Pemandangan biasa kat subway, klu nasib baik bole naik esklator tapi klu nasib kurang baik, ha ko menapak la ke atas guna tangga. Memang fobia klu kena naik tangga hahaha...bole kurus betis kaki dibuatnya😆


Nampak tu, kita nak ke KBS Exhibition Hall!!
Entrance: Free
Closed: First Monday of month Take the subway to National Assembly Station, Exit 4. Walk straight then turn right and walk straight again
Apa ada kat situ eh? jom tengok....


Lenggang lenggang kangkung...
eh eh..laju sungguh sislin dah ke depan.
Excited ke dia nak jadi DJ radio tu? hahaha tunggu!!


Excited jumpa kete kete KBS ni, kot la kan terjumpa ngan retis2 korea ke...
Retis-retis variety show ke kan.. 😆
OK moh kita ke pintu masuk utama.


Buat yang tertanya, apa yang kitorang buat sampai ke KBS plak ni?
Ekceli KBS ni ada banyak tau. Yang kami nak terjah ni adalah bangunan KBS Exhibition Hall.

KBS Exhibition Hall is the first museum in Korea dedicated to the history and evolution of the Korean broadcasting industry.

The exhibition hall is a space where visitors can experience radio and television broadcasting production firsthand.

The KBS Exhibition Hall first opened on January 1, 1977 and after extensive renovation, the exhibition hall reopened in April 2001.

Now, the hall offers better services than before with the addition of a Hologram Corner, 3D TV Experience Corner, and Character Photo Zone.



Salah satu program tv kartun yang femes masa tu.


Dah kata masuk sini FREE je tau... Jom la kita masuk cepat hahah


Kita regsiter la dulu. Dapatkan info pape yang patut dan baca dulu broucher then baru la kita jelajah muzium ni k.


Kat KBS ni takde staff yang kaco... Korang nak main dengan alat-alat kat situ, nak cuba jadi pembaca berita, jadi DJ, semua pun korang bole buat sendiri tanpa gangguan. Berlainan plak klu korang pegi MBC World. Ha kat situ ada staff yang jaga setiap tempat yang korang pegi dalam MBC.

Memandangkan kita bebas nak buat apa je kat KBS ni, maka nya macam-macam la yang kami buat hahaha...


Semua tempat pun nak diambil gambar...


Sampai la kami jumpa tempat untuk alih suara watak kartun ni.


Berjaya tak diorang melakonkan watak kartun tersebut???
Jom kita dengar hahha



So ok tak? Agak-agak klu korang nak cari tukang alih suara bole la rekrut diorang berdua ni!!😁


Dah selesai job alih suara, diorang amek job pembaca berita plak haha


Memang sepatah haram pun tak paham tulisan hangeul tu wakaka....


Antara pembaca-pembaca berita yang terkenal ketika itu.


Pastu berangan jadi DJ radio plak diorang ni.
Memang jahanam rancangan radio kalau diorang ni yang jadi DJ nya hahah


Pastu kita tengok DJ yang sebenar tengah ke udara di KBS Cool FM.
Kalau kebetulan ada artis tengah di temuramah, korang siap bole lambai-lambai kat artis tersebut.
Silap haribulan bole bergambar sekali melalui tingkap kaca tu.

Memang cool la kan!!


Tak ingat dah kita dapat tengok movie apa kat sana.
Puas la berlegar-legar kat KBS selama lebih kurang 2 jam.
Nak bercuti tak nak la stres-stres kan, so bole la pegi tempat-tempat macam ni sekadar hiburan korang.


Kami ni selalu makan nya tak tentu. Jadi jika dah jumpa 7-eleven atau yang sewaktu dengannya, ko beli je la pape yang patut. Kadang tu kami banyak minum dari makan. Dah penghujung hari baru la terhegeh cari makanan untuk dinner terus. Memang seingat ako, banyak berjalan, jadi kami lebih banyak haus dari lapar.


Seperti biasa kena tengok map subway untuk ke destinasi seterusnya.
Saat-saat macam ni la wifi sangat diperlukan.
Nasib la memang awal-awal trip ako dah sewa modem wifi ni sesiap dari Malaysia.


Beriyer tau nak kena ingat station mana nak naik, station mana nak turun.
Supaya takde la nak sesat lagi 😄

Next destinasi adalah ke Bukchon Hanok Village.
Macam mana nak ke sana?

