Ye ye memang nak cerita kisah TRIP tahun 2015.
Cari punya cari dalam archive, rupanya trip yang satu ni belum lagi di blog kan.
Dah alang-alang rindu kat Korea ni, ha elok sangat la dikongsi kat sini.

Trip KEDUA dalam tahun 2015.
Trip yang PERTAMA dalam musim sejuk, yang kedua ni pun masih lagi nak pegi dalam musim sejuk.
Percutian kami adalah pda 21-28 Disember 2015.

Kali ni kami naik Vietnam Airlines.
Maka nya terpaksa la transit di Ho Chi Minh (HCM) pergi dan balik.

Trip PERTAMA tu kan ako pergi ngan SIS LIN.
Dan yang KEDUA ni pun masih lagi dengan SIS LIN dan kami pujuk rayu si LINDA untuk join sekali. Jenuh juga nak kena yakin kan laki dia, al-maklum masa tu si LINDA baru je kawen kan. Of coz si laki macam berat nak bagi ikut kitorang.😁


Berbulan-bulan juga la nak yakin si suami akhirnya laki dia bagi kebenaran juga untuk folo kitorang.
Kalau tengok balik tiket tu dibeli pada 18 Dis, tarikh penerbangan adalah pada 21 Dis.
Korang rasa, kami last minit planning ke?
Hahahah ye ye ekceli memang last minit beli tiket.😂
Itupun sebab nak tunggu keputusan dari Linda, sama ada nak folo ke idok.
Walhal barang-barang memang awal dah prepare tau.

Dalam masa nak yakin kan laki si Linda, dalam masa tu juga ako riki riki tiket flight. Dan akhirnya kami sebulat suara memilih Vietnam Airlines yang masa tu harga tiket nya sangat2 la berbaloi untuk musim sejuk.

Flight kami dalam pukul 12:30 tengahari.
Flight dari KL ke HCM makan masa dalam sejam je.
Memandangkan flight ke Seoul adalah di malam hari, sempat la kami transit n jalan-jalan ke bandar HCM.


Macam biasa kami parking kete kat Putrajaya Sentral je pastu amek ERL terus ke KLIA.
Masa packing baju tak nampak plak macam banyak sangat bag kan.
Ha sekali bila nak gerak ke ERL, amek ko, hahahah dah macam nak pegi UMRAH/HAJI kekdahnya😆


Bag pokka dot ako dan lin bawa tu, kami beli kat seoul masa trip awal tahun 2015 aritu.
Masa ni tak pandai lagi nak adjust cara packing baju-baju dan kasut winter.
Sudahnya tu yg semua barang-barang keperluan winter dalam satu bag khas (bag pokka dot).
Nasib baik lah vietnam airlines bagi baggage 30kg untuk ekonomi kelas. Perghhh memang berbaloi sangat hahaha....


Alhamdulilah urusan check-in sangat mudah dan lancar.
Oh ye masa beli tiket jangan lupa indicate muslim meal ye.
Al-maklum kita ni naik flight yang bukan dari negara Islam kan.
So kena la alert ye. Walau perjalanan hanya sejam je tapi harga tiket dah termasuk makan sekali.
Harus la kita pun nak cuba juga kan makanan dari Vietnam Airlines ni kan.😁


Jom gerak ke Gate C21.
Excited dah diorang nak terbang di awan biru.


Flight kami ni seating nya 3-3 so alhamdulilah la dapat duduk sederet kan.


Dapat menu nasi goreng, haha bole la buat alas perut waktu lunch dah masa tu.


Cukup sejam selamat la kami mendarat di Tan Son Nhat International Airport.
Memandangkan flight kami ke Seoul pada jam 11:40 malam, maka nya kami decide untuk berjalan-jalan ke Ben Thanh Market sahaja sambil cuci-cuci mata gitu.


Urusan transit pun sangat mudah dan lancar.
Kuar je epot, terus kami cari teksi.
Last time ako ke HCM ni adalah pada tahun 2012.
Tak banyak yang berubah sangat.
Ho Chi Minh padat dengan motor sepanjang jalan.😆


Dah sampai destinasi, ternampak plak budak jual kopi vietnam tepi hotel saigon pink 2. Terus ako suggest kat diorang cuba minum kopi ni. Gerenti nak cari lagi hahahah.


Sakan betul minah dua orang ni nak bersoping kan!!
Kalau boleh, semua kedai pun diorang nak masuk hahaha....😆


Masa tu kan tengah naik jenama yang ini.
Tengah kecoh brand yang satu ni dikatanya ciplak yang original.
Katanya ramai pemborong-pemborong dapatkan dari vietnam pastu dijual di Malaysia dengan harga yang sama lebih kurang dengan ori. Wallahualam la, ako pun tak pasti kesahihan nya. Tapi kami beli jugak la selai dua brand tersebut kat sana. Saja nak tau apa perbezaan yang ketara.🙊


Ntah apa la yang kami dok ralit sangat kat kedai ni kan? hahaha padahal dia jual mask je pun. Kalau la awal-awal tahu ada covid ni, konpom masa ni ako borong banyak2 mask kat situ wkakakka..


Beli weii!!!
Jangan dah tanya tanya tapi tak beli, mau kena maki je ngan tukang kedai.
Korang tengok muka tokei kedai macam nak start maki dah tu.😆
Yang minah dua orang tu tak juga nak buat keputusan, nak beli ke idok hahahaa...
Sudahnya, ako pun lupa ako beli ke idok kain tu wkakakaka....
Tapi kain tu berkualiti tau sebab ianya bkn cotton biasa. Tu kain Japanese silk.

OK abaikan hahaha... tak beli jangan lengah2 masa tokei kedai.
Cepat berlalu pegi cakap je sorry banyak2 kali.
Kalau dia maki, buat muka selamba wakakka....


Jalan-jalan terserempak orang malaysia.
Diajak nya bergambar, kami ON aje hahaha....
Macam ni la klu kat negara orang, kita jangan sombong-sombong kalau terjumpa orang kita.
Tak tegur pun takpe, cukup dengan senyuman. Agaknya kami murah sangat dengan senyuman, tu yang diajaknya bergambo hahaha...😝


Sebelum berangkat ke epot balik, sempat kami dinner di "Kampung Melayu Halal Restoran" yang berdekatan dengan Ben Thanh Market tu. Restoran ni terletak betul-betul berhadapan dengan Hotel Saigon Pink 2. Nak cari budak jual kopi tadi tapi dah takde plak.

Memandangkan restoran ni berhawa dingin maka agak pricey sket la makanan kat restoran tu ye. Bila tengok balik gambar ni, baru perasan kedai makan Basiroh rupanya kat sebelah je. Hahah klu tau, konpom ako pegi Basiroh je, murah sikit dan lagi sedap kot😄

OK dah kenyang moh lekaih kita gi epot balik.


Babai Ho Chi Minh!!
Tunggu kami datang balik.


Ngantuk dah oii!!
Flight ke Seoul, luas dan besar sket kapal torobang nya.
Kali ni seat 3-3-3 tapi masih dapat seat kat tepi tingkap heheh...
Kali ni kami dah x lalu nak makan.
Perjalanan 5 jam ke Seoul, di malam hari membuatkan kami lagi prefer tido dari melantak hahaha😁

So nantikan hari kedua percutian kami di entry akan datang...
Kami minta diri dulu...
Kapal dah berlepas , lampu dah dipadamkan, tunggu apa lagi, ayoh la membuta.... hahaha

Nota Jemari: nasib ingatan masih kukuh lagi hahaha....