JDM Team Building 2018 - Part 3

Sambung lagi di malam hari.....
Dinner malam tu kita ber BBQ.
Semua di siapkan oleh pekerja-pekerja kat resort tu.
Kita siapkan aje diri untuk melantak... :p


Main menu malam tu adalah nasi lemak dan beberapa lauk.
BBQ daging, kambing, sotong... macam-macam ada.
Kalau tak silap harga pakej yg RM250 tu tak termasuk bbq ye.
Yang ni korang kena add on.





Bbq dia memang sedap.
Berulang-ulang mereka menambah.
Daging juicy dan lembut.
Sos cendawan /lada hitam yg derang sediakan pun memang superb lazat.


Bab makan memang x pandang kiri kanan dah...
Sambil makan sambil membawang.

Lekaih makan tu, cepat habis makan cepat kita masuk kelas.
Cepat kita masuk kelas, cepat kita boleh tido :D

Pukul 9 malam kelas baru mula.
Mata dah start berair.
Mulut asyik menguap.
Apa tak nya, tadi kan melantak nasi lemak memalam buta.
Tambah plak dengan daging bbq bagai kan.

Jom kita tengok apa aktiviti di malam hari.
Aktiviti kedua ni nama nya "Beans around the World" iaitu permainan jual beli barang.
Tapi dalam aktiviti ni, barang nya adalah biji kopi yang dijual di serata dunia.
Games ni memerlukan kepakaran dalam bab2 kira-mengira.
Kalau rasa ko lemah matapelajaran kira-kira, maka nya ko duduk aje la kat meja jadi tukang jaga duit daripada kena curi oleh pihak lawan.

Coin kaler kuning, merah & putih tu umpama duit yang digunakan dalam aktiviti jual beli ni.
Setiap warna mewakili sejumlah nilai seperti RM1 juta, RM200 ribu & RM100 ribu.
Ha jangan memain, nilai ribu riban juta juta ni.

Ada syarat dalam permainan ni.
Kena baca arahan yang ada dalam kad-kad dalam gambar tu.
Dan kena dengar dan peka bila masa "Pasaran Jual Beli" akan dibuka.


Ok.... ini ibarat "Pasaran Stok Kopi" iaitu tempat utama korang boleh beli biji kopi mentah.
Kena pandai pilih biji kopi yang sepatut nya untuk disatukan antara satu sama lain. Contoh, grup korang dah beli biji kopi American, tapi untuk dpat kan hasil campuran, korang kena ada biji kopi dari Arab saudi. Kalau korang takde, dan masa ni la korang kena tawar menawar dari pihak lawan biji-biji kopi yang korang perlukan.

Ada 3 pusingan.
Pusingan pertama, masing-masing cool lagi sebab baru nak paham rentak permainan ni.
Masuk pusingan kedua & ketiga, dah macam pasar borong bilik tu jadi nya.


Proses tawar menawar & tukar menukar biji-biji kopi sedang dijalan kan.



Macam-macam perangai... Korang leh tengok video bawah ni tapi sorry memang kena teleng sket kepala tu aahhahaa....

                       


Ingat kan lepas aktiviti malam terus masuk bilik.
Boleh lagi derang ni melepak melantak buah durian & rambutan.


Malam-malam buta makan durian lagi.
Nasib la dalam hutan, takde la rasa panas sangat memalam kan.

Lepas tu sempat lagi sambung membawang hahahaha....
Tido la weiii... esok nak kena bangun awal.
Ada satu lagi aktiviti esok hari.
Tepat jam 12 pagi baru la memasing masuk beradu.
Itu pun ako dengar ada lagi yang melepak sampai 3 @ 4 pagi.
aishh apa la yang korang buat pepagi buta dalam hutan tu agak nya??!

Nota Jemari: Asal ako rasa skill menaip ni dah lain macam....???

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com