INFO: PIDATO PIALA GABENOR     INFO: PIDATO PIALA GABENOR

INFO: PIDATO PIALA GABENOR

Pertandingan Pidato Piala Gabenor Bank Negara Malaysia (Pidato Piala Gabenor) dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia, melalui Sekretariat Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Kewangan, dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 2009.

Pertandingan ini merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan dan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam industri kewangan. Penyertaan dibuka kepada semua kakitangan sektor perkhidmatan kewangan. Pilihan tajuk pidato yang disediakan pula berkisar sekitar isu-isu semasa dalam sektor kewangan, bertujuan untuk meningkatkan pemahaman masyarakat tentang dasar dan inisiatif Bank Negara Malaysia dalam sektor tersebut.

Objektif
  • Mencungkil bakat dan kemahiran serta membina keyakinan diri dalam kalangan kakitangan sektor perkhidmatan kewangan supaya lebih berkeyakinan apabila berurusan dengan pelanggan.
  • Menjadikan kakitangan sektor perkhidmatan kewangan lebih berketerampilan dalam menyampaikan idea, pandangan dan fakta yang berkesan dan bernas.
  • Memupuk rasa bangga dan kecintaan dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
Syarat Penyertaan
  • Penyertaan dibuka kepada semua kakitangan yang sedang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan kewangan.
  • Johan, Naib Johan dan pemenang Tempat Ketiga pertandingan pada tiga (3) tahun sebelum tahun semasa tidak dibenarkan memasuki pertandingan pada tahun semasa.
  • Peserta yang telah menjadi Johan pertandingan sebanyak tiga (3) kali tidak lagi boleh menyertai pertandingan ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Para pemenang Pertandingan Pidato Piala Gabenor 2018, dari kiri: Fartihah Nabilla Harun (CIMB Bank Berhad), Muhamad Yusof Sulaiman (Sunlife Malaysia Assurance Berhad) dan Ahmad Safiuddin Nordin (AmBank Malaysia Berhad)

Pertandingan ini atas jemputan kepada semua institusi kewangan di Malaysia.
Sekiranya opis korang ada menerima surat menyertai pertandingan ini, digalakkan cuba la join pidato ni. Hadiah lumayan tau! 


Nota Jemari: pemenang yang lepas --> https://www.bnm.gov.my/web/guest/pidato-piala-gabenor

Post a Comment

4 Comments

  1. Oh, bestnya.. skill berpidato dah karat.. tapi ni utk kakitangan perbankan sahaja, kan. Baru tahu ada pertandingan pidato ni.

    ReplyDelete
  2. sa pernah cuba berpidato masa zaman sekolah menengah...cukup la sekali tu..memang xde bakat...hahahaha

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada pemenang. Skill pidato dan debat kita dah kelaut 😂

    ReplyDelete
  4. "Penyertaan dibuka kepada semua kakitangan yang sedang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan kewangan."

    Oh, baru tau BNM ada anjurkan pidato mcm ni utk staf insititusi kewangan... thanks infonya

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com