Patut nak gerak awal dari Seoul tapi kita hanya merancang...
Jam 8 pagi baru la keluar dari Guesthouse. Dah alang-alang kluar lambat tu, kita hantar la baju kat dobi GH tu je dengan bayaran w10.000 sebakul.
Plan hari ni nak ke Nami Island. Yeehaaaa tempat wajib pegi setiap kali ke Seoul. Kali ni harus la nak tengok suasana time musim luruh plak kan. Sebelum-sebelum ni most of the time kita jejak time musim sejuk je. So mari la kita tengok macam mana suasana kat Pulau Nami bila musim luruh plak.
Tak kira la korang datang naik subway biasa atau KTX atau ITX, yang pasti station terakhir harus la korang sampai ke Gapyeong Station ni. Masa kami sampai hujan dan start turun.
Jadi moh la cepat kita naik teksi ke Nami Island. Rata-rata driver teksi memang dah tau arah tujuan korang nak ke mana. Even korang tak cakap nak g mana, derang auto dah tau tempat wajib orang akan pegi bila dah sampai kat Gapyeong ni. Harga teksi tak mahal pun dalam w3000 - w4000 je pun satu teksi. So kalau korang gi ramai-ramai, sharing pun baru berapa je sorang kena bayar kan. Selesa dan cepat! Boleh je naik bas opposite hentian teksi ni tapi sebab dah hujan, naik teksi lagi selamat.
Memandangkan tengah hujan, tak sempat nak snap gambar kioks beli tiket. Sekarnag dah senang dan mudah, tak perlu nak beratur panjang-panjang kat kaunter. Harga sekarang dalam w16,000. Rata-rata harga kat Korea sekarang ni semua pun dah naik ye. 😅 Dulu ada harga untuk tourist, dia bagi diskaun sampai w8000 je harga tiket nya. Now dah takde harga untuk tourist. Sadis sungguh hahaha.
Dah beli tiket, moh kita naik feri. Excited nak tengok daun merah kuning. Here we come!
Subhanallah memang marbeles view time luruh kat Nami. Alhamdulilah rezeki sungguh dapat tengok daun daun berwarna merah kuning ni. Ada member yang datang seminggu awal dari kami, kata nya masa tu daun baru je nak bertukar warna jadi tak banyak la sangat pokok-pokok yang cantek-cantek pemandangan masa tu. Memang rezeki kami sungguh sebab selalu nya daun bertukar warna ni di pentengahan Oktober. Tapi tahun ni semua nya cam lambat sket. Patut November ni daun daun dah start gugur habis dah sebab nak masuk musim sejuk.
Syukur sangat sangat sebab hajat kami tercapai dah nak merasai suasana luruh di korea.
Satu-satu nya tempat makan halal di Nami Island tu adalah di Asian Cuisine ni. Tapi surprise gila bila masuk nak makan lunch aritu. Kosong OK!!! Padahal punya la ramai orang kat luar tapi nape kat restoran ni lenggang sesangat???
Management dia dah lain. Dah tak perlu nak inform pekerja untuk book kan tempat. Masuk je jumpa kaunter terus korang order. Menu pun tak banyak dah... 😓 Setakat aritu, menu hanya dalam list kat atas ni je. Alahaaaiii.. Maybe sejak COVID diorang dah buang pekerja dan tak ramai orang melancong ke sana. Lately ni je la baru kemasukkan pelancong bertambah-tambah.
Dah order dan bayar, ko dapat buzzle ni. Pastu nanti dah bunyi gi la amek sendiri makanan korang. Ermmm dah habis makan, sila la return balik tray dan pinggan kosong kat tempat yang disediakan. Tetiba rasa rindu plak suasana sebelum COVID.
Sambil tunggu makanan siap, boleh layan perasaan tepi tingkap. Ya allah sambil makan sambil tengok view. Nikmat betul hahaha..
Tak ramai orang. Kadang syukur gak sebab sebelum ni punya la payah nak cari tempat. Oh ye kat sini pun ada ruang solat kat tingkat atas. Walau diorang ada sediakan telekung tapi kalau nak selesa sila la bawa telekung sendiri.
Menu-menu yang kami order... Bulgogi
Yang ini Spicy Stir Fried small octopus. Takde la pedas mana pun hadoi hai..Kalau orang tengah mengidam nak makan pedas, memang keciwa dibuatnya 😅
Jjampong with Octopus. Yang octopus tu dah dipotong-potong ye. kalau tak cam liat nak makan besar gedabak tu hahaha.
Air pun limited OK!! Kami order je la 2 tin pepsi ngan sebotol black tea.
Dah selesai makan, kita teruskan melayan view di luar.
Spot utama ni kalau ke Nami.
Area ni favorite spot sebab kat sini la diorang shooting drama winter sonata tu. DI celah-celah pokok, nak dapat view kosong takde orang memang agak susah. Lucky kami dapat gak snap bila orang tak ramai.
Spot lain.. Bole la buat ala ala cover album tak terjual hahaha...!! 😆
Nak kutip or petik ke idok daun-daun ni... ??!!
