Korea Musim Bunga 2018: Hari Kedua-8 April (NAMI ISLAND, GWANGJANG MARKET, BUSANJIB)

Selamat pagi Myeongdong!!
Hari ni misi ke Nami Island.
Awal pagi kitorang dah kuar.
Memang budget nak sampai Nami dalam jam 9 pagi.
Perjalanan ke Nami dengan subway ni akan amek masa lebih kurang dua jam.
(awal-awal bagitau dulu, entry ni akan penuh gambar-gambar kat Nami)

Ke nami ni ako ada berjanji ngan sahabat dari Langkawi untuk join misi kitorang.
Kebetulan sahabat ni dah berada di Korea ni lebih awal dari kitorang.
Berjanji nak jumpa di subway Chungmuro je sebab sahabat tu memang stay area situ.
Dari Myeongdong ke Chungmuro hanya beza 1 station je.

Rindu nak dengar lagu subway.
Pada yang dah pernah pegi mesti dapat bayangkan lagu tu kan.
Sila cari kat youtube pada yang nak dengar lagu subway korea tu 😁

Yeayyy..... lama betul tak jumpa minah ni.
Akhirnya bole plak berjanji kat Korea kan.
Sahabat masa belajar di IPM Melaka dulu.
Kebetulan dia datang bercuti bersama keluarga, sama plak tarikh ngan kitorang.
Alang-alang tu ajak je la join misi kitorang ke Nami sekali.

Bagi yang pertama kali nak ke Nami dengan menggunakan subway, ada banyak laluan korang boleh ikut. Salah satu nya korang boleh ikut laluan yang kitorang pegi.

Dari Chungmuro (Line 4) --> Dongdaemun History Culture Park (Line 4) - 1 station
Dari Dongdaemun History Culture Park (Line 5) --> Gunja (Line 5) - 8 station
Dari Gunja (Line 7) --> Sangbong (Line 7) - 5 station
Dari Sangbong (Gyeong-Chun Line) --> Gapyeong (Gyeong-chun Line) - 14 station

Jangan lupa download apps "Subway" kat hp korang.
Apps ni banyak membantu korang dalam penggunaan subway.

Eh eh dah sampai Gapyeong la.
Lebih kurang 2 jam juga la perjalanan nya.
3 kali tukar station.

OK camne plak nak ke Nami Island?
Jangan risau, dari stesen Gapyeong ni, korang kuar je korang akan nampak hentian teksi.
Naik je teksi dan rata-rata pemandu teksi memang tahu korang nak ke Nami.
Tambang satu teksi KRW3,000 won.
Nak naik bas pun boleh.
Korang kena melintas jalan klu nak naik bas ye.
Rasa nya tambang bas dalam KRW1,000 won kot heehe..
Sorry ako tak sure sebab tak pernah naik bas ke Nami.

Teksi akan benti berdekatan dengan zipwire ni.
Kalau korang terasa nak adventure sket ke Nami Island, boleh la cuba naik zipwire ni tapi harga dia agak mahal la sket. Boleh refer info kat sini --> KLIK

Ok ok dah nampak dah...
Dah dekat dah...
Tu belakang tu kaunter beli tiket haha..
Tiket ke Nami Island adalah KRW8,000 won seorang bagi pelancong.

 Port menunggu feri untuk menyeberang ke Pulau Nami.

Feri dah sampai, moh lekas naik.

Posing kat luar feri dulu.
Kalau rasa sejuk, boleh je melepak kat ruang dalam feri ni.
Time winter memang ada heater dalam feri ni.

Gitu la ghope feri nya ye.
Kat atas bole melepak, kat bahagian bawah pun boleh juga.

So ready dah nak tengok gambar-gambar kat Nami musim Bunga?
Ada beza ke tak ye dengan musim-musim yang lain?
Jom terjah!!

