, , , ,

Korea Musim Bunga 2018: Hari Ketiga-9 April (YEOUIDO PARK, GWANGHWAMUN SQUARE, GYEONGBOKGUNG PALACE, BUKCHON HANOK VILLAGE)

Hari ketiga dah ye...
Hari ni rileks-rileks sket.
Tapi hari yang sangat dinanti iaitu tujuan misi mencari bunga cherry di Korea.
Ye ye.. ini lah hari nya.

Jom kita sarapan dulu.

Nampak tak pintu bilik102 tu? Ha tu la bilik kitorang.
Depan pintu dah ada meja makan.
Tapi time korang tengah bekfes tu, jangan pula buat bising sebab keliling meja tu ada bilik-bilik yang lain. So takut menganggu tetamu yang lain.

Are you ready gals???
Misi yang ditunggu-tunggu.
Banyak tempat boleh tengok cherry ni tapi kitorang pilih Yeouido Park.
Untuk ke sana dari Myeongdong, kita naik subway je la ye..
[Subway]
1) Dangsan Station (Subway Line 2 or 9), Exit 4. 20 minute walk.
1) Yeouinaru Station (Subway Line 5), Exit 1. 20 minute walk.
3) Yeouido Station (Subway Line 5 or 9), Exit 5. Take Bus 162, 262, or 461 to National Assembly Bus Stop.
4) National Assembly Station (Subway Line 9), Exit 1 or 6. 5 minute walk.
Atas tu ada beberapa laluan korang boleh pilih.
Kitorang pilih untuk benti kat Yeoinaru Station.

Dari Myeongdong (Line 4) --> Dongdaemun History Culture Park (Line 4) - 2 station
Dari Dongdaemun History Culture Park (Line 5) --> Yeouinaru (Line 5) - 9 station

Bertabah la kalau korang kena daki tangga macam ni kat subway.
Ini adalah pemandangan/pengalaman biasa di Korea bagi yang menggunakan subway sebagai pengangkutan di sana.

Kadang-kadang tepi tu ada je esklator. Kalau bergerak, memang bertuah la tapi kalau ia under maintenance, hhaha bersiap sedia la untuk mendaki hingga ke puncak.. 😂

Excited!!!
Keluar je dari subway dah nampak dah deretan pokok cherry ni.
Cantek!! Subhanallah....

Memasing sibuk buat LIVE kat ig.

Semalam memasing selesai shoot cover album kat Nami kan.
Ini kali kita buat cover album bunga cherry pulak.

 Nampak tak... berderet-deret tau pokok nya.
Kalau boleh setiap pokok kita nak pose.
Hahhaha...

Pokok cherry kat yeouido ni memang tepi jalan.
Sepanjang jalan sampai la National Assembly.
So kalau korang tak turun kat Yeoinaru tapi kat National Assembly Station pun ok juga.

Satu lagi misi selain jejak pokok cherry ni adalah misi mencari wording "I SEOUL U"
Rata-rata ako baca review, perkataan tu terletak kat Yeouido Park.
So lepas dah snap snap ngan pokok cherry, moh kita jejak I SEOUL U plak.


 Puas pusing satu taman Yeouido, siap tanya ahjussi yang keje sapu sampah kat situ, rupanya perkataan tu dah berpindah kat area City Hall. Huwarghhhh frust sangat.
Memandangkan kami kesuntukkan masa, so plan nak jejak I SEOUL U terpaksa dibatalkan.😭😭

Moh la kita ke destinasi seterusnya.
Nampak tak kat belakang tu??
Bagi yang biasa pergi, mesti dah perasan statue kat belakang kitorang tu kan.
Mana lagi kalau bukan di Gwanghwamun Square.

