Hahaha tak abis lagi citer cuti raya diorang ni kan?!! Steady la raya kan masa tu sebulan.. So citer pun bersambung-sambung genap kan sebulan ahhahaha... Dah moh baca citer seterusnya.
Lepas balik dari aktiviti di Adventure & Extreme Park, kami sempat lunch kat tepi jalan. Nampak je mana-mana kedai buka terus singgah. Pastu singgah plak cari minyak gamat bagai. Sudahnya sampai balik kat Resort Sri Kijang dah jam 3 petang. Ada masa dalam sejam untuk bersiap balik untuk aktiviti petang harinya. Sepatut nya jam 4:30 petang dah kena ada di lokasi Jeti Cruise. Tapi malangnya kami terlewat dalam 15 minit. Biasa la kan, disebabkan cruise yang kami nak naik ni share ngan orang lain juga, maka nya bila dah sampai lambat tu, ada la mulut-mulut puaka yang mengata kan. Malas nak panjang-panjang, lepas dah register terus kami dibawa ke jeti untuk naik Cruise.
Jeti Royal-Langkawi Yacht Club Marina.
Terletak berdekatan jeti Kuah.
Cruise ni ako book daripada LANGKAWI HAPPY CRUISE
Harga per person RM99
Cruise ni ako book daripada LANGKAWI HAPPY CRUISE
Harga per person RM99
Dewasa ke kanak-kanak, sama je harga.
Nak add makanan tambah lagi RM20.
Nak add makanan tambah lagi RM20.
Cruise ni sharing basis la ye. Tak mampu la nak sewa the whole yacht.
Siap ada itinerary OK! 😅 Layan je.
4:30pm - semua akan turun ke platform utk naik kapal
4:45pm- kapal bergerak keluar
5pm- photo session di hadapan eagle square, assist by crew kapal. Dan juga bento set dinner delivery utk customer yg dah preorder bento set.
5:15pm - kapal akan berlayar ke persisir pulau tuba
5:40pm- bersiap sedia utk sesi mandi jaring dan juga adanya on board karaoke 🎤
6:30pm - selesai sesi mandi jaring
6:45pm - kapal bergerak balik ke arah sunset view
7:10pm- kapal berhenti utk sunset view dan photo session
7:30pm- kapal bergeraka balik ke marina
7:45pm - tiba di platform marina
Tak sabar dah si demok ni nak naik kapal. Kemain laju mendahului yang lain-lain. Eh eh macam dia plak jadi tukang bawa kapal 😆
Tadaaaa... ini lah kapal peranginan kami hahaha.. Tak besar, tak kecil. Memang just nice je. Bersih wei... !!
Sebelum naik, sila buka kasut ye. Tapi jangan risau, kasut-kasut tu semua diorang bawa naik kapal sekali.
Siap disambut dengan kalungan bunga plastik hahaha....
Luas juga la rupanya kat dalam kapal ni. Siap ada snek dan air free flow. Ada juga air tin dan botol dalam bekas biru tu. Memang puas la mengulang-ulang minum air..
Rasa nak terkucil minum air banyak-banyak? Jangan risau, kat bahagian bawah kapal ada dapur dan juga toilet. Toilet dia memang serius bersih, siap ada air panas lagi.
Atas kapal boleh karaoke juga tau.
Kot la korang bosan-bosan tu kan. Ni kalau pegi ngan geng-geng sekepala, seronok melalak reramai kan.
Ewah ewah macam tuan besar dia.
Mari la naik... ini kapal Uyum yang punya hahahha......
untuk hari itu je la ye Uyum punya :p
Sesi photo depan burung Helang katanya.
Ikut giliran setiap family ye.
Kang semua orang nak berkumpul kat depan deck ni, ada yang tetiba karam plak kapal ni hahaha
Dah setel giliran bergambar, moh kita isi perut dulu. Ni kira dinner? minum petang? haha ntah la tau tau time ni memang kelaparan sangat dah. Bento set ni harga add-on RM20
Sedap weii... ok la berbaloi, dah le air free flow. Macam-macam jenis air tin / botol pun ada.
Budak dua orang ni tak sabar nak mandi laut katanya. Memasing dah siap sedia nak terjun dalam jaring hahah..
Tudia, acara yang dinanti-nantikan. Sesi mandi dalam jaring.
Dah macam anak dugong rupa memasing dalam tu😅
Nasib baik mak pak dugong tak join sama hhaha
Seronok betul diorang. Yang lagi syiok sambil baring atas jaring, kapal pun jalan slow slow hahh..
Sunset view, last aktiviti atas kapal petang tu. Cantek subhanallah.... banyak lagi ekceli gambar-gambar sunset. Memang healing betul dok tengok sunset atas kapal.... korang tengok tuan besar kat bawah ni..
|
|
|
|
|
hahahahha amboi amboi !!
Ini area deck paling atas sekali.
Kemain bersantai-santai ye korang kat situ.
7:30 malam, berakhir sudah pelayaran kami...
Satu pengalaman yang indah!
Korang patut cuba tau!!
Buat yang nak cuba, bole la contact
Langkawi Happy Cruise @ 016-4573002
Nota Jemari: bercuti mesti nak happy-happy kan...




























8 Comments
Seronoknya tengok. Syok naik kapal cantik dan besar macam ni. Pemandangan sunset pun cantik. Kenangan terindah.
ReplyDeleteTeringin nak naik cruise camni dulu tapi tak tau pulak ada yang sharing basis. Ingat kena sewa satu kapal tu. Kena ajak Jun pegi langkawi lagi la nampaknya ni hehe.
ReplyDeletehaa byk je yg sharing basis.. nnt try la k :)
Deleteboleh masuk dalam list dulu ni,nak pergi bila tak tau lagi hehe
ReplyDeleteBoleh la kita feeling2 honeymoon nanti...
ReplyDeleteWah.. bestnya siap boleh mandi ye.. Bestlah.. pengalaman yang menarik..
ReplyDeleteWahhh.. pertama kali tau tahu pasal mandi jaring ni 😆.
ReplyDeletepssttt apa lagi kak.. next time bole la mandi jaring ngan pak inche dan iman hehehe
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com