28 Januari 2021 adalah hari cuti umum bagi warga KL, Selangor dan yang sewaktu dengannya.
Cuti sempena sambutan Thaipusam.
Ikutkan kalau bukan PKP aritu, plan macam nak gi camping or berkelah kat tepi sungai ke kan.
Memang niat ni dari tahun lepas lagi.
Tapi tup tup dah PKP balik.
Ok xpe la belum ada rezeki nak bawa budak-budak ni masuk hutan lagi.
Dah kata cuti umum kan, memandangkan dah lama sangat tak gi jenguk kubur arwah mak n abah, jadi nya kakak dan abang ipar ako ambil kesempatan cuti ni untuk pegi kemas kubur. 'Bertahun' tak dapat jejak kawasan kubur. Last aritu pun sebab arwah adik ipar meninggal Mac tahun lepas. Itu pun kitorang tak bole lama-lama kat kawasan kubur.
Alang-alang sekarang ni diorang dah bagi kelonggaran untuk masuk ke kawasan perkuburan, itu yang kakak plan nak g bersihkan mana yang mampu dulu. Maka anak yang sorang itu dihantar ke rumah ako sekejap. Budak-budak ni bila dah berkumpul, memang riuh la.
Aktiviti pertama kita berkhemah di depan rumah. Hahahaha...
Khemah tu pun ako beli masa PKP memula dulu tahun lepas.
Hahaha sebab dah tak bole nak kluar rumah masa tu, tergerak plak nak beli khemah.
Asal nya ako pasang kat dalam rumah je, main khemah kat dalam je.
Dah jemu main, pastu simpan.
Ni kita buka balik khemah, 'park' kat luar plak kan.
Aktiviti kedua iaitu berendam dalam kolam.
Haha walau takde la besar mana kolam nya kan, janji dapat main air.
Aktiviti ketiga, main basikal keliling rumah.
Hahaha takde la besar mana pun ruang mengayuh nya.
Janji diorang hepi.
Takde nya nak buat ungun api bagai, kita lepak tepi kolam jadian je sudah ye!
Hahaha sambil nyanyi lagu apa tu imran oiii??
Lunch time!
Malas nak masak kekdah nya.
So mari lah kita order aje dari ILIPOTDELIVERY.
Ini kali kedua ako nak makan grill set.
Alang-alang kita mengorder, moh kita try yg set stimbot plak.
Untuk stimbot ni ako order "Set Pulau Steamboat".
Ako pilih kuah tomyum.
Pot n burner memang diorang bagi sekali unless korang inform yang korang tak nak.
Untuk grill set ni plak ako order "Set Madu Tiga BBQ Grill" dan ako add-on udang.
Alhamdulilah excited memasing nak memanggang.
Eh betul ke memanggang eh?? hahaha...
Sebabkan waktu tengahari kan, panas kat luar, jadi kita main masak-masak dalam rumah je la ye.
Alhamdulilah semua pun hepi.
Kenyang perut suka hati...
Ada rezeki kita order lagi..
Tunggu Pak Su Fir, bila nak balik KL ni??!!😁
Nota Jemari: rezeki kongsi bersama
4 Comments
Kawasaki kejiranan ni rata2 rumah semua dah bentang pool ni sampai Iman pun nak jugak, hahahah
ReplyDeleteKami pun ada gak plan nak beli yg besar lagi.. Sbb kami pun mcm nak mandi kolam jgk haaha
DeleteKawasaki ke kawasan ek Kak Seri cakap tu hahahaha...
ReplyDeleteBelilah beso sikit pool tu Nina hahaha nanti Nina boleh join...
Meriahkan kalau semua ada.. aku pun rindu time semua adik datang sini huhuhu
hahahha coming soon, pool utk adult akan muncul wkakaka ko tunggu ako terjun!!!
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com