Gigih la memasing nak bawa balik Malaysia kan... Ako malas nak kutip or petik hahaha.. So sislin, daun daun ko sila la tunggu ciksun balik Malaysia nanti ye.🙈
OK last view from NAMI... kang muntah ijo plak korang tengok gambar pokok je 😅
On da way nak balik Seoul, jumpa orang jual ni kat subway station. 'Boong uh Bbang' atau dikenali sebagai 'goldfish bread' adalah roti berbentuk ikan emas yang disumbat dengan inti kacang merah. Sedap wei kacang merah dia tak muak. Masa kami beli ni masih panas lagi. Selain inti kacang merah , kami beli juga yang ada inti kaya. Comel sangat hahaha nak makan pun cam sayang je😆
Sampai je Myeongdongn terus kami ke BusanJib. Laaaapaaarrr!!! hahaha.. kali ni kami plan nak makan nasi ngan lauk pauk.
Antara tempat makan yang wajib korang singgah bila berada di Myeongdong. Antara menu-menu yang ada.
Spicy sotong!! Ni antara fav menu kami bila kat situ.
Ginseng chicken soup @ samgyetang. Kalau musim sejuk, wajib order ni. Berbaloi oii!! Tapi sebab kami rindu nak makan sup ginseng, kami pun order la. Terbayang samgyetang masa makan kat Halal Kitchen. Sayang kedai tu dah tutup plak. Harap dia buka la kat mana-mana lepas ni.
Nasi goreng ni tekak ako yang nak makan hahaha.. Member berdua just order nasi putih je.
Ikan bakar??? hahaha takde la bakar sangat pun. Tak dapat nak cari ikan grill yang sepatutnya, Jadi kami order aje la yang kat BusanJib ni. Jadi laaa.. ikan ni diornag tak letak kunyit tau. Hanya salut ngan garam je. So agak masin la juga tapi makan ngan nasi putih should be OK je. Dapat plak cicah sambal cili kicap yang x pedas pun kat tekak ako hahaha.. 😂
Selesai makan malam kami, bermula la sesi menyoping kali terakhir di Myeongdong Night Market. Hujan weii seharian tapi takde la lebat. Walau kebasahan tapi masih boleh di atasi lagi la.
Masuk kedai Olive Young, masyallah murah murah barangan mekap dan skin care. Banyak betul promosi dia. Soping memang takde gambar la ye, ater memasing dah ralit sangat ngan barang barang kat situ 😆
Dah nak balik GH pun ako patah balik sebab nak cari bag last minit hahaha.. Kisahnya barang cam dah terlebih muatan bag😅
So tunggu kisah kami di hari terakhir.....
Nota Jemari: Awal-awal dah tambah luggage kg still tak cukup... gurlp!!
17 Comments
Syok dapat tengok pepokoks di musim luruh..hahaa..sis Lin tgu Dari cik Sun jela 😂 Mostly makanan yg nampak pedas rupanya tak pedas ek 😂 Ehhhh..yang bentuk ikan tu saya pernah makan masa Thai Food Fest kat sini tapi ada banyak perisa...Bentuk jela sama pun..haha..
ReplyDeleteOk, next trip pulak update 😆
Takde bosan tengok pokok ada daun merah dan kuning. Asyik tengok🙂
ReplyDeletebestnya... bahulu ikan tu.. teringin saya nak makan. Entah la bila nak merasa...
ReplyDeleteNi kira balik kampung musim luruh la kan. Syoknya tengok daun merah² tu. Makannya pun syokkkk.
ReplyDeletesuka tengok pokok-pokok tu...cantik
ReplyDeletedulu masa pegi nami island ujan juga tp nasibaik la tk lebat sgt tp berpayung juga la...time pegi dlu dh nk masuk summer tp masih ada la certain pokok yg color daun merah musim autumn
ReplyDeleteTerus teringat cerita Winter Sonata. Cantik, gambar-gambar kat sana. Makanan pun nampak sedap. Dasyat, kena tambah beg. Banyaknya Ako shopping. :D
ReplyDeleteSaya pas ke Nami Feb, berharap putih semuanya, tapi tak terkabul pulak. Salju dah cair, dan jadi becek di mana2 🤣🤣🤣. Cuma dingin saja jadinya.
ReplyDeleteTapi kalo kesana lagi saya nak ke pulaunya pakai flying fox kak, dr tempat tiket tuh. Kemarin itu pas tahu ada flying fox dah pengen coba. Tapi Krn udara minus, jadi saya pikir tak akan kuat melawan anginnya pas meluncur.
Nantilah kalo ke sana lagi, mungkin pas autumn juga JD kalo meluncur pakai flying fox tak dingin sangat 😄
cantiknya kaler daun2 nya
ReplyDeletefeeling mcm. drama korea pula ciknur
Ramainya pergi Korea bulan ni :) seronok la tengok. one of my dream.
ReplyDeleteBest best. Thanks for sharing. Moga dapat ke sana nanti.
ReplyDeletebelum dapat pergi...tengok gambar pun jadi la kalau di Korea nie
ReplyDeletesubhanallah..cantik2 nya pic... best nya..
ReplyDeleteAlahai rindu nya nami island tu.. dah la masa dtg dulu dgn title just married fefelling sgt hahahaha :P
ReplyDeleteCantiknya pemandangan dia..daun- daun tu...eh..nyesal x kirim daun barang sekeping dua..haha...well korang amik gambar tu guna tripod ke..cantik betul...
ReplyDeletecantik...view merah-kuning...
ReplyDeletetu la sangat puas hati pi autumn kat sana kali ni.. sebab dapat juga tengok daun2 berwarna kuning merah depan mata..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com