Eh jom la sambung cuti cuti raya tempoh hari. Macam tergantung plak kan haha..

[Baca sini kisah yang lepas]


Hari ketiga, pagi tu kami santai santai je. Kali ni siap masak sarapan di resort. Sempat la budak-budak ni mandi pool kejap. Jam 9:45 pagi baru kami start aktiviti.. Untuk hari ini kami plan nak buat aktiviti lasak sket. First time juga ako jejak ke Langkawi Adventure & Extreme Park ni. Tempat ni berdekatan je dengan Galeria Perdana Tun M. Nak cakap luas, takde la luas sangat pun, tapi bole la kalau nak cari kelainan bila bercuti tu kan.


Aktiviti ni ako dah pre-book awal-awal dengan team diorang. Korang boleh tengok pakej-pakej yang di offer kat sini --> https://www.facebook.com/langkawiadventurextremepark/ 
ATAU
ATAU boleh wassap
+6017-775 6460

.:harga setakat April 2023:.

Kami pilih pakej yang ini. 10 games dengan harga RM85 dewasa dan RM65 untuk kanak-kanak.
Masa buat pre-book kena la bayar deposit kan lebih kurang 50% daripada harga keseluruhan. Sampai je kat sana register dulu, selesaikan baki bayaran. Dan kalau nak tambah mana-mana games, bole la buat pembayaran semasa pendaftaran. 

Untuk kami, kami tambah flying fox untuk 2 orang budak. Lupa plak harga flying fox tu. Tapi game yang satu ni memang khas untuk Uyum dan abang Imran la.


Semasa pendaftaran, diorang bagi cap sorang satu dan juga peluru untuk paintball.


Dah tak sabar-sabar dah budak dua orang ni.



Memanah, aktiviti pertama yang kami buat. Kami dapat 10 anak panah setiap seorang. First time ni diorang nak cuba memanah tapi biasa la percubaan demi percubaan tapi tak berjaya juga hehehe.. Its ok yang penting konfiden dan gaya mesti ada! 😆


Game basikal tergantung ni semua orang pun tak berani nak naik wkakakaka...
Alasan memasing ada penyakit 😆 dan obesiti!!
Ha ok alasan diterima pakai.
So kita hantar yang berani nak cuba je la. Ikutkan budak dowang atas tu orang pertama yang nak cuba tapi memasing pendek hehehe maka tidak sesuai dengan aktiviti basikal tergantung tu.


Kita bagi semangat kat Aqeem kerana berani nak cuba. Abam abin terpaksa tarik diri sebab berat tak mengizinkan 😅 


Tapi malang nya, ingatkan Aqeem berjaya mengharungi cabaran yang satu ni tapi rupanya dia pun terpaksa digugurkan daripada membuat aktiviti tersebut disebakan kaki tak sampai nak kayuh basikal 😅 Sudahnya kita burn aje la aktiviti yang satu itu. Insyallah ada rezeki kita cuba lagi ye Aqeem!



Aktiviti paling seronok naik ATV la kan. Walau sakit-sakit tangan ako nak kontrol brek dek kerna Uyum asyik2 soh tekan minyak hahha.. Sampai eksiden kami dengan ATV di hadapan hahaha, punya la excited sangat si Uyum menekan minyak gamaknya. Nasib baik la uncle di depan kami tak 'menyalak', disuruhnya kami jalan dahulu di hadapan. Memang dari awal kami paling last sekali dan kadang-kadang sampai tertinggal-tinggal ngan mereka yang lain gara-gara bergaduh ngan Uyum sebab dia nak bawa ATV tu sendiri😅 Tu yang sampai eksiden kat tepi jambatan, nasib baik memasing tak jatuh dalam longkang😆




Next kita bagi kuda-kuda kat situ makan. Tak pasti kuda-kuda ni bole tunggang ke tak. Ako tengok cam tak bermaya je kuda-kudanya.. Ghisau plak kalau boodak demok tu nak naik atas kuda. Kang rasa kesian plak kat kuda-kuda tu.


Upside house ni ermmm macam tak berbaloi je masuk heehe coz ako pun tak pasti nak buat pose apa bila tengok deko kat dalam tu. Tapi yang best nya sebab ber aircon je la. Sejukkan badan kejap, berbaloi la masuk hahhaa.


Rumah hantu! Hahahaha patung je pun. Ini pun ermm... nak gelak pun ada masuk situ. Cuma ada satu bahagian tu memang agak bahaya sket. Coz ada beberapa orang sampai terjatuh jatuh sebab tak perasan ada bonggol. Harap pihak pengurusan dapat perbetulkan sket kawasan tu k.


7D ok! 
So kita harus bayangkan mende tu seolah-olah REAL la kan.
Bole laaaa.... tapi dalam ni tak besar mana, hanya 6 orang sekali masuk.

Selain aktiviti kat atas ni, kitorang ada main panitball dan juga go-kart.
Tak sempat nak ambil gambar sebab memasing asyik sangat ngan aktiviti yang satu tu.



Last sekali, tiba giliran budak dua orang ni untuk buat Flying Fox.
Mula memang cuak gak dedua sebab ini adalah flying fox pertama diorang.
So harus la semua orang bagi semangat kan.



Ghisau gak ekceli, takut last minit diorang tak nak naik.
Tapi alhamdulilah memasing bersemangat dan teruja sesangat.


Memang sesuai untuk budak-budak tau sebab pendek je pun tali nya.
So, tak perlu risau.
"Nape uyum tak jerit?"
"Uyum malu!" jawab nya..... hahhahahaha tergelak kitorang semua.
Adoiyaii.... tapi dalam malu-malu tu, siap minta nak naik lagi.
OK next time k.... Lenkali kita cari tempat yang panjang sket talinya, baru puas kan😁


Selain tu kan, ada juga aktiviti melantunkan badan tu. Yang ini lain harga k.
Takde la kami nak buat, kang melantun tak turun-turun kang memasing 😆
Ada tengok satu couple arab ni buat. Oooo takde la tinggi mana pun dia melambung tapi tetap la kalau ko dah ada penyakit kan, tak payah la gatal gatal nak cuba ye hahaha.


Dah setel semua aktiviti, moh la balik oiii!!! Panas lit lit dah time ni. Cepat balik, cepat bole rest sebab petang tu ada lagi aktiviti kitorang nak buat. So apa aktivitinya, tunggu next episod ye hahaha... Bai!

Nota Jemari: lepas berpanas... kita ambil angin laut plak k