REZEKI DATANG BERTALU_TALU - Ako Tetap Ako

REZEKI DATANG BERTALU_TALU

19 Jun 2021
Genap usia arini 43 tahun.
Alhamdulilah masih diberi kesihatan yang OK.
Masih lagi diberi peluang bernafas dengan jayanya.

Kiriman arini bermula seawal jam 10 pagi.
Dah la arini ako lewat bersarapan.
Tengah-tengah melantak nasi goreng, dapat call bgtau ada delivery.


Delivery pertama arini datang nya dari member sekolah.
Kebetulan besday dia pun jatuh bulan jun juga.
Hahaha memang setiap tahun pun kami akan bertukar-tukar hadiah.

Coklat dari NEIA.
Seriously sedapnya coklat yang satu ni,
Masa buka packaging, rasa sayang nya nak makan sebab cantek sangat.


Tapi macam biasa, budak sorang ni tak sabar-sabar nak makan.


Siap tanya, boleh tak uyum makan? Harus la ako jawab "TAK BOLE!"
wakakakaka... dah serba salah dia nak makan ke idok ....πŸ˜†
Dah buat muka macam tu, ako bagi je la dia makan...

"Sedap na!! Sedap!!"
sambil tanya, "yang putih putih ni bole makan tak?" πŸ˜…

Hahaha tak abis abis dok cakap sedap sedap..
Mesti la sedap uyum oii, cekelat, manis-manis kesukaan awak kan! hahah...


Pastu nampak tetiba ada 2 buah kete benti depan rumah.
perghhh sekali 2 penghantaran sampai.


Omoomoo macam tau tau je, coz dah lama dok usha brand yang satu ni.
Alhamdulilah ni memang rezeki tak salah alamat hahaha...


Tengkiu Fara...... !
Ingat lagi kisah HADIAH PERTAMA tempoh hari?!


Yang aritu katanya x bole nak bagi sama rata, hahah tu dia hantar lagi supaya kali ni bole share kat semua tapi yang terlebih makan , sape lagi kan! hahaha....


Kan tadi ada 2 penghantaran kan. Yang satu lagi ni dari CAKE TOGETHER.
Yang ni mula nya ako macam blur blur tau.
Sebab baca kad pengirim tu, hahah memang ako tak kenal nama pengirimnya oii...


Mati-mati ako ingat pihak admin cake together ni yang 'baik hati' bagi kat ako wkakaka sengal kan!!!
Pastu terus ako dapat call dari diorang.
Kisah nya diorang tersalah bagi kad ucapan daaaa....!!
Cisss.... 


Ini mesej yang sepatutnya ako dapat.πŸ˜…
Hahha kisah nya dari Che Ta rupanya....
Yang ni memang rare tau.
Che Ta bagi ako kek nasi kerabu oii ...

Sedap itu subjektif tau! hahaha..
Ako tak cakap x sedap cuma tekak ako je kurang suka nasi yang lembik-lembik.
Tapi MAMA uyum cakap sedap sebab tekak dia memang suka yang lembik-lembik hahah...
So kek nasi kerabu ni bagi ako so-so je ye.


Sorang member opis ni mesej siap minta alamat rumah hahah...
Kata nya nak hantar makanan melalui grab,
Rupa nya dia order kan sandwich dari Tasty CHOPZ.
Masa sampai tu masih panas lagi sandwich nya.
Semoga murah rezeki ko ITAYANIN.😍


Tengah tengah makan tetiba dapat call lagi.
Penghantaran untuk yang ini plak.
Sebab kan yang ini takde mesej or ucapan, maka nya ako terus je call direct seller tu.
Dah tau sape yang hantar terus ako mesej si pengirim.

Tq Murshi...... Yang sorang ni memang tak pernah miss kirim sesuatu setiap tahun.


Tengkiu SIS LIN.....!!!
Sekali dia bagi 2 kek da dari COCOMO...
Ok yang ni ako x dapat cari lagi website nya..
Psstt sislin dari mana ko order tu😝
Tapi cream n kek memang sedap, moist n tak muak icing nya.


Next delivery dari teacher huda...
Sahabat dari JB juga ni.
Kali ni dia bagi note sempena umur menjangkau ke 43 hahaha...πŸ˜†
Ok belum sempat ako nak simpa duit tu, si Uyum awal-awal dah cabut dulu hahah..
Kata nya nak buat simpan duit raya.
Ha layan kan aje la selagi mood tengah nak jadi 'bday boy' kan arini hahah..


Geng blogger laki bini ni kasi surprise plak dia tetiba.
Ako macam terpingga jap sebab dapat bunga dari FLOWER CHIMP!!
Bunga ros plak tu. hahaha....


