Apa ya catatan untuk hari nih???
Oh rasa macam sama je rutin bulan puasa nih...
Bersahur dan berbuka... berterawikh??? erkk ye ye ako ngaku ako tidak berterawikh sudah hampir 2 tahun. Sejak arwah MAK takde, ermm ako jarang dah ke surau di kawasan umah ako tu. Kenapa? ermmm ntah la ye ako pun tak tahu nak kenapa?!

OK lupa kan kisah itu.

Sambel menaip sambel mendengar radio dari mp3 yang dapat masa dinner aritu. Ingat lagi tak entry ni? Sambel dengar hot.FM. Ada iklan... Kan skrg ni tengah bulan ogos, ala bulan kemerdekaan untuk negara kita. Tetiba ako teringat filem Bukit Kepong. Siyesss masa memula ako tengok citer tu kat tibi memang sayu dan sedih la kan. Walau ako tak minat sejarah tapi bila kisah2 macam tu dijadikan tontonan maka harus la ako terasa 'feel' tu lebih kan.

Kowang pernah tengok? Eh rata-rata musti la pernah kan.
Ako tergerak nak cari kisah pasal bukit kepong ni. So dengan bantuan en google sampai la ako ke satu blog ni. Hasil tulisan nya mmg buat ako insaf. Dan memberi ako banyak pengetahuan tentang sejarah. Kan ako dah cakap ako tak minat sejarah. Bila baca tulisan beliau, kadang cuba gak ako recall2 balik subjek sejarah yang ako pernah belajar waktu sekolah dulu. Sikit je la kan yang ada dalam minda ako yer.. hehe...

So, meh ako kongsi ngan kowang citer yang ako baca kat blog budak nih..
Selamat beramal, renung2 kan lah...

Nota Jemari: Salam Merdeka!