Ini kisah seorang teman.
Dia memang seorang yang aktif dan ceria.
Seorang yang suka makan-makan.
Dan seorang yang memang jarang nak tunjukkan ada masalah.

Dijadikan cerita, tiba masa nya kena buat full checkup tahunan macam biasa.
Ha di sini la bermula nya cerita yang tak disangka.

Terima kasih atas doa semua.. mintak maaf Cik Ta tak dapat balas satu persatu.. masih dalam keadaan lemah.. ni ada tenaga sedikit..Cik Ta update untuk semua yek..
Alhamdulillah OP berjalan lancar.. doc berjaya mengeluarkan 25 ketul fibroid dalam poyot ni.. menguit2 dia kat dalam yek.. itulah yang uolls tengok gambo Cik Ta buncit a few days before.. memang Cik Ta hampir nak letak #silaabaikanpoyotkuyangbuncit pakai bengkung Beautiful pun x berjaya menutup
Semalam Cik Ta demam 37.8.. pastu ada anemia pulak.. so.. kena buat blood transfusion.. Alhamdulillah semua berjalan lancar.. no allergic.. fever pun under control.. moga yang menderma darah tu diberi rezeki yang melimpah ruah... Cik Ta pun dah lama tak derma darah ni.. baru tergerak bila nampak boleh derma this month kat hospital ni..
Harini another pint lagi nak kena tambah darah.. poyot Cik Ta memulas2 ni..banyak sangat angin.. kentut pun tak lagi since lepas OP.. uk uk jauh sekali.. sakit sampai ke ari2.. malam tadi guling2 kesakitan..huhuhu..
Most of the time memang Cik Ta tido jek.. phone pun malas nak pegang.. sorry tau yg wasap & call.. Cik Ta hargai sangat doa korang..
Yang nak gak tau Cik Ta bilik mana walaupun xle visit.. Cik Ta bilik 87A.. Insyaallah.. ada tenaga lagi Cik Ta update.. ni pun pening & mual.. Uolls semua jaga diri baik2 ok..


Allahuakhbar! Mengucap kami semua terkejut.
Terkejut sesangat sebab memang tak sangka dalam keceriaan beliau rupa nya ada sesuatu yang bermain di dalam perut che ta. (rujuk gambar atas, che ta yang baju kuning)

Memang ako pernah dengar fibroid ni memang ada je kat dalam badan kita cuma adakah ia nya aktif atau tidak. 

Ini ako petik dari harian metro --> https://www.hmetro.com.my/node/172488

Fibroid dalam rahim juga dikenali sebagai leiomyoma atau myoma adalah ketumbuhan benigna (bukan kanser) yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita. Saiz dan bentuk ketulan fibroid ini juga tidak sama dan boleh berlaku di pelbagai tempat seperti dalam rahim, luar rahim atau antara lapisan rahim atau melekat pada rahim seperti struktur akar.

Malah, fibroid ini boleh tumbuh satu ketulan sahaja atau lebih banyak ketulan pelbagai saiz. Satu ketulan fibroid yang kecil ini juga boleh kekal sedemikian sehingga tempoh yang lama, namun ia boleh membesar dengan pantas secara tiba-tiba atau membesar perlahan-lahan dalam tempoh bertahun-tahun.

Fibroid ini boleh berlaku terhadap wanita pada semua peringkat usia yang sudah mencapai akil baligh, tetapi paling kerap berlaku dalam kalangan wanita berusia 30 hingga 50 tahun. Dianggarkan 20 hingga 40 peratus insiden fibroid dalam rahim berlaku dalam kalangan wanita dalam tempoh reproduktif (tahun kesuburan).
Kebanyakan wanita tidak tahu bahawa mereka mempunyai fibroid kerana tidak mengalami simptom penyakit hinggalah membuat pemeriksaan klinikal dan doktor mengesahkan di dalam rahim mereka ada ketulan terbabit.


Jadi untuk kengkawan yang seangkatan, jom la kita buat check up!!
Bila umur dah makin matang ni, tup tup je penyakit senang nak datang kan.
Untuk Che Ta, moga cepat sembuh, jaga diri.
Hope lepas dah discharge nanti, kita boleh gather2 lagi kan. (opkos la after mco n so on kan)
Rindu nak makan masakan che ta!!

Dah setahun tak buat check up.... ermmm macam seriau plak nak gi check up kali ni..

Nota Jemari: #jagadirisendiri