Jumaat lepas kira seminggu yang lepas, amek abam ABIN kat asrama. Ikutkan selalu abam ABIN akan naik bas je sampai ke RnR Sg Buloh tapi kali ni MAMA terlewat nak bookkan bas untuk dia. Jadi nya terpaksa la pegi pickup dia nun kat Trolak tu. Perjalanan sepatutnya sejam lebih je jadi 2 jam lebih dek ada eksiden plak tengah highway. Almost jam 3 petang baru sampai asrama ABIN. Muka dah monyok, heheh apa taknya sebab ramai kengkawan semua dah balik kan.
Memandangkan kami tak lunch lagi, so sebelum balik KL, kita isi la perut dulu ye. Kali ni kita lepak ke Sarang Art Hub Cafe yang terletak di pekan Tanjung Malim. Dah banyak kali nak try lepak sini tapi setiap kali pegi mesti tutup. Alhamduliah kali ni berjaya juga jejak kat cafe ni.
Kepunyaan arwah Mamat Khalid dan sekarang ni rasa nya anak arwah yang take over cafe ni.
Kali ni sampai depan kedai, alhamdulilah kedai baru je buka. Rezeki! Kalau tak sebelum-sebelum, memanjang tutup bila datang situ.
Bila dah buka tu, apa lagi, moh le kita masuk!
Dekorasi luar cafe ni bertemakan beberapa buah filem yang pernah diarahkan oleh arwah seperti filem ROCK.
Filem Zombi Kampung Pisang
Replika warong Pak Jabit dalam filem Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah... Hahah masa ni kalau ada Yah Kucai, konpom meriah kan hahaha
Ha ni plak replika dari filem Hantu Kak Limah.
Tengok Plastik Hitam ni konpom teringat geng plastik hitam kan hahaha... especially si Bell Ngasri. Tak hilang trademark dia ngan plastik hitam tu haha.
Dekorasi dalaman memang kebanyakkan nya barang-barang terpakai dulu kala. Memang antik la.
Siap ada mesin lagu zaman dulu dulu ni tapi tak berfungsi dah rasanya.
Ada satu bahagian yang ber Aircon penuh dengan koleksi koleksi filem yang pernah diarahkan oleh arwah. Sebab cuaca panas sangat kan, so kita lepak aje la kat bahagian sejuk ni sambil cuci cuci mata.
Kebetulan hari yang kami pergi tu hanya ada menu western sahaja.
Tak pasti sebab baru buka atau hari itu memang chef hanya bole buat masakan western sahaja.
Pape pun foods kat situ memang sedap oii!!
So sila la pergi kalau korang berpeluang ke Tanjung Malim.
Overall ako berpuas hati la dengan menu western kat situ.
Sarang Art Hub
Jalan Rumah Rehat, Taman Bandar,
35900 Tanjong Malim, Perak
(senang cari KFC Tanjung Malim)
Takde parking khas, korang boleh park je kat tepi-tepi jalan sekitar situ.
So suggest korang datang la lewat petang.
Nota Jemari: Kalau ada rezeki, ada lah show muzik kat situ.
8 Comments
Menariknya dekorasi di luar, dan dalam restoran. Spagetti nampak sedap. 😋 Saya tak pernah sampai lagi sini.
ReplyDeleteMenarik. Alfatihah buat arwah Abang Mamat. Lain level punya karyawan.
ReplyDeleteMcm luas je kedai tu kalau dh byk replika dr filem arwah.. at least ada jugak peninggalan arwah utk kita tgkkan.. boleh buat mini muzium ni
ReplyDeleteWah, menarik. Kita peminat cerita Hantu Kak Limah hehe. Food pun nampak sedap2.
ReplyDeleteSha yang duduk sini pun tak berjaya jejak lagi kat sini.. Selau datang, penuh je orang.. kikiki..
ReplyDeleteAlalala..shian abang abin kena tunggu lama. Jauh juga nak menjemput tu. Baru tahu cafe ni kepunyaan arwah. Baru perasan satu video klip lagu 16 puasa ke entah ada buat kat sini. Menarik deco cafe dengan tema cerita karyanya. Kalau sedap tu wajib diulang lagi.
ReplyDeleteItulah rezeki terlewat datang ke asrama Abang Abin.
ReplyDeleteUnik dekorasinya.
Tengok makanan pun nampak sedap tu ha...
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com