Kalau korang plan nak jumpa ahjussi statue ni dulu, ako suggest korang turun kat Gwanghwamun Station (Seoul Subway Line 5), Exit 1, 2. Nanti kluar je dari subway dah jumpa dataran ni. Tapi kalau korang rasa nak masuk istana dulu then baru jumpa pakcik statue tu, so korang turun la kat Gyeongbokgung Station (Seoul Subway Line 3), Exit 6 & 7.

 Istana Gyeongbokgung.
Salah satu tempat wajib singgah.
Kalau rasa nak fefeling gadis korea zaman Joseon, korang bole la sewa baju hanbok. Pastu amek gambar kat kawasan dalam istana. Mana tau tetiba putera korea datang menyapa korang hahaha

Nak masuk kawasan dalam istana kena bayar;
Admission Fees
Adults (ages 19-64): 3,000 won / Groups (10 people or more): 2,400 won
Children (ages 7-18): 1,500 won / Groups (10 people or more): 1,200 won
 Interpretation Services Offered
Tours depart from in front of the information center at Heungnyemun Gate (흥례문).
- Duration: About 1 hr-1 hr 30 min
- Tour Schedule
English: 11:00, 13:30, 15:30
Japanese: 10:00, 12:30, 14:30
Chinese: 10:30, 13:00, 15:00
 Kalau rasa nak ikut tour, bole buat reservation kat kaunter dan pilih tour mengikut jadual kat atas tu.

Kitorang tak join memana tour, sebab nya kitorang decide nak tengok upacara pertukaran pengawal kat pintu masuk istana tu.
Performance Times
Sumunjang (Royal Guard) Changing Ceremony
10:00, 14:00 / 20 minutes per ceremony
Gwanghwamun Gate Guard-on-Duty Performance
11:00, 13:00 / 10 minutes per ceremony
Sumungun (Gatekeeper) Military Training (outside Hyeopsaengmun Gate)
09:35, 13:35 / 15 minutes per ceremony
 Tinggi betul pakcik pengawal ni.
Muka serius pulak tu.
Masa first time trip ako ke situ, ako ngeri sket tengok pakcik pengawal ni.
Nak berdiri sebelah pun rasa takut.
Maybe sebab imaginasi ako terbayang citer korea yg zaman joseon tu, watak pengawal ni kan jahat. hahahaa...
Tapi bila dah banyak kali jumpa pakcik ni, hilang dah rasa gerun tu.

 Dapat port baik punya, depan sekali kitorang duduk.

 Dia pusing kanan, dia pusing kiri.
Last sekali dia diri kat tengah.
Penyerahan tugas kot.
Shift pertama dah abis, so diorang tukar shift la gamak nya tu 😄

Show tu dalam 10 minit je.
Dah selesai, moh gerak ke tempat lain pula.
Ekceli masa kitorang kat Gyeongbokgung ni waktu lunch tapi sebabkan kitorang ni kejar masa nak ke Namdaemun sebelum jam 5 petang, maka nya kita escape untuk makan tengahari.

Tapi kalau korang berada di kawasan istana ni, korang boleh cuba restoran "Halal Kitchen".

Petunjuk Arah: Dari Gyeongbokgung (Istana Gyeongbok), jumpa balai polis Samcheong dan kedai e-mart. Setelah 100m, korang akan nampak kedai fashion Boy London. Belok kanan pastu korang akan nampak signbod restoran "Halal Kitchen".

Restoran tu nampak menarik tapi sayang kitorang tak sempat nak singgah makan.
Boleh baca review Halal Kitchen kat sini.
 
 Lepas selesai lepak istana, jom ikut kitorang ke Bukchon Hanok Village.
Dari Gyeongbokgung Station (Line 3) --> Anguk (Line 3) Exit 1 atau 2.
Keluar je Exit 1, dalam 300m korang jalan ke depan sampai jumpa kawasan perkampungan hanok ni.


 Posing la banyak mana sekali pun, tapi sila pastikan korang tak buat bising.
Sebab nya kat situ masih lagi ada orang yang tinggal.
Masa kitorang sampai kat area tu, ada ramai pelancong dari Taiwan (klu tak silap) yang tak reti bahasa. Selalu kena tegur sebab bising sangat.