Eh tarik-tarik ada cekelat juga la!!
Hahah pastu di bagi nya eskrem juga.
Tq Karni & Jun tapi kak ret cam pening jap memikirkan camne nak jaga bunga ros ni weii??!!πŸ˜†πŸ˜†
Seumur hidup memang tak suka bunga.... nak dapat bunga apatah lagi.
Nampak gaya kena belajar dari SISLIN la ye cara-cara nak jaga bunga hahaha..


Yang ni pun mula nya takde nama pengirim.
Jenuh gak nak cari sape yang hantar.
Last-last contact balik budak bouquet tu, baru la dia bgtau sape pengirimnya.
Tengkiu NORRIA!!
Sahabat dari Johor juga ni.....


Budak ni memang penyeri besday ako kali ni hahahha...
Tak dan nak simpan, satu satu cekelat dia cabut hahah....


Ingatkan dah malam , so dah setel la kan....
Eh tetiba lps maghrib tadi ternampak bungkusani.
Aikkk ada lagi kah??
Hahaha rupanya member opis yang bagi...

tengkiu Kak Farina!!
Hugs from fellow GEMINI kata nyaaa 😍😍

Alhamdulilah, rezeki arini ako kongsi juga dengan jiran tetangga.
Nak harap kami makan semua nya sendiri, rasa tak mampu la kan.
Mana yang boleh dikongsi, kami kongsi je la.

Pape pun, bersyukur rezeki tak pernah putus...
Masih ada yang ingatkat kita kan... hahah...

Nota Jemari: Kenangan Besday di tahun 2021

28 comments:

  1. happy birthday ako!! semoga sihat walafiat, happy gembira selalu

    ReplyDelete
  2. Lawa betul coklat tu. Nak makan pun sayang. 🀩

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Rezeki. Orang sayang, ramailah yang beri hadiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah... X sangka masih ada yg sudi sayang muahaha

      Delete
  4. Happy birthday kakret, murahnya rezeki 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa. Igtkn dh tua2ni dh kurg sket la kiriman hadiah camni πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  5. Alhamdulillah. Rezeki Allah. Moga ukhuwah makin erat. Happy belated birthday.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah sampai juga jejaka itu hahaha..
    Aku teringin pulak nengok coklat Neia tu laa.. dia boleh pos ke? Nak tgk web dia laaa.. nampaks edap beno...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa bole pos.. Haha cantek kan cekelat tu 😍😍😍

      Delete
  7. Alhamdulillah rezeki. Saling mengingati dengan cara masing-masing. Uyum sentiasa support Nina..ha gitu.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...best kan dapat surprise bertubi- tubi...SA ada 2 lagi surprise..dua2 handbag..macam x berani plak nak update...tgok la nanti...mood rajin lom sampai..tahun ni banyak dapat yang berkaitan dengan dunia memasak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa....
      tu la igt dah tua2 ni xde lagi org nk surprise2 kan hahaha :D

      Delete
  9. Alhamdulillah kongsi rezeki bertambah berkqt dan mengeratkan silaturrahmi.

    ReplyDelete
  10. Happy belated birthday, Kak Ret. Moga sentiasa murah rezeki, dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik. Seronoknya jadi birthday girl dapat delivery tak putus-putus sepanjang hari.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah rezeki bertalu talu masuk untuk kak ret. Happy sangat rasanya kan sebab masih ada yang ingatkan kita hehehe :D

    ReplyDelete
  12. wahh. meriahnya hadiah birthday kak ret. mmg kenangan birthday 2021 yang terindah kan.

    ReplyDelete
  13. serius mmg seronok kakret..sambutan befday disambut mcm ni sekali..Allahu..saya pun turut terharu tau..kakret..ramai yg sayang <3 Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  14. Hepi birthday kak Ret! Meriahnya walaupun lockdown. Syukur Alhamdulillah. Tengok Uyum berseri-seri sampai konpius jap ni birthday siapa.

    ReplyDelete
  15. coklat neia tummg unik..ada tgk aritu kwn share juga

    ReplyDelete
  16. Mmg banyakkkkk birthday delivery kakret... ramai yg syg ni... sahabat² yg baik pun rezeki jugak

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah..betul betul birtday diraikan ni. Rezeki birthday dan rezeki dikelilingi mereka yang baik berkongsi rezeki.

    ReplyDelete
  18. Happy belated birthday Ako !! Smoga murah rezeki selalu dan panjang umur. Aaminnn rezeki terpijak ni

    ReplyDelete
  19. Seronoknya tengok. :) Happy Belated Birthday sis Ako. Wish you all the best in your life. aminn.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com

Powered by Blogger.