Kisah nya tahun lepas opis ako ada bagi cenderahati kat semua staf.
Cenderahati berbentuk voucher dan juga gift card.
Setiap staf akan mendapat amaun yang sama iaitu sebanyak RM1.2k
Rezeki kan, jangan sesekali ditolak.
Sebab tu ako masih setia dengan opis ako sekarang ni hahaha...
I lap u, opis!!! hhaaa
OK dipendekkan cerita, ako pilih IKEA dan juga SOGO untuk berbelanja.
Pada asalnya ako pilih travel tapi memandangkan tetiba kita semua kena lockdown tak bole nak travel, tu yang ako tukar hadiah ako ke gift card IKEA dan juga Sogo.
So setiap kad, ako dapat amaun RM600 untuk berbelanja.
Ermm.... i like!!!
Kita dah berbelanja barang kat SOGO awal tahun aritu.
Semua pun beli baju budak-budak tu je.
Then teringat kita belum lagi berbelanja di IKEA.
Sebab tak ingat bila tarikh luput gift card ni, maka nya hujung tahun lepas, bergerak la ako ke IKEA.
Berapa lama tak singgah IKEA oiii....
Kali ni ako pegi IKEA di Mytown.
Besar sket dari yang di Damansara.
Tempat makan pun luas dan selesa lagi...
So apa je yang boleh dibeli dengan amaun RM600 di IKEA ye?
"So kita nak beli apa ni Nina???"
"Uyum dah penat pusing-pusing satu IKEA ni....!"
"Uyum lapaaarr.......!!"
hahaha bawa budak kecik ni memang kena menyinggah makan sesaja.
Actually banyak lagi makanan yang kami beli.
Tapi dah lapar punya pasal, ini aje la yang sempat ako snap.
Tupperware isi meatball tu pun belum bayar lagi tu.
Hahahha... sebab terlupa nak bawa dari rumah, kita beli je dulu kat IKEA...
Konsep nya, guna dulu baru bayar😅
Lamaaaa nya tak makan kat IKEA.
Semua pun ako rasa lazat lemak berkrim....
Macam biasa, budak ni sempat lagi paw eskrem 0.90 sen IKEA...
Hahhaa... dan ako sempat lagi borong karipap ikea yang panas, besar dan ranggup!!!!
Eh eh cop!
Ni gi ikea nak jalan-jalan cari makan ke cari barang?
So mana barang yang diborong nya???
Taadaaaaaaa!!!!
Wakakaaaaka.... apa je la barang nya kan..
Ok ni baru RM300 je....
So next trip kita belanja baki nya plak k...
Nota Jemari: Tak mampu nak beli perabot kat IEKA😅
4 Comments
Dah lama jugak tak g Ikea. Best jugak kalu dapat free voucher cam ako dapat 😅
ReplyDeletetu laa sama... klu bukan sbb voucher ntah bila akan jejak ikea heheh
Deletesejap PKP ni tak pergi ikea lagi hehe
ReplyDeleteHahaha ini pun pegi sebab nak perabihkan duit dalam gift card tu 😅
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com