ini adalah apps tempat orang jual-jual makanan macam GRAB dan FOODPANDA.
Heyho ni adalah branded by Jovian Mandagie. Ye betul pereka fesyen Jovian tu yang skrg ni mask dia merata orang pakai kan termasuk la ako pun terjebak juga beli hahaha.... ok abaikan mask jovian.

Ni nak cerita sikit la kan...

Kisah nya lebih kurang jam 2 petang tadi, tiba-tiba ada satu motor benti depan rumah.
Turun la sorang pakcik berjubah bagai.
OK at first ako ingat tabliq mana la kan, maka nya ako soh la si Aqeem gi kluar tanya nak apa.
Pastu tak puas hati, MAMA uyum pun kluar la juga.
Then dia jerit dari luar,

"Na, ko ada kawan nama Farihah duduk Kementah?"

Ako pun jawab camni,

"Kementah???? Kawan ako ada je nama Farihah tapi bukan la duduk Kementah!"

OK mana kementah tu?
Kementah tu adalah Kem Kementah kat area PULAPOL sana.

Sebab tak puas hati, ako pun kuar la juga sambil tu terus mesej member yang nama nya Farihah duduk di Cheras hahaha....


Dipendekkan citer rupanya memang Farihah kawan ako yang ada kirim sesuatu untuk kami.
Ha suspen tau!.. Ingat lagi kes yang ROTI JALA & KFC tetiba muncul tu? hahah
So ako x nak la jadi camtu lagi kan, suspen tau!
Nasib la kawan yang satu ni cepat dia meng'iya'kan pemberian yang datang tiba-tiba tu.
Terus hilang perasaan debo suspen tu haha..

Kita pun amek la kan dari pakcik tu TAPI ada insiden plak yang berlaku.


Air asam abis tertumpah dalam bekas bag kertas warna kuning tu!
Semerbak bau asam hahaha....

Kata pakcik rider tu, kuah tu dah tertumpah masa dia on da way ke rumah ako.
Kata nya sebab bekas tu tak letak dalam plastik, tu yang tertumpah.
Kata nya dia sempat plastikkan kuah kari je.

Ok, terus ako wasap Farihah member ako tu, bagitau dah terima nasi tapi di luar jangkaan.

Bukan nak salahkan sape-sape....
Cuma pelik nya, mengikut member ako tu, dia dah order makanan sebelum pukul 12 lagi.
Pastu pakcik tu pula dah amek makanan tu lebih kurang jam 12:50 tengahari.
Sepatut nya makanan tu bole sampai ke rumah ako direct dari Kementah tu ikut DUKE dalam 10 minit je pun.

OK ako stop kat situ sebab lebih sangat citer part pakcik kang jadi x best plak kan.


Sempat la ako pindahkan nasi daging tu dalam piuk.
Nak makan tapi air asam plak takde.

Bila dah jadi camni, member tu rasa tak sedap la kan.
Sebab main dish nak makan 'nasi daging' ni harus la kena ada 'air asam' nya tu.
Maka nya berhubung la beliau dengan si pembuat nasi daging tersebut.πŸ˜…

Pung pang pung pang, dijadikan cerita, rezeki ako bertambah-tambah hari ni weiii!!
Member beli 1 set nasi daging, terus rezeki ako dapat lagi 1 set nasi daging PERCUMA!!
Ya allah, rezeki betul!!

Tapi rezeki nak sampai ke rumah ako ni banyak lagi halangan rupanya.
Rider yang baru tu kata nya tak jumpa plak rumah ako! 
Adoiii.... macam-macam ye.πŸ˜…


Akhirnya dapat juga rider yang betul!!
Kali ni bawa kete, so ok la.
Selamat tiba dengan eloknya.


Alhamdulilah... hoyeeeee akhirnya!!!!
Siap ada note tau wish "Happy Belated Birthday!" 😁
Ok penghujung Jun, so kira masih di bulan besady lagi la kan ....😜


Terima kasih Farihah. Walau banyak betul rintangan nak makan nasi daging ni kan haha.
Portion nya banyak!
Daging nya lembut!
Asam nya yang pedas!
Nasi pun sedap!

Ok bole order.... eh tapi camne nak order eh? hahah...
Korang cuba la masuk ke apps Heyho cari la food dari Chef Iqbal!


Rezeki ni ako kongsi gak ngan kakak ako.
So petang tadi, pegi la MAMA & Uyum menghantar nasi daging ni ke rumah kakak.

Sekali lagi, tengkiu Farihah!
Semoga murah rezeki ko juga 😍

TERKINI!
Kalau ada yang nak order, boleh masuk IG NASI Daging Kedah Kahaq
Ha try order direct, lagi senang kot heheheπŸ˜…

Nota Jemari: rezeki berganda

Post a Comment

13 Comments

  1. Hahaha... Sama² kasih. Letih hari ni settlekan masalah makanan kan. Btw, kuah yg tumpah tu org panggil air asam. Boleh cari nasi daging kedah kahaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ok ok dah edit part 'air asam' & info IG NASI DAGING KEDAH KAHAQ tu... hehehe tq :)

      Delete
  2. pertama kali dengan apps HeyHo ni , erm kembang kan sayap lagi nampaknya JM ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan... Byk betul rezeki dia ye.. Now dgr dia dh buat mask jOIN ngan fazura plak.. Aritu ngan CT

      Delete
  3. First time dengarrr, rasa macam tak cover kan kalau area terengganu kan kak ret hahaha.
    Alhamdulillah rezeki, banyakkkkk betul dagingnya! Puas hati kalau makan ni :D

    ReplyDelete
  4. Terliur aku nengok oii.. belum pernah makan, nak try laaa cari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh cari lin jgn x cari...
      mana tau kat JB ada yg buat :)

      Delete
  5. sedapnya nasi daging ni kak ret.. besar portion dia.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya Nasi Daging. Lama tak makan

    ReplyDelete
  7. Mungkin tak tutup ketat agaknya. Apapun Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik. Bermcam dugaan nasi daging nak sampai ke rumah KakRet. Memang banyak portion nasi daging tu. Sesuai makan ramai ramai.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com