Kat Bukchon ni ada beberapa spot menarik untuk amek gambar.
Cuba dapat kan peta village tu dari pondok information tak jauh dari exit subway tadi.
Kalau rajin dan banyak masa, boleh la follow map dan cari spot-spot menarik tu.

 Garang betul kamerawoman dia ni...
Ko ingat senang dapat angel yang menarik?
Pastu nak puaskan hati kamerawoman ni, nak dapat kan hasil yang dia suka... aishh...

Jenuh tau aii nak kena tahan senyum sampai kamerawoman tu puas hati. 😝😆

 Rasa macam dah puas bergambar kat Hanok Village ni, jom kita lekas ke Namdaemun Market.

 Sebelum gerak ke Namdaemun, kita basahkan dulu tekak dengan eskrem korea ni.
Sedap!!!!

Namdaemun ni tempat jual macam-macam.
Ada baju, ada kasut, ada peralatan dapur, ada bag.. aishh nak senaraikan memang banyak.
Paling best, korang boleh cari souvenir pun kat situ juga.

Tujuan kitorang bergegas nak ke Namdaemun ni sebab nak beli brooch yang terletak di Bangunan E-lengdang, tingkat 2. Bangunan ni akan tutup jam 5 petang. Masuk je dalam bangunan tu berderet-deret orang jual brooch dan aksesori. Berkilau-kilau mata dibuatnya..
Seriously bagitau ni, brooch korea memang sangat berkualiti.

Korang boleh refer cara nak ke bangunan brooch ni, pastu ako ada sebut nama kedai yang kitorang pergi kat entry lepas --> klik sini

 Dah selesai menyoping di Namdaemun, mari lah kita pulang ke Myeongdong.
Kita dinner dulu.

 Dinner kat Restoran Yoganae makan nasi goreng seafood KRW5,500 won seorang.

 Ako suka makan kat sini, portion nya banyak.
Kalau korang datang berempat, order je la untuk 3 orang makan sahaja.
Banchan dia boleh refill banyak kali.


Selesai makan malam, kami gi cari tukang urut.
Penat gila wooo seharian berjalan, kembang-kembang tumit dibuatnya.
Ekceli masa winter trip dulu, ako pernah gi sekali tempat urut ni.
Not bad gak. Tempat dia cantek & selesa.
Cuma nya ako kurang ingat arah nak cari kedai urut ni.
Nasib la member yang pernah join ako gi urut dulu masih ingat kedai tu.

Yang pasti area Myeongdong ni banyak juga la kedai urut refleksologi.
Servis memang puas hati. Siap boleh lepak kat kusi urut ogawa yang lagi canggih weii... Lepas dapat urut kaki dan bahu, malam tu memang lena kami tido.

Oh ye, tempat urut ni ada yang konsep macam spa cuma jangan plak korang bayangkan spa macam ala-ala kat Bali ye. Ni spa ala-ala kat Korea tau... Nak explain pun tak reti. So, klu ada peluang, cuba la ye. Kalau rasa cam was-was, gi ramai-ramai n make sure korang minta tukang urut pompuan.
Lagi satu, kat tempat spa urut tu, sepatut nya korang kena tukar baju tau. Baju yang macam orang pakai kat spa air paans tu. Tapi sebab kan kitorang just nak urut kaki je kan, so kitorang minta permision, cakap elok-elok ngan derang, tak nak tukar baju. Leceh!! Lagi pun yang nak diurut kaki je kan ;-)

Spa ni buka sampai tengah malam.
Sampai kedai-kedai kat Myeongdong tu tutup la.
Kalau ada peluang gi spa, cuba la ye!!

Nota Jemari:Masih terbayang ahjuma bogel kat kolam air panas....
Share:

2 comments:

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.