Eh hari ni Krismas la! Cuti umum, konpom ramai orang kan, pastu mesti banyak kedai-kedai yang tutup.
Jom la kita sambung lagi cerita hari kelima.
Boleh baca yang entri lepas-lepas kat sini :-
Macam biasa, pagi-pagi kena naik subway. Bestnya subway diorang efficient dari segi masa dan cepat.
Kat sana beratur adalah wajib ye. Jangan plak ko bawa budaya malaysia yang kurang nak beratur tu kat sana. Nanti tak pasal-pasal ada yang ko tak dapat naik subway. Bak kata pepatah, masuk kandang rimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek.
Ramai nya manosia cuti-cuti ni. Ingatkan semua pun duduk rumah. Hai bertabah la ye.
Nak share satu info. Before tu, gambar-gambar adalah dari carian google.
credit pic: google
Subway kat sana ada macam-macam jenis. Dalam subway kalau korang nampak seat yang bewarna merah atau pink, sila jangan duduk sebab seat tu dikhaskan untuk perempuan mengandung.
credit pic: google
Begitu juga kalau seat itu di bahagian paling tepi sekali. Seat ni plak dikhaskan untuk warga emas, orang kurang upaya dan ibu mengandung juga. Maka nya kalau ternampak seat ni ada lambang-lambang untuk mereka yang disebut tadi, sila la jangan duduk. Walaupun tren adalah penuh macam sardin sekali pun, jika korang bukan dalam kaetgori tersebut, jangan la pandai-pandai nak duduk. Sebab nya mereka ada lah strict klu kat sana ye.
Berlainan plak klu kat sini kan, ramai yang tak peduli kan signage untuk kategori tersebut.
Kalau seat tu xde tanda macam ni, ha bole la duduk ye macam seat yg SISLIN duduk kat gambar atas tadi.
OK dah jom continue citer.😁
Hari ni kita belajar sejarah korea la ye so kami nak melawat istana Gyeongbokgung. Salah satu istana yang terbesar di Korea.
Istana Gyeongbokgung ni macam Istana Negara yang dah jadi muzium kat KL tu. Yang menarik nya istana ni, kalau korang masuk ke sana dengan berpakaiana tradisional korea iaitu hanbok, entrance adalah FREE. Tapi sebab kitorang malas nak gi sewa baju, nak tukar baju lain dalam musim sejuk mesjuk ni, maka kita just melawat kawsan luar istana je la ye hahaha...
Macam mana nak ke Gyeongbokgung Palace ni?
Macam kami, kami kluar di Gwanghwamun station dimana terletaknya Dataran Gwanghwamun. Pastu sebab kami nak jumpa 'atok' kat belakang tu dulu hahaha.... Patung yang korang nampak tu adalah statue of King Sejong iaitu raja keempat dan raja yang paling dihormati pada zaman Joseon dan beliau yang mencipta tulisan hangeul.
Kat belakang patung raya sejong ni adalah patung Laksamana Yi Sunshin, seorang panglima tentera laut yang terkenal dengan kemenangannya menentang tentera laut Jepun semasa pencerobohan Jepun ke Korea (1592-1598) dan pahlawan di kalangan orang Korea. (tapi tak nampak plak hehehe)
Kalau korang perasan terdapat orang yang memakai baju kuning disekitar dataran, mereka tu adalah polis-polis yang ditempatkan di situ. Sebab nya kawasan sekitara dataran ni adalah dulunya pusat pentadbiran kerajaan. Dan kawasan ni selalu terjadi nya perhimpunan orang ramai untuk memprotes dan sebagainya. Kalau nasib baik, kadang-kadang kita bole nampak ramai orang akan membuat perhimpunan protes. Tapi yang bagusnya, perhimpunan diorang ni macam teratur tau. Dia takkan mengganggu atau melibatkan orang awam yang lain yang berada persekitaran. Tapi part polis-polis, memang korang akan nampak ramai je polis-polis diorang sentiasa siap sedia.
OK dah jom kita gi istana plak.
Dari Gwanghwamun Square tu, moh la kita gerak sikit ke depan menuju ke salah satu pintu masuk utama kawasan istana.
Kat bahagian depan pintu tu, yang ramai-ramai orang tu kan, kat situ la korang bole tengok salah satu pertunjukkan 'changing guard ceremony'.
[Royal Guard Changing Ceremony]
10:00, 14:00 / 20 minutes per ceremony
[Ceremony of Guarding Gwanghwamun Gate]
11:00, 13:00 / 10 minutes per ceremony
[Public Training of the Royal Guard Soldiers]
* Held outside Hyeopsaengmun Gate
09:35, 13:35 / 15 minutes per ceremony
OK ni kawasan depan pintu utama istana. Nak masuk situ yang kena bayar.
Admission and Fees
- Adults – 3,000 won
- Children (ages 7 – 18) – 1,500 won
- Children (six and younger), seniors (65+), and anyone wearing hanbok gets in for free.
- Admission is free for everyone on Culture Day – the last Wednesday of every month.
- Discounts are available for groups of 10 or more.
- First two hours of parking is 3,000 won for small vehicles or 5,000 won for large vehicles. Each additional 10 minutes is 800 won.
Kami tak masuk ke dalam, kami sekadar berlegar-legar di luar kawasan istana je.
Kawasan luar istana ni memang luas, belah kanan teletak kaunter tiket. belah kiri plak terletaknya muzium istana atau ke kawasan station gyeongbokgung.
