Selamat pagi SEOUL!!!
Hari ni nak pegi melawat salah satu tempat shooting drama "winter sonata" yang pernah menjadi kegilaan semua orang suatu masa dulu. Sesuai plak dengan musim nya waktu tu, ahjom la kita pun teringin nak bersonata juga kan 😆
Pulau Nami tempat nya. Banyak cara nak ke sana.
Tapi masa tahun tu, kami hanya tau cara nak ke sana hanya la dengan menaiki ketapi.
Gigih tau kena kuar awal sebab naik ketapi yang kena bertukar-tukar banyak kali ni mengambil masa lebih kurang 2 jam juga la perjalanan nya.
Mana-mana laluan pun korang ikut, yang pasti korang mesti sampai ke Gapyeong Station.
Camni la suasana dalam tren waktu pagi.
Masa ni tak silap dah pukul 10 pagi jadi keadaan nya takde la padat sangat ngan orang-orang nak pegi keje tapi padat ngan couple-couple yang nak ke Pulau Nami juga hahaha...
Bertabah la ye cik linda oii... hahaha
Kiri Kanan couple, sok ada rezeki mai datang bawa laki plak 😆
Selamat sampai di Gapyeong Station lebih kurang jam 11:15 pagi.
Ini pun dah kira lambat sangat sampai nya oii...
Dah nak masuk tengahari, konpom la ramai orang nak masuk naik feri nanti tu.
Nasihat ako, if korang nak jejak ke Nami Island ni, sila la bertolak awal subuh pagi ye.
Supaya korang budget sampai kat Pulau Nami ni lebih kurang jam 9 pagi gitu.
Dari Gapyeong ni korang bole amek taxi je terus ke jeti Nami tu.
Harga satu taxi dalam KRW3,000 won aje. Teksi-teksi kat situ memang semua tau, mostly orang yang turun di Gapyeong Station memang akan ke Pulau Nami.
Tak jauh pun, dalam 5-10 minit je dari station.
Dah sampai jeti. Kita beli tiket entrance dulu ye kat kaunter belakang tu.
Dah beli tiket moh lekaih kita beratur.
Nak ke Pulau Nami, kita kena naik feri.
Feri ni kalau musim sejuk, better la dok kat bahagian dalam ye sebab ada heater.
Tapi kalau korang memang sejenis tahan dengan angin sejuk, ok je kalau nak berada kat bahagian luar.
Masa ni dalam dah penuh jadi kita berdiri je la kat bahagian luar.
Sejuk ye cik Linda?! hahaha...
Sabar, kejap je perjalanan nak menyeberang sungai Nami tu, adalah dalam 5 minit je naik feri ni.
Selain naik feri, korang bole je menyeberang ke Pulau dengan Zipwire.
Yang ini memang ako pun x berani lagi nak naik hahha..
Selamat Datang ke Pulau Nami!!!
Yeehaaaaa.......!!
Sebelum tu, ako mengharapkan akan jumpa salji macam dalam drama kat sini..
Tapi nan ado masa kami ke sana. Takde rezeki nak main salji kat situ.
Seriously memang kitorang abiskan seharian kat Pulau Nami ni..
Jadinya banyak la gambar-gambar kat sini ye, harap maklum.😁
Welcome to Naminara Republic. Segala kisah pasal Nami boleh baca kat SINI ye.
Best nya kat sini, salah satu nya sebab ada tempat pemanas api ni hahaha...
Tau je la musim sejuk, jalan sikit dah beku kaki tangan semua.
Jadi bila nampak je tempat pemanas ni kosong, cecepat la duduk kasi panas kan badan sebelum meneruskan pusing pusing pulau Nami tu.
Eh eh ini belum lagi sampai ke kawasan yang pokok wajib bergambar tau.
Jauh lagi ye kena jalan masuk ke dalam lagi nak jumpa kawasan pokok wajib tu.
Tapi view setiap sudut kat pulau nami memang sangat ohsem!!
Ha siap bole men cak cak lagi 😆
Patut la tempat ni menjadi tarikan shooting drama winter sonata.
Sesuai dengan suasana nya yang nyaman, romantik gitu.
Ramai gak family yang siap berkelah kat sini.
Yang kapel-kapel jangan cite la kan, bersepah-sepah kat situ😜
Salah satu scene dalam drama tu yg diorang buat snowman.
pic credit: google
Nak juga pose macam dalam scene...
hahaha jadi la, serupa tapi tak sama 😆
Ada juga pameran lukisan kat sana.
Banyak aktiviti lain juga korang bole buat kat situ.
Salah satu nya berbasikal keliling pulau.
Even untuk anak-anak pun ada sudut taman tema untuk diorang.
Kalau musim lain, tak silap ada konsert juga.
Bak kata tak jemu la klu lepak lelama kat pulau tu.
Oh ye situ pun ada hotel tau!
Cuma ako x pernah lagi la stay kat Pulau Nami.
Pantang jumpa mende ni mesti nak benti panas kan badan dulu hahaha...
Masa ni dah tengahari, orang pun dah start ramai.
Lagi posing.... jangan muntah plak ye hhaha
Dah tengahari kan, jom kita makan dulu la.
Ni satu-satu nya kedai HALAL kat Pulau Nami.
Restoran Asian Cuisine. Dah nama pun satu je kedai HALAL kan ofcoz la lunch time memang penuh. Jadi sila elakkan datang makan di waktu peak hour. Yang best nya, kat sini juga ada ruang solat kat bahagian atas, Sangat luas dan selesa. telekung dan sejadah ada disediakan cuma tak banyak la. Jadi better bawa telekung sendiri.
Bagi korang yang ada anak-anak, jangan risau, kat dalam ni pun disediakan ruang mainan untuk budak-budak. So takde la mengganggu mak pak yang tengah nak makan tu.
