, , , , ,

JDM Team Building 2018 - Part 2

OK jom sambung citer team building ni...

Kan sumer dah wangi-wangi.
Dah ready nak photo shoot.


Senyum semua.....
Klik! Klik! Klik!

 

Lama sangat nak tunggu set up dari photographer, kita snap dulu la gambar derang. hahaha


Banyak sudut korang bole bergambar dan melepak.

Tepi kolam ikan pun korang leh melepak. Sambil tengok ikan, sambil bagi makan ikan, sambil korang leh berangan cari ilham hahhaa..

Dah puas bergambar, moh la lekaih kita masuk kelas.

Yeeehaaaaaa!!!
Aktiviti pertama kita nama nya "Brazilian Samba".
Korang minat muzik??
Yang tak minat pun, bila dah join kelas ni gerenti suka muzik lepas tu.
Ini aktiviti nak menghilangkan stress gaya nya.

Tak reti main alat muzik??
Jangan risau, ko ketuk ketuk pun dah kuar bunyi kan.
Simple je aktiviti ni tapi memang sangat-sangat enjoy!!

Ada je yang tukang ajor.
Dari tak reti main, terus dah pandai.


Cer tengok cer tengok video tu.
Jadi la weiiii... hahahahaa
Semua pun enjoy.

 




Kalau tanya ako, ako just tau alat muzik Drum je..
Hahahaa yang lain-lain tu memang tak dapek nak recall balik nama-nama nya.
Zaman sekolah dulu tak merasa nak join pancaragam.
Dah tua-tua ni baru la dapat merasa sikit nak buat 'show' hahaha.


Lepas berpuas hati dengan show tadi, moh kita melantak doghian.
Musang King in the house u'ols!!!!!


Dah terbuka, semua serbu macam pirana.
Cantek warna isi nya.
Tebal rasa isi nya.
Manis rasa isi nya.
Waduhhh semua nya memang sedap-sedap belaka.




Manggis & rambutan pun ada.
Tapi ako x makan langsung buah yg dua ni.
Durian tetap menjadi rebutan.



Tengah syiok-syiok makan durian, dihidang nya kami dengan menu hi-tea.
Perghhhh memang tak kan kebulur kalau stay situ.
Tapi sebabkan durian lagi mendapat perhatian, buffet hi-tea ramai yang tak makan sangat petang tu. Sayang juga sebab banyak makanan berlebihan.

Lepas semua dah kenyang, jom kita buat aktiviti seterusnya.
Pegi dusun atau mandi air terjun?!

Bagi derang yang tak pernah tengok pokok durian dekat-dekat, konpom excited nak pergi dusun. Nak ke dusun kena naik 4w drive ni. Maka bertenggek-tenggek la memasing macam sardin atas tu.


Tengok tu, excited betul budak-budak bandar bila masuk hutan hahahaa.

Ha ni sape tak pernah pegang pokok durian?
Sape tak pernah pegang buah durian yang masih tergantung kat pokok?
Semua nya korang leh cuba jika join aktiviti jelajah dusun tu.

Kitorang tak gi dusun.
Kitorang terus terjun.
Splash! Splash!

Sambil buat massage air.
Perghhh memang terbaekkkk!!!
Tak payah kuar duit, ni massage original punya hahaha..


Kami sangat PUAS!!!!

Sejuk.... dah moh naik moh....
siap siap pulak untuk aktiviti di malam hari.

Nota Jemari:
Share:

No comments:

Post a Comment

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.