Sejak dua menjak ni heboh kat area Gombak pasal Ice Cream Gula Apong ni.
Kata nya ice cream ni femes di Sarawak, betul ke?
Mende-mende viral ni kita pun teringin la nak cuba kan.
Kebetulan tengahari tadi ke Klinik nak amek ubat batuk.
So alang-alang di area Greenwood, so kita pun cari la kedai ni.
Kata nya baru beberapa bulan je buka.
Oooooo patut la mende baru, tu yang ramai nak cuba.
Sebelum PKP aritu memang viral ice cream.
Nak beli pun beratur punya la panjang.
Ni bole setanding dengan ice cream bubblebee tau.
Apa yang istimewa sangat ice cream ni kan?
Kalau tengok lebih kurang macam kat bubblebee, betul tak?!
Cuma kat bubblebee lagi banyak pilihan.
Tapi di Ice Cream Gula Apong ni, satu je pilihan iaitu ice cream semata-mata.
Dan harga berbeza-beza mengikut saiz cup dan klu topping special adalah "Honey Comb" tu!!
OK sebab ako tak minat honey, jadi kita order saiz special aje la sebab kebtulan dalam wallet pun just ada RM10 je hahaha...
Taadaaaaa!!
OK seriously sedap!
Buat korang yang tak minat manis sangat, korang bole cuba ice cream ni.
Yang ako pegi ni kat cawangan Greenwood.
Ice Cream Gula Apong,
34, Jalan 7, Taman Greenwood, 68100 Batu Caves, SelangorKorang bole je google untuk branch-branch lain.
Tak silap ada kat Kg Baru, Nilai, Semenyih...etc.
So selamat mencuba!
Nota Jemari: Kamek suka gilak aiskrim tok, lan cuba!!! 😍😍
4 Comments
Amboiii.. tak padan.. baru balik amek ubat batuk, lepas tu boleh beli aiskrim ya
ReplyDeleteHaaha ala kita beli je bg kat anak buah
DeleteHuii dapnyaaa... aku dah doploh hari ko tak minum gula dalam minuman huhuhu bantai minum air masak je ni.. bukan diet tapi nak control jap..
ReplyDeleteBagus la tu lin.. Ako pun klu minum manis.. Ako cover blk minum lurveTea.. So xde la rs bersalah sgt hehe
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com