BusanSeoul Musim Sejuk 2017: Day 3 - 2 Dis (Gamcheon Culture Village, Oryukdo Skywalk)

Hari ketiga di bumi Korea.
Hari ni kita gi melawat perkampungan Gamcheon yang konon nya ala-ala kat 'Santorini'. Santorini pun ako belum sampai so nak bandingkan pun bukan mahir sangat, ye tak?! Gamcheon ni masih sebuah penempatan. Yang uniknya perkampungan ni sebab bangunan rumah-rumah yang dicat berwarna-warni, dari kejaauhan nampak macam lego-lego tersusun rapi.

Cara nak ke Gamcheon ni, guna subway dan berhenti di Toseong Station (Line 1) Exit 6. Keluar je exit 6, korang jalan terus pastu belok kanan, korang akan nampak stesen bas kecik je depan Pusan National University Hospital (Blok Cancer Centre). Tunggu bas no 1-1, 2 atau 2-2 menghala ke Gamcheon ni.
Bas dia saiz kecik molek je. Memang akan sentiasa penuh tapi jangan risau coz kejap je pun kena berdiri. Cuma memandangkan kawasan perkampungan ni di atas bukit, so sila la berpaut kuat sket kat dalam bas tu ye. Nak benti kat mana? Jangan risau juga sebab ramai akan turun kat hentian berdekatan Gamcheon ni.

Dah sampai Gancheon Culture Village. Beli la map yang berhaga KRW2,000won untuk memudahkan korang explore kawasan tu. Dekat sini memang banyak gambar je la ye.
Kita susur celah-celah rumah orang. So far kat sini macam tak control sangat tahap kebisingan nya kalau nak dibandingkan kawasan Buchok. 
Wajib bergambar dengan patung ni. Lupa plak nama nya.
So korang rasa sama ke macam kat Santorini tu???😉
Penat dah jalan-jalan pusing satu perkampungan ni. Kita rest dulu mengopi sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Nak balik ke town, adalah disarankan korang naik bas dari tempat korang turun memula tadi. Macam kes kitorang, konon nya nak shortcut sangat, sebab nak patah balik memang dah jauh kitorang tawaf. Sudah nya kitorang menonong je jalan ke depan sampai jumpa jalan besar. Ingatkan macam jumpa tempat yang memula sampai tu rupa nya lain. So kita naik je pape bas yang datang dengan harapan bas tu akan lalu kat hadapan Pusan Hospital tu balik. Tapi harapan tinggal harapan, bas yang kitorang naik tu langsung tak melalui jalan yang sama masa kitorang datang.

Driver bas tu pun pelik. Disuruh nya kitorang turun kat hentian terakhir. So menampak la kami mencari station subway terdekat. Jauh gak la menampak tak jumpa pun subway nya. Tahan je la teksi minta dia hantarkan ke station paling hampir dengan area kitorang tahan teksi tu.

Destinasi seterusnya adalah ke Oryukdo Skywalk. Paling senang nak ke sana, kita amek la bas dari Busan Station (Busan subway Line 1, Exit 10). Tunggu bas no 27. 
Bas selesa, ala sama je macam bas kat tempat kita. Jauh juga perjalanan nya, lebih kurang 40 minit kalau tak silap. Turun kat Oryukdo SK View Humun (gate belakang), lebih kurang 25 hentian. Tapi kan tak yah risau, Oryukdo ni memang terletak kat hentian last pun. Dari kejauhan korang dah boleh nampak oryukdo skywalk tu.
Yeay dah sampai!!! Salah satu wishlist nak jejak situ. FREE je pun. Nak lalu kat skywalk yang berkaca tu kena sarung kasut kain ni dulu. Then kena tunggu giliran. Dia tak bagi sekali ramai-ramai kat atas laluan kaca tu. 
Amacam, gayat tak??? Laluan nya takde la panjang sangat cuma kalau korang jenis yang gayat, mesti seriau nak lalu situ. Bawah tu dah boleh nampak air laut.


Misi berjaya!!! Dah jom balik.... kitorang kejap je kat situ. Dah puas dapat jejak, ajom la kita pulang ke hotel. Jauh perjalanan nak balik ni.. Sampai area town pun dah malam. Musim sejuk ni kan awal dah malam. Pukul 5 ke 6 memang dah start gelap. Malam tu memang dah x kemana-mana dah. Tido awal sebab esok nya nak bangun awal. Ayoh kita pulang Seoul!!! So nanti sambung lagi...

Nota Jemari: happy misi berjaya!!

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com