Jauh-jauh datang, nasi goreng juga dicarinya hahaha...
Dah kenyang, kluar je restoran, belok kiri ternampak gambar ni.
Kemain pompuan 3 orang ni tergedik-gedik nak bergambar.
Hahaha.... I is tetiba fefeling cam aura winter sonata gitu😁
Eh eh kemain dedua bini orang ni ye wkakkakakaak.....🙈
Akhirnya.....!!
Pokok wajib bergambar bila dah sampai pulau Nami!!
Salah satu scene yang menjadi tarikan hingga kini.
credit pic : google
Hahaha nak pose macam dalam scene, memang tak dapat la kan..
Terjumpa lagi orang malaysia. Excited ajak bergambar sama.
Camni la bagus gak, talak sombong-sombong punya olang 😁
Eh dia buat lagi cover album wakakaka....😝
Korang ingat senang ke nak amek mood buat cover album ni...
Penghayatan kena lebih ye hahah
Gaya tahan teksi ke camne ni? hahah
Penat dah dok posing tepi pokok, now nak rehat jap bawah pokok haha...
"Alamak lin, ada orang skodeng kita kat atas pokok tu la!!"
"Arghhh pedulik orang atas pokok tu, kita skodeng acik linda ni lagi syiook kan.. bluwekkk!! "😛
"Bertuah punya pompuan dua orang ni!! Nak main skodeng-skodeng plak dia!"
hahaha... gambar sekadar hiburan😁
Eh eh scene winter sonata kayuh beskal la... alolo so sweet nyaaa 😍
Dah moh balik....
Sempat beli keledek ubi rebus manis gitu.
On da way nak balik, eh dia buat hal plak.
Kad subway T-money nya hilang, tercicir agaknya.
Nasib tak buat perangai guling-guling hentak kaki hahhaa...
Sudahnya terpaksa la beli T-money yang baru.
T-money ni macam kad touch n go.
So bila hilang memang rasa ralat sangat sebab kita dah topup banyak kan dalam kad tu.
Takde rezeki, kita sedekah je la kat sesape yang terjumpa.
Balik dari Nami, semua pun dah penat hahah...
Penat bergambar 😆
So kita sambung hari ke-5 plak ye lepas ni....
Nota Jemari: Nak bergambar ni seronok kalau semua geng sekepala kan😊
25 Comments
Comel je cik linda terkepit antara dua couple hahaha, tak tahu nak lentok mana :D
ReplyDeleteSakannnn selfie kak reti, sis lin dengan cik linda. Boleh jadi kenangan. Tengok sekarang dah lah, bila dapat merasa nak travel lagi selagi covid tak habis :')
Eh tertanya tanya siapa photographer kak ret ya bila selfie bertiga :P
Haaha of coz la tripod tiqah oii 😁😁
Deletealahai bestnya merasa travel tempat orang...entah bila la nak merasa ni...
ReplyDeleteInsyallah yan.. Suatu hari nanti😍
DeleteCantik- cantik nih gambar korang...best betul la..nanti dah ok segala pandemic ni agak2 nak repeat tak balik kampung..nak ikutttt.....nak pose2 cantik kat situ dan yg penting pergi musim sejuk gak...
ReplyDeleteHahaha insyallah SA.. Klu ada rezeki repeat blk.. Bole je join 😊
DeleteTeringinnyaaaa... Whoaaaaa... Best lah gi Pulau Nami niii.. sejukkkk jeee... Romantik gituuuu...
ReplyDeletebest!! hahaha nyaman je klu ada salji lagi syiok :D
DeleteSeronok dapat tengok negara orang.
ReplyDeletealhamdulilah :)
DeletePulau Nami tempat wajib pergi ni. Sakan posing sampai penat eh. Seram okay kalau merentas dengan Zipwire tu.
ReplyDeletekaannn.. k ret pun seram tp baru2 yg last k ret pegi , member 2 org dah membuktikan zip wire x seram ahhaha
DeleteKalau macam tu lepas ni KakRet kena try gak lah :)
Deletehahaha x tau la mampu ke x nak naik tu, dah tua2 ni lg seriau dia lain macam hahaha
DeleteTempat ni tak sesuai buat yang baru putus cinta takut makan hati tengok kapel-kapel kat situ. Haha. Seronok kalau travel mate sekepala. Hilang kad ala-ala T money tu pernah jadi kat saya masa kat Melbourne. Terduduk la tepi stesen kirai barang satu-satu sampai orang tengok pelik
ReplyDeletebetul kan... masa kirai beg cari kad tu pun sama gak org tgk pelik2 hahaha
DeleteMenghayati betul buat lakonan semula Winter Sonata. Takpelah kalau tidak sama, usaha ada. Hehe terhibur tengok Cik Ako dan kawan-kawan bergaya.
ReplyDeletehahhahaa saja suka2 je ... bila tgk blk gmbr2 rasa sonok je..mengimbau balik
DeleteBestnya boleh jalan2 g negara orang. G Korea anata wishlist jugak ini :)
ReplyDeleteinsyllah ada rezeki shima nnt tu :)
Deletebestnya Nami Island ^^
ReplyDeletebest..... :)
DeleteOkay Nami ni.. pergi soploh kali atau pergi Korea semata pi Nami pun aku nakkkk..aku rasa damai tenang jee pi sana Ret... jomm kita pi Nami aje nakkkk hehehehe time musim luruh best..
ReplyDeletehahahaha kan.. mau kita lepak kayuh basikal keliling pulau.. kita kelah plak ke hahaha
DeleteNami aaa bestnya. one fine day. harap covid ni reda la cpt sikit. haha. nak jenjalan niii asyik duk rumah je haha T.T
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com