Apa itu camping? Camping mengikut definisi kamus ako adalah semua pun kena buat sendiri, dari segi pacak khemah, masak dan lain-lain... Manakala Glamping plak mengikut definisi ako, semua pun dah ready! Kita hanya bawa badan je ....😆

Untuk faham apa itu camping dan glamping, ako pasti korang boleh google sendiri.

Apa pun yang korang suka, samada camping atau glamping, matlamat utama adalah nak jauh dari hiruk pikuk suasana bandar. Nak rilek-rilek santai sambil menghirup udara segar pokok-pokok, daun-daun, betul tak?!

Kalau diberi pilihan, ako lebih cenderung ke arah glamping.
Al-maklum bila dah remaja purba, tulang temulang dah nak reput bagai, glamping adalah yang terbaik bagi tubuh badan ako. 😆

Tapi ako rindukan juga suasana camping macam zaman muda belia. Makanya, kalau ada yang ajak camping, sila pastikan tempat tersebut ada menyediakan khemah glamping ye 😝

.:empat belas tahun yang lepas bersama si sodep:.

Nota Jemari: Apa plak pilihan korang?