Nak dekat pukul 10 pagi masa ni. Semua pun dah ready kat luar pintu masuk besar tadi sebab nak tengok pertunjukkan pertukaran pengawal istana.
Dah selesai pertunjukkan tukar shift guard, moh kita masuk balik kawasan istana tadi.
Kali ni diorang plak nak jadi guard.
Warna baju guard adalah mengikut pangkat masing-masing.
Ternampak kat satu sudut, sesape nak try costume guard ni bole cuba secara PERCUMA.
Maka nya kami pun pegi la mencuba secara suka-suka hahha.
Dan hasil nya... taadaaaaa!!
Kata nya first come first serve ye, maka beratur la kita dulu.
Kena isi borang, tulis nama, negara dan bilangan orang nak cuba costume ni.
Ekceli ako dah pernah cuba masa pegi awal tahun aritu. Jadi nya kita kasi peluang sislin untuk meneman cik Linda jadi guard plak kali ni ye.
Dah tukar baju, dia bagi 10 minit je untuk sesi bergambar.
Dia tak nampak polis kat belakang dok usha je 😆
Jumpa mak guard macam ni, sape pun tak takut kan hhaha😜
Jadi la kan sebagai kenangan...
Hahah dah moh lekaih kita gi tempat lain plak.
Tak jauh dari dataran Gwanghwamun tadi ada muzium pasal King Sejong dan Laksamana Yi Sun-shin. Ako ni takde la minat sejarah sangat tapi saja la kita jenguk-jenguk sikit sejarah pasal Korea ni.
Turtle Ship Replika.
Ha klu korang ada main game mobile legend, tak sure level berapa, ada part yang tunjuk kapal Yi Sun Shin. Ha kapal tu la sempena kapal yang dinaiki Laksaman Yi Sun Shin masa zaman perang Korea dulu.
Dalam kapal tu dia ada tunjuk kat mana kapten kapal duduk, kat mana awak-awak duduk, kat mana letaknya meriam, kat mana letak nya pendayung....
Kat dalam muzium tu juga bukan aje ada pameran, malah ada game yang korang bole main juga.
Pastu ada ko bole belajar camne nak naikkan layar.
Selain tu bole tengok video peperangan diorang.
Yang best juga korang bole belajar tulisan hangeul tau!
Camtu la nama kami dalam tulisn hangeul.
Kertas tu korang bole je bawa balik atau nak biar je lekat kat dinding belakang kitorang tu.
Dah puas melawat muzium, jom kita ke area Hongik Street plak.
Hongik ni kawasan bebdudak U. Kalau hujung minggu atau cuti umum, akan ramai bebudak U buat street performance. Kat area tu juga korang bole soping barang-barang dengan harga student.
Kemain khusyuk diorang tu ye.
Sepanjang-panjang jalan kat situ, ada pelbagai jenis performance street korang bole tengok.
Diorang ni semua ada lah student-student yang belajar kat University Hongik berdekatan situ.
Inilah salah satu cara diorang melepaskan stress di hujung minggu.
Kalau nasib diorang baik, mana tau kot kot ada penerbit muzik akan adopt derang.
Jadi la menu dinner kami. Walau kering je tengok an... janji dapat makan nasi hahaha...
Dah kenyang jom la kita balik. Sempat singgah ke Namdaemun market untuk mencari souvenir.
Makna nya apa tu? Makna nya konpom luggage kami bertambah dek barang-barang belian hahaha..😆
ok sambung lagi .....
Nota Jemari: mesti tertanya-tanya kan, barang apa aje la beli kat sana sampai kena tambah luggage tu😛
11 Comments
Pengalaman indah dapat pakai baju pengawal.
ReplyDeleteHaha memang lauk takde sup. Bukan ke masakan Korea asa sup?
Hehe beli apa besar beg nak isi itu?
beli susu pisang berbundle2...:D
DeleteEeeee bestnya kak ret dapat pergi istana pastu muzium, boleh baca sejarah korea! Comel je sis lin dengan cik linda tunjuk skill berlawan hahahaha. Tapi biasa dah tu bertambah luggage bila travel, tak membeli tak sah! :D Bukan senang nak pergi sana kannnn hehehe
ReplyDeletehhaaha comel je kan diorang... :D
Deletebetul2 tu luggage cik linda je yang bertambah...
kitorang bertambah 1 kotak je wkakakak
Sesekali pergi kena cuba jugak...sekurang- kurangnya ada kenangan kan...SA kalau dapat pergi ni nak gak cuba...comel jer Sis Lin ngan Linda pakai baju mak guard tu
ReplyDeleteHahaha tu laaa sekurang nya cuba sekali seumur idop kan 🤣
DeletePaling suka ke Hongkik ni.. sana pun jual memacamm..
ReplyDeleteYang bestnya kita jalan dah macam gaya orang belajar U je kann sama mereka hahahaha
hahahaa tau xpe...
Deletenext bole lepak area situ lama sket sbb skrg mcm2 dah ado oiii
Bagus dorang punya budaya dan disiplin. Istana tu salah satu tempat yang wajib pergi.Pakai baju tradisional comel.
ReplyDeletetp nk kena tkr baju time sejuk ni mmg leceh ar haaha...
Deletedah le kita pakai baju berlapis2 kan..
tiba tiba rasa tren kat korea luas. ke mata ni salah pandang ke sama je mcm dekat Malaysia. Tapi budaya beratur tu kena terapkan kat sini. Ini semua nak serbu masuk je hek. pening kepala.
ReplyDeletetapi comel je memasing bila dkt negara org. Hehe. bergambo banyak banyak buat kenangan
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com