Lokasi : Nur Laman Bestari Eco Resort, Sg Tua.
Tarikh : 1 Jun 2023 (Khamis)

So bila dah tulis hari khamis, tengah-tengah minggu plak tu, tak sempat nak apply cuti, maka nya kita hangkut la segala kerja-kerja ke lokasi kejadian.

Plan nya pun last minit sehari ke dua hari sebelum. Kebetulan Kak een yang ajak sebab dia plan nak bawa anak-anak mandi sungai. Terus ako teringat tempat yang satu ni. Terus wasap empunya resort. Minta checkkan kalau kalau ada lagi cabana yg masih kosong.

Nah, memang tak salah alamat la.
Terus dapat reply yg positif.
Memang banyak lagi pondok pondok yg masih kosong.
OK terus book. 



Kami pilih Royal Cabana Rosa yg bole muat lebih daripada 10 orang. 


Sangat luar... dapat meja bangku sekali. Memang muat untuk 10 orang atau lebih.


Pondok cabana pun sangat luar. Boleh baring-baring juga. Tikar tu bawa sendiri la ye.



Tak silap, pondok ni je yang paling besar. Yang lelain tu untuk small family memang banyak kiri kanan. 
Sebelum ni ako dah pernah review tempat berkelah ni.

Setahun berlalu, kawasan ni dah banyak dibaikpulih sejak dibuka selepas PKP dulu.
Dah makin cantek dan ada juga bangunan / dewan baru dibuat.
Cuma sayang, ATV macam dah tak berfungsi plak hari itu. Tak pasti dia tutup sementara atau selama nya.



Nama pun last minit plan. Hahah kita bawa apa aje la yang sempat dibeli ye pagi hari kejadian.


Posing bersama mastermind perkelahan kali ni with anak-anak.


Tengok sungai tu rasa memang nak terjun gak tapi pasir pasir sungai ni buat sakit juga kaki dibuatnya ye hahaha... Tapi gigih ako tengok budak-budak ni berlari dalam sungai. Memang kaki superpower la memasing😅


Giliran abam abin masak BBQ untuk lunch.








Macam-macam aksi bila dah masuk dalam sungai.


Sesi makan tengahari plak. Haha konsep kita habiskan apa je makanan atas meja tu.😆


Dah selesai melantak tengahari, diorang sambung lagi mandi sampai lebam.


Dan ako tetap setia di depan laptop menanti keje. hahhaha...

Nota Jemari: Bila nikmat bekerja di mana-mana.... harap dengan kehadiran G yang baru, WFH masih dikekalkan... aminnnn!! 👐