, , , ,

JDM Team Building 2018 - Final Part

Hari ni last day kat Lembah Temir.
Lepas bekfes kita masuk kelas yang terakhir.
Aktiviti kali ni memang special sket.
Kita kena buat "Commercial Break" iaitu kita kena buat ala-ala promot iklan sket.
Tajuk iklan tentang 'culture in BNM' atau 'proud to be BNM'.



First time gak ni nak kena buat iklan.
Nak kena ada Pengarah, storyboard, pelakon, kameraman dan yg sewaktu dengannya.

Pihak penganjur dah sediakan semua keperluan kita untuk shoot iklan ni.
Macam ipad yang ada imovie.
First time gak guna apps imovie tu. Memang syiok ar.. macam-macam kita bole edit terus dengan guna imovie tu. Selain ipad ada juga external flash for better lighting & fish eye kamera.

Dan paling penting, dia bagi kita satu beg berisi beberapa lagi props pelengkap shooting tu nanti.




Ada syarat-syarat nak buat iklan ni.
Bukan main shoot je.
Kena ada humor, kena ada sekurang-kurang nya 3 bahasa digunakan dalam iklan.
Pastu durasi masa tak lebih dari 3 ninit.

Ada plak award untuk pelakon terbaik.
So apa lagi , memasing jadi bersemangat la nak start shooting.

Nak shooting tu senang je tapi nak dapat kan idea tu memang makan masa sungguh.
Macam-macam idea dah dicurahkan , nak gabungkan jadi umphh tu yang sampai memasing pening kepala. Tapi bila dah idea dah disatukan dan kata sepakat dah dicapai, berdesup sumer terus start shoot.


Bukan senang nak jadi pelakon ni... hahaha...
Nasib la dialog tak banyak sangat.

Nak try tempek hasil video yang kitorang buat tapi tak cukup plak memory video untuk letak kat blog ni. So ako sekadar boleh letak beberapa keping gambar dari scene-scene dalam video oleh 4 kumpulan ni. Gambar atas-atas tu dari team 1.

Yang ni plak dari team 2. Beberapa scene lain dari kumpulan 2 kat bawah ni.

 



Hahhahahah tempek gambar dia ni banyak-banyak sebab nya dia berjaya dinobatkan sebagai best actor antara kitorang semua.

hahahaha tak sangka ada bakat terpendam jadi pelawak ni... :D

 Ok jom kita tengok hasil tangkapan dari group 3 pulak


 Ya allah derang ni memang ada bakat terpendam rupa nya.
Sumer pun boleh jadi pelawak hahhaa.😄😆😆
 
Team ni jadi juara antara kami semua.
Tahniah!! 👏👏

Ok moh kita tengok hasil tangkapan untuk last group ni.
Group ni agak serius sket dari segi penyampaian mesej tu hahaha..
Tapi masih ada juga la unsur humor nya tu walau tak sebanyak macam grup-grup lain.

Pandai dia ni bawa watak utama rupa nya hahaha... 😝😝

 Sape sangka bos pun pandai bawa watak. 😝😝😜😜😜

Bila video keempat-empat grup selesai ditayangkan maka berakhir la aktivit kami pada hari itu.

Overall memamg team building kali ni lain dari yang lain.
Takde nak stress stress sangat.
Takde nak heavy-heavy sangat aktiviti nya.
Banyak makan makan dan makan.
Hahhahaa...

Pape pun tahniah la pada komitee yang berjaya merancang team building ni dari mula hingga ke akhir. Biasa la kan, ada juga cacat cela dan kekurangan sana sini tapi tu lumrah. Pejam mata je, janji hasilnya semua pun happy happy especially bila dapat makan MUSANG KING uolsss !!!!  😋😋😋

Insyallah dua tahun lagi kita jumpa lagi ye untuk aktiviti team building ni.
Tahun depan bersedia la untuk merancang family day department pulak.

Nota Jemari: alhamdulilah... kenyangggg !!! hahaha
Share:

No comments:

Post a Comment

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.