Pagi tadi lebih kurang 4 pagi, ako terjaga sebab hidung tersumbat.
So bangun dan kluar dari bilik terus ke ruang tamu cari tisu.
Tup tup ako tertoleh kat luar nampak sebuah kereta dok parking betul2 depan gate.
Pukul 4 pagi OK, hati berdebo-debo sebab mula ingatkan pencuri.
Sempat la ako dok peratikan dulu kete tersebut sebab konon nya nak pastikan betul ke pencuri.
Meninjau-ninjau di sebalik langsir, rasa tak sedap hati terus ako kejut MAMA uyum.
Untuk pengetahuan, malam tadi kami semua tido di bilik belakang.
Jadi memang tak dengar sangat bunyi atau pape yang berlaku kat bahagian depan.
Bila MAMA uyum dah bangun, tergerak ako nak tinjau melalui tingkap bilik hadapan.
Nah masa ni la ako nampak ramai nya orang kat luar.
Masa ni macam blur-blur lagi sebab ingat kan macam ada orang bergaduh.
Dan masa ni ako x perasan polis dah ada.
Tapi tup tup ako nampak jiran sebelah dan terus terpandang kan kereta kat tepi tu.
Allahuakhbar!!
Ada eksiden rupa nya!
Lama ako peratikan dari tingkap bilik.
Sebab nak paham kan situasi.
Masa ni la ako dah ternampak ada beberapa pegawai polis dah ada di tempat kejadian.
Dan ako assume, kejadian ni maybe dah berlaku sekitar jam 3-4 pagi tadi.
Bila dapat info dari group seTAMAN ako ni baru la tau, punca nya ada pemandu mabuk berbangsa India dah langgar kereta jiran ako ni, Jiran ako ni memang selalu park 1 kete kat luar rumah sebab dalam dah penuh. Kebetulan malam tadi dia park kat belah hujung tembok rumah ako. Dan buat info korang, depan rumah jiran ni ada bumper, kebanyakkan kereta akan slow tapi memandangkan ini kejadian ke2 kereta jiran kena langgar dek pemandu mabuk, so ako assume mesti diorang memandu laju dan x dapat kontrol stereng bila dah langar bumper tu.
Alhamdulilah nasib takde jiwa yang melayang!!
Dan takde suasana pergaduhan ke apa, sebab seriau gak bila kaum 'mereka' ni tengah mabuk, takut jadi pape plak kan.
Nasib la jiran-jiran yang lain datang membantu.
Semoga jiran sebalah ako ni bertabah la ye!
Agaknya ni la antara sebab dia dah plan nak pindah rumah, kan?!
Nota Jemari: Bersyukur sebab kebarangkalian klu abang tu tak park kat tepi rumah ako, tembok rumah ako jadi mangsa , kan?!!
20 Comments
bahaya betul geng mabuk ni, nasiblah takde kemalangan jiwa..
ReplyDeleteAlahai kasihan jiran Ako kereta kena langgar. Nasib baik tiada nyawa terkorban.
ReplyDeletePaling menyampah kalau ada yang mabuk langgar kereta parking kan....nasib x melibatkan nyawa....
ReplyDeleteerm begitulah kalau dah mabuk ni, kereta yang duk diam pun kena langgar...
ReplyDeletegeram tul kat pemandu mabuk ni! kalau xcdent x menyusahkan org x apalah. ni siap merosakkan harta atau nyawa org, meme la abam kie naik marah!
ReplyDeletePelik betullah. Takkan laaa tak tahu kesan kalau memandu dalam keadaan mabuk. Iyo laaa, dah mabuk memang tak boleh fikir waras lagi dah.
ReplyDeletePelik betul pemandu mabuk ni. Selalunya, dia orang ni terlepas je.
ReplyDeleteMasa kita dok umah lama dulu, kedudukannya di selekoh, memang kerap berlaku kemalangan dan mujurlah tak ada yg besar dan meragut nyawa.
ReplyDeleteMabuk dan kemalangan sangat ngeri. Tak libatkan nyawa libatkan harta benda. Tapi syukur sebab tiada pergaduhan.
ReplyDeleteDah tahu nak mabuk, pergi drive lagi apo bondo lah hmmm. Nasib baik tak ada kemalangan jiwa berlaku.
ReplyDeleteAda kelemahan juga pasang bumper jalan ni
ReplyDeleteDah banyak kes pemandu mabuk meragut nyawa . Haihh mujur yg ini xda sapa2 dalam kereta tu
ReplyDeleteDah le mabuk, langgar SOP lagi.. dah pukul 4 pagi, mana boleh keluar..
ReplyDeleteHaih mabuk tu baru balik dari mana lah ye? Mabuk kat umah sorang-sorang tak boleh ke. Menyusahkan orang. Nasib baik tak melibatkan nyawa.
ReplyDeletealahai. time waktu cmnii pon ada masa lagi nk mabuk2 ekk dia ni. moga jiran akk tabahlaa.. :)
ReplyDeleteMasih ada lagi kes mabuk. Bahaya betul. Walaupun tak ada kemalangan jiwa tapi tak pasal pasal membahayakan nyawa orang lain. Kesian jiran orang langgar kereta dia. Kalau tak ada kereta, mahu hentam tembok rumah. Syukurlah tak sampai jadi macam tu. mungkin kena buang bumper tu kot nanti. bahaya jugak kalau ada yang tak perasan.
ReplyDeleteScary orang mabuk ni. adoi.. bahaya betul.. tak pasal habis harta benda orang lain..
ReplyDeleteBalik dari mana tu pagi2 buta masa PKP ni... huhuuuu... Bahaya jika orang mabuk bawa kereta ni. Kesian kereta jiran kak ret.
ReplyDeleteAllahu..seriau dengar..tu la klo xde kereta tu mesti tembok yang dilanggarnya
ReplyDeleteMujur tak ada yang cedera. Tapi itulah yang bawak kereta dalam keadaan tak ok ni. dh kenapa eh haih. kadang kita dh hati hati org yg tak cukup berhati hati.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com