Memasing memang budget buat cover album agak nya.Hahaahaha


Nampak kawasan lapang ni, macam cantek lak view nak pose kat situ.
Rupanya kawasan tu diselaputi oleh rumput-rumput kering yang menebal.
Siap baring-baring bagai, sudahnya bila bangun, ha penuh satu montot ngan daun-daun kering tu.
Kami susur jalan tepi. Ako ada baca kat beberapa blog, kita boleh juga tengok cherry ni kat Nami. so gigih la juga cari bahagian mana ada pokok cherry. Nah, memang ada cuma bunga nya belum terlalu lebat. So kita teruskan perjalanan ke depan lagi. Mana tau, untung-untung bahagian depan sana ada lagi pokok yang dah berbunga lebat kan.

Tak jumpa dah pokok-pokok, jom la kita naik beskal kayuh keliling pulau.
First time ako naik beskal kat Nami. Tambah pulak dah lama sangat tak mengayuh. Tak pasti masih ada lagi skill mengayuh ako ni.

Harga sewa adalah seperti berikut:
Basikal single: KRW4,000 (30 minit) / KRW7,000 (1 jam)
Basikal couple: KRW8,000 (30 minit) / KRW14,000 (1 jam)
Electric Tri-way: KRW10,000 (30 minit) / KRW18,000 (1 jam)

Jauh gak derang tinggalkan ako kat belakang.  




Best pulak pusing-pusing pulau nami dengan beskal.
Selalu nya ako malas nak naik basikal ni.
Tak sangka plak kalau naik basikal ni, kita baru la nampak kawasan lain selain dari tempat wajib kat nami tu.

 Ni lagi satu batch pose cover album.
Hahahah agak-agak sesuai untuk buat filem apa eh?
"Basikal dan Ako" πŸ˜†πŸ˜†

  Ha bila dah sampai kat Nami, ini lah salah satu tempat WAJIB untuk bergambar.

 Kalau korang pegi musim sejuk, kalau nasib agak baik, pemandangan kat sini akan penuh dengan salji tau. Masa awal tahun aritu, sempat juga ako merasa tengok pemandangan salji kat sini. Memang luar bisa 😍😍😍  

Bagi ako, kalau nak fefeling romantik, pergi la time musim sejuk.
Memang terasa macam dalam drama winter Sonata tu hahaha..

 Lunch time!!
Asian Cuisine adalah tempat makan halal di Nami Island.
Kat situ juga ada disediakan tempat solat di bahagian atas kedai.
Sangat luas dan selesa ruang solat nya.

 Menu kat kedai ni memang banyak.
Harga makanan kat situ antara KRW8,000won ke KRW32,000 won.
Nampak makanan macam lebih kurang kat Malaysia je kan hahaha..

 
Last pose sebelum balik.
Dua kali merasa musim bunga dan 4 kali merasa musim sejuk di Nami.
Hahhaha lepas ni kena datang untuk musim luruh pulak ye.
 Babai Nami.... tunggu ako datang lagi ye, insyallah!! 😘

To Zana,
Walau kat Nami kita tak sempat nak gather-gather sangat kan, tunggu ako pi Langkawi ye.
Nak lepak borak-borak ngan ko, harus kita berdua je.
Bila bawa askar-askar ni kena paham, susah sikit nak cari masa berdua-duaan ngan ko hahaha.

 Dari Nami Island kitorang ke Gwangjang Market.
Sila take note ye, hari Ahad kebanyakkan kedai-kedai kat pasar ni tutup.
Melepas la kitorang nak cari kain cotton.

Untuk ke Gwangkang Market ni, sila berhenti di Jongno-5-ga station, Line 1, Exit 8.
Rata-rata ako baca review, kedai kain Hyun Woo Silk memang terkenal jual kain cotton yang murah.
So hajat di hati nak la sambar barang selai dua tapi apakan daya, percaturan kami dah tersilap. Hari Ahad memang la kedai TUTUP!! Wasalam la nak soping kain.

Kami terjumpa adik manis ni.
Kalau korang sesat, terjumpa minah macam ni, tanya je. Sebab memang tugas mereka untuk memberikan bantuan kepada kita-kita yang selalu sesat jalan ni hahaha.
Adik manis ni banyak membantu.
Banyak soalan yang diajukan, dengan senyuman beliau menjawab.

