GET WELL SOON, CHE TA! - Ako Tetap Ako

GET WELL SOON, CHE TA!

 
Ingat tak kisah member yang selamat dah menjalani operasi buang fibroid tempoh hari?
Dipendekkan citer, kami saja la nak bagi surprise kat Che Ta sebab dia dah bosan sangat dok spital tu.
Nak bagi bunga, macam ermm bukan bole simpan nanti cepat layu kan.
Nak bagi buah-buahan, Che Ta tak bole makan food yang keras-keras.
Sudah nya kami cari je la teddy bear ni.

Che Ta suka kaler pink!!
Ako pun google la cari kat instagram kot-kot ada yang buat delivery area Puchong.
Tup tup terjumpa satu IG ni!
Tengok dia punya deliver memang cover area Puchong.
Cantek!!!

Maka nya kita pun contact la budak IG tu.
Masa order ni seriously ako terlupa plak kita tengah PKP hahhaa..
Dah siap nak itu nak ini, begitu begini, then ako baru terpikir, eh eh bole ke budak ni keluar gi cari barang-barang nya??

Esok nya dia mesej, siap hantar beberapa keping gambar minta kita pilih yang mana satu nak dibeli.
Setelah berbincang ngan makcik bawang yang lain, maka nya kami sebulat memilih barang yang sesuai ngan budget memasing hahaha...

Semalam petang sebelum budak IG tu buat penghantaran, ako minta dia singgah kejap kat kedai belikan nestum 3 in 1. Hahaha bagus budak ni, nasib la dia jenis tak kisah nak tolong belikan. 
Tepat jam 5:05 petang budak IG tu dah sampai kat Colombia Hospital Puchong.
Tapi memasinng pun lupa, time-time PKP, takde pelawat dibenarkan masuk.

Pap!!! Tepuk dahi!!

Sudah nya kita kasi je la kat Pak Guard ni minta hantar ke bilik pesakit.
Tengkiu Bai!! Jasa mu dikenang tapi dalam menunggu hantaran tiba di bilik Che Ta, kami dah cuak gak. Hhahah sebab takut abang Bai salah hantar bilik.

Lebih kurang soploh minit pastu, Che Ta mesej cakap tengkiu!!!
Fuh!! OK selamat sampai da...
Tapi Che Ta citer, nurse yang bagi.
Che Ta tanya dari siapa, nurse jawab "makcik kat bawah" yang  bagi!!!
Waakakakkakakaka berdekah kitrg gelak.😆😆
OK la makcik bawang jadi makcik bawah .....
Janji barang selamat sampai kat tangan Che Ta!!!
Pagi tadi Che Ta mesej lagi.
Hoyeee dia dah boleh discharge hari ni.
So selamat berpantang kat rumah Che Ta!!!
Jaga diri....
Kengkawan Che Ta yang lain sempat belikan khas lauk berpantang by FoodZyla.
Cukup la ni bekalan untuk seminggu dulu.
Nanti lepas seminggu, kita tambah stok lagi k....

Surprise Delivery by syaireen_byaz
Lauk Berpantang by Foodzyla

Nota Jemari: Che Ta is lone ranger je kat KL ni ,tu yang ramai kawan-kawan Che Ta sayangg!!

4 comments:

  1. Mesti Che Ta ni baik orangnya, sebab tu disayangi ramai dan dilimpahkan rezeki. Semoga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.... Alhamdulilah che ta mmg baik, slalu murah rezeki..

      Delete
  2. Alaaa comel laaa gift tu.. nak masuk ward juga laaa hahahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com

Powered by Blogger.