ABIN DAH FORM 1 - Ako Tetap Ako

ABIN DAH FORM 1

Kejap je anak buah yang sulung ni dah beso.
Tahun 2021 ni dah masuk sekolah menengah.
Batch yang takde UPSR, dalam sejarah gitu.
OK bukan nak citer pasal sejarah.
Nak citer tentang anak buah yang makin 'membesar' ni. hahaha

Insyallah 20hb Januari ni sekolah dah buka!
Back to School again!!!

Rezeki ABIN ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiara Permai.
First time ako dengar nama sekolah.
Hasil carian google, tengok sekolah nya, bukan main cantek gitu. hahaha...
Pastu tadi sebab x puas sangat tengok dari google, ako pun ajak mama ABIN gi round kat area sekolah tu. Perghhh seriously besar gila, OK sekolah nya. Dah macam pejabat gomen plak bentuk nya hahaha.. Tapi besar-besar sekolah takde plak padang ye. Ermm... ater korang bersukan dalam dewan ke hape ni?😅
Kalau ikutkan map google, jarak antara rumah ke sekolah ABIN adalah dalam lebih kurang 4.4km - 4.7km, kalau memandu adalah dalam 9 ke 11 minit gitu. Tapi ikutkan kedudukan sekolah tu dah di luar kawasan perumahan kami. So jenuh juga la nak pikir transportation apa yang sesuai untuk ABIN pergi dan balik dari sekolah. Rasa nya macam takde pun bas sekolah yang masuk kat kawasan perumahan kami untuk ke sekolah tersebut. Maka nya tadi kan ako dah round sekitar sekolah tu, ternampak la ada bas kaler pink! 
Hoyeeeee!!!!! Senang hati kami.
Bas GoKL CityBus ni adalah percuma tau!
Hentian terakhir bas ni memang betul-betul kat tepi sekolah tu.
Alhamdulilah sangat.
Tengok pada laluan bas tersebut, alhamdulilah ada lalu kat tepi perumahan kami.
Harapan lepas ni senang la ABIN nak ke sekolah.
Cuma buat masa ni kami kena monitor dulu masa perjalanan bas tersebut.
Untuk memudahkan urusan check jadual dan masa perjalanan bas ni, kena la install apps GoKL.

Semoga dipermudahkan urusan ABIN bersekolah untuk tahun ni.
Insyallah!!

Nota Jemari: Teringat zaman sekolah dulu, gi sekolah naik bas sekolah or bas awam.. syiok woo!!

3 comments:

  1. Kejapnya masa berlalu, dah bujang dah Abin..
    Mia pun tahun ni darjah 1.. dapat sekolah yahya awal ko..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yahya awal dekat ke ngan kg melayu eh? Mmg minta situ ke?

      Delete
  2. kanak2 mmg cepat sngt besar tau tau dah dewasa kan..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com

Powered by Blogger.