Ini cerita gara-gara tiket dah beli tapi tak dapat nak terbang.
So kita pun cuba-cuba aje la minta refund kan.
Walau asalnya tau tiket ni dibeli sewaktu harga promosi.
Tapi tak salah kan kita cuba nasib.
Kalau ada rezeki, dapat la pulangan duitnya.
Kalau tak dapat, ermm memang bukan rezeki.

So kita pun klik la kat website ANA airlines.
Masukkan segala butir yang dia minta.
Senang sangat procedure dia.
Alhamdulilah tak sampai 2 minggu, berjaya dapat duit pulangan tiket tersebut.
Syukur sangat-sangat!!!
Yang ini plak, perjalanan nak ke Sarawak je pun.
Beli tiket promo juga dari MAS.
Memandangkan dah 2x asyik kena tangguh perjalanan ni, so kita decide nak cancel je la kan.
So kita pun cuba la minta refund.
Ermmm... tapi nasib tak menyebelahi kita.
No REFUND!!!!
Tapi derang bagi OPEN tiket je.
Ermmm pastu tertakluk plak harga tiket semasa.

Malas nak cakap lelebih.
Korang nilai je sendiri...
OK tu je nak kongsi....

Mood sadis...takde rezeki..

Nota Jemari: Awak, 2 3 tahun lagi kita 'terbang' balik ye....😁