Tengah jalan-jalan kat pasar tu ternampak beberapa kedai jual snek.
Marilah kita memborong ceklat, biskut, kekacang dan yang sewaktu dengannya.

 Untung beli banyak-banyak.
Insyallah tokei akan bagi banyak diskaun juga.
Derang ni kalau bab menghabiskan duit memang serahkan aje.
Udah la tu weii... lagi lama kat situ, lagi banyak korang borong.

On da way nak balik, kita lalu area orang jual makanan.
Kalau korang bukan islam, gwangjang ni salah satu pasar tertua yang jual pelbagai jenis barang dan makanan. Korang boleh cuba macam-macam jenis makanan tradisi diorang. Tapi sebab kan mostly makanan kat situ adalah tidak halal, maka sepanjang ko lalu kat situ, ko hanya mampu menjeling je la kat makanan-makanan tu semua hahaa.

 Keluar je dari Gwangjang Market tu, hujan pun turun.
So moh la kita pulang ke Myeongdong.
Lupa kan aje street art kat Ihwa Mural College.
Tambah plak adik manis tadi cakap, dah tak banyak street art yang masih elok.
Maka nya, kami amek keputusan, pulang saja ke pangkal jalan.

On da way nak kuar dari subway Myeongdong ni ternampak kedai jual beg.
Marilah kita memborong beg buatan Korea.
Nak beli kat butik memang tak mampu la kan.
So far beg-beg yang kitorang beli memang kualiti nya bagus betul.
Memang tahan lasak & lawa-lawa pulak tu design nya.
Kedai beg ni betul-betul kat tepi tangga.
Keluar je dari palang subway tu, korang akan nampak kedai ni.

Boleh bayar dengan tunai ataupun kad.
Tapi kalau dengan kad, dia akan charge lebih sket.
So, kalau nak diskaun, better korang bayar dengan tunai je.
Beza banyak tau bila buat pembayaran secara tunai dan kad.
Ahjumma tu lebih suka kalau korang bayar dengan tunai je.
Rasa nya cepat sket dia dapat pulangan modal tu kot haha

Tak sempat nak snap gambar kedai.
Ni ako pinjam ye dari carian google.
#kredit to https://hellohuda.com/2017/12/15/5-halal-restaurants-in-seoul-korea/

 Dinner malam tu ayoh kita ke Busan Jib yang terletak di Myeongdong Street.
Camne nak ke sana?
Kalau korang dari Myeongdong Station Exit 6 & 7 di mana Uniqlo di sebelah kanan (opposite Nature Republic), jalan je terus sampai korang jumpa kedai/signbod Apple Frisbee di sebelah kanan korang. Kedai makan ni terletak di lorong just before Frisbee.

Ginseng Chicken Soup - KRW15,000 won
 Pertama kali ako cuba masa gi musim sejuk aritu, terus ako terjatuh cinta dengan ginseng ayam ni. Sangat la sedap!!! Seriously tak de bau ginseng atau akar-akar kayu.
Memang segar tau makan sup ni.
Texture ayam nya sangat la lembut.
Portion memang banyak.
Ayam pun besar, so kalau nak order, better share je sup ni.
 
Hot Stone Pot Bibimbap - KRW8,000 won.

"Ek eleh, datang jauh-jauh just makan nasi goreng je?!!"

Eh eh, nasi goreng kat BusanJib super sedap weiii....
Ako ni sumer nya sedap hahahaa.
Tapi betul, nasi goreng tu walau nampak je simple tapi memang delicious la.πŸ˜…
Harga nasi goreng daging tu KRW10,000 won
(kalau convert, memang terasa makan nasi goreng paling mahal hahha, so tolong la jangan convert ke RM, nangis nanti weii... hahahaπŸ˜‚)

 Hujan masih mencurah-curah.
Nasib kami kurang baik, bila malam je hujan.
Tak dapat nak window soping sangat kat area Myeongdong.
So lepas makan terus kita pulang ke bilik.
Maka berakhir la sudah hari kedua kami di Korea.
Bersambung hari ketiga yang superb excited sket...
Tunggu..!!

Nota Jemari: Bunga vs Sejuk... ako lagi suka sejuk... 😍😍

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com