You can get to the Bukchon Hanok Village in Seoul by taking the subway to the Anguk Station (Seoul Subway Line 3). Take exit 3 and head to your right. After about 200 meters you will see large information signs that begin the Bukchon Village Walking Tour

Bukchon Hanok Village is home to over 900 traditional Korean houses (hanoks) dated back to Joseon Dynasty



Kawasan perkampungan yang masih mengekalkan seni bina tradisional di tengah-tengah bandar Seoul. Yang terkini, ramai tourist tertarik kat Eunpyeong Hanok Village plak sebab ni pun salah satu kawasan perumahan yang masih mengekalkan rumah-rumah hanok di bandar Seoul. Kalau kat Eunpyeong, rumah nya lagi cantek-cantek.

Kalau ikutkan, mereka yang masih duduk di kawasan hanok ni adalah dari golongan atasan. Kira macam ornag-orang kaya la gitu.

Berakhir sudah percutian kami di Seoul.....


Esok nya 27 Disember (hari ke-7) awal-awal pagi kami dah kena pegi epot.
Flight kami ke Ho Chi Minh jam 11:05 pagi.

Hahah dijadikan cerita, memang pagi tu kami ke epot awal.
Check in pun awal tau. Sempat lagi melepak kat ruang lobi epot.
Masa ni tak masuk lagi barisan untuk cop passport sebab tengok jam masa tu memang ada masa lagi nak boarding.

Dipendekkan citer, memasing punya leka sampai terlepas pandang jam.
Memang kalut sebab masa tu dah dekat lagi 20 minit nak boarding.

Pulak tu kami masih tak beratur untuk cop passport lagi ni.
Ha macam lipas kudung memasing. Sambil beratur sambil berdoa supaya sempat la naik kapal torobang ni. Kalau tak, satu keje plak nak kena beli tiket lain oii....

Melepasi imigresen..... ada satu lagi bala nak kena naik aero tren plak ke gate pelepasam. Huwaaaa... masa ni memasing dah cuak, hampir putus nyawa dah oiii...

Betul2 kaki kami jejak je kat bangunan gate pelepasan terdengar nama kami dipanggil berulang2 kali.
Masa ni ako dah nampak staf epot dengan walkie talkie , dia terus approach kitorang sebab nampak kitorang dah kelam kabut berlari kan. terus dia walkie talkie kat orang di pintu gate pelepasan inform pasal kitorang.

Tuhan je yang tahu oiii... masa ni dah rasa jadi cam pelari pecut negara.
Yang nak mampos nya, gate pelepasan kitorang yang paaalingggg hujung!!! Palingg hujung ok!!
Dah nak dekat, ako dah siap melambai2 kat staf yang dok menunggu tu.

Masuk je kapal torobang, semua tengok kitorang macam nak telan!!
Gurlpp!!!...😅

Tapi...... kami bukan yang TERAKHIR!! Rupanya ada satu lagi keluarga pun terlambat macam kami.
Fuh....... 

Hari ke-7 kami di bumi vietnam lagi. Tido semalam di sana, check in Saigon Pink 2 Hotel.
Aktiviti di vietnam adalah soping yang terbantut masa hari pertama aritu wkakaka...


Gambar malam terakhir di bumi HCM. Memasing dah sakan sangat bersoping. Terubat sket yang siang nya hampir nak putus napas tu kan 😆

28 Disember - hari terakhir

Flight balik KL dari HCM adalah jam 8:35 pagi.
Yang ni memang sebelum subuh kami dah bertolak ke epot.


Sempat la terlelap-lelap kat epot HCM sementara nak tunggu kaunter dibuka.
Kali ni kami tak nak silap pecaturan lagi.
Memang buka je kaunter terus kami beratur  untuk check in...
Selesai je check in terus kami ke kawasan gate pelepasan 😅


Babai Ho Chi Minh....
Ada rezeki kami jejak lagi...


Selamat sampai KLIA lebih kurang jam 11:30 pagi.
Babai Korea.... insyallah dah rindu sangat nak repeat lagi 😍
Pulihnya covid, mana tau ada rezeki dan peluang akan kami jejak lagi.

Nota Jemari: Syukur rezeki dapat jejak negara orang :) kami tak pernah jemu