Eh dah masuk tahun baru la ye...
Hepi new year korang!!!
Jom nak sambung cerita kisah tahun lepas..
Tempat ni dah lama dah tahu kewujudan nya.
Tapi baru la kali ni berkesempatan nak pegi.
Dah alang-alang kita gi Zoo kan aritu, so balik je dari Zoo tu kami terus shoot ke tempat BBQ ni.
Kemensah ni belakang zoo je pun.
Kawasan kemensah ni dah lama ako x lalu.
Last ako pegi masa zaman study dulu.
Itupun member yang bawa.
So ako memang tak dapat bayangan sangat la camne area Kemensah yang latest ni.
Seingat ako zaman dulu jalan nya takde tar, memang penghujung kampung tu kawasan orang asli.
Di awal pemanduan tu, jalan nya masih dua hala.
Tapi dah nak sampai kawasan BBQ ni, jalan dah makin sempit.
Bila korang nampak ada banyak ATV, ha maka nya sudah betul la tempat makan nya tu.
Parking pun agak limited.
Ada je tempat parking berbayar tapi masih limited juga la.
Siapa cepat, dapat la parking dengan selesa.
Kalau lambat, ermm paham2 je la ye.
Nasib la kami dah booking awal-awal.Yang walk-in memang terpaksa la menunggu sebab pihak kedai akan utamakan yang dah buat tempahan.
Sampai-sampai je terus kami order.
Kami order set lunch mix meat (ayam, kambing & itik), seafood set dan juga ikan bakar.
Air nya adalah free flow. Sejenis air je pun.
Nampak air, budak berdua ni memang tak sabar dah nak mandi sungai konon nya.Agak mencabar juga jalan nak ke tempat makan tu.Nak duduk sangat kan dalam sungai.
Meja kosong tu la meja kami.
Seriously, ermmm camne eh nak cakap....
Seronok memang seronok.
Tapi mencabar juga la nak makan dalam sungai yang penuh dengan batu-batu.
Licin plak tu.
Nak duduk pun kena adjust betul-betul.
Hhaahh sebab kat bawah meja penuh ngan batu-batu.
OK, agak-agak memasing dah bole adjust duduk dengan selesa, budak berdua ni laju dah turun nak mandi dulu. Kawasan kami duduk tu air sangat la deras!! Jenuh terpekik terlolong ako dengan budak berdua ni. Lagi plak kat hujung belah kanan derang macam ada satu pusar, macam berlubang dalam gitu. Mau tak seriau dibuatnya.
Terlepas pandang sket je, derang dah mandi jauh ke depan.
Jenuh nak soh derang duduk kat satu-satu tempat je hahah.
Sementara nak tunggu makanan sampai, seronok la derang berendam dalam sungai tu.Kita layan je.....
itik dia memang sedap.
Lembut.
Sama juga, ayam dan kambing pun lembut.
Sebab ako tak makan sangat kambing kan, ako order juga la ikan goreng rupanya hahaha...
Sebab ako tak makan sangat kambing kan, ako order juga la ikan goreng rupanya hahaha...
Jadi la... sambal cicah ikan tu sangat sedap!!!
Yang ni set seafood, udang galah dan juga sotong bakar.
Yang ni set seafood, udang galah dan juga sotong bakar.
Semua pun memang sedap-sedap.
Tak silap set lunch tadi sekali derang bagi nasi juga.
Ingat tak entry pasal kedai makan Cowboy?
Ha BBQ lamb ni diorang punya main branch.
Sebab tu rasa itik nya sama lembut macam kat kedai cowboy.
Dah kenyang...Dah puas mandi...
Jom balik...
Untuk cari kelainan, boleh je cuba makan kat situ.
Tak perlu pakai baju cecantek sangat...
Tak perlu pakai seluar mahal-mahal....
Sebab nya kaki korang tetap akan basah...
Pakai je selipar jepun...
Jangan pula korang pakai heel masuk sungai...
Memang cari susah la kan...
Nak datang sila buat tempahan awal.
Memandangkan tempat ni dah terkenal dan menjadi tarikan, takut kalau walk in, korang akan kena tunggu lama untuk dapatkan tempat. Tempat makan nya takde la banyak sangat. So sila rancang untuk datang makan ye... 😁
Untuk yang ada anak kecil, terus je pakai kan derang baju mandi.
Tak perlu nak bawa baju salin pun.
Sebab nya lepas terjun, korang jalan ke arah kereta nak balik, badan pun dah kering.
Last but not least, berhati-hati la ketika makan.
Sila pantau anak-anak korang bila diorang tengah mandi tu.
Sebab malang tak tak mengenal usia, tempat dan masa....
Enjoy your meal and have fun too..!!!
Nota Jemari: Teringin nak bawa budak-budak g camping....tunggu!!!
3 Comments
huwaaaa!!! bestnya tempat ni!!! memang rare... sukaaaa sgt tmpt rare mcm ni... santai² pastu makan².. back to nature gitu
ReplyDeleteNext time bole la cuba juga makan kat situ k 😁
Deletecantik tempatnya.. dok tngk je gambar orang pi.. sendiri x pegi2 lagi..
ReplyDeletetunggu PKP reda la.. mak saya skrng mmg tamo p jalan mana2..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com