View dari arah lobi menghala ke tempat makan. Kiri kanan depan belakang , menghijau je mata memandang.
Boleh dikatakan pelbagai spesis bunga ye korang boleh jumpa kat sini. Salah satu aktiviti kami nanti lepas makan amazing race, ada soalan yang berkaitan bunga. Haha time ni la baru nak berkenalan dengan bunga-bunga tu semua. Honestly ako bukan peminat bunga 😅😅 sudah tentu kalau ditanya tentang bunga, confirm memang FAIL haha.
Inilah dining hall nya. Tempat ni tak besar sangat pun. Tapi sebah ianya bersambung dengan swimming pool, jadi nampak luas plak bila digabungkan bahagian dalam dan luar.
Ini lah bar cafe yang ako citer kat entry sebelum ni. Kalau rasa nak order air lain dari yang disediakan, boleh la minta bar tender dia buatkan.
Memandangkan lunch kami untuk 3hari ni dah termasuk dalam pakej teambuilding kan, jadi nya kita minum je la air yang diorang sediakan tu.
Day 1 makan Hainan Chicken Rice.
Ako takde la nak expect menu yang wow ye hahaa... sebab ikutkan tak rasa lapar tapi dah bayar, ko kena makan juga!! 🤣🤣 untuk lunch tu macam simple je kan menu nya. Ada lagi menu lain tapi macam malas plak nak snap gambar makanan 😅😅
Ok jom start the race! Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Check-point pertama berbeza-beza setiap kumpulan. Tak silap ada 6 check point.
Gini la ghope hasil anyaman dari kumpulan ako 🤣🤣😅 Kalau kat sekolah ni confirm cikgu lukisan nangis tengok hasil anak murid camni haha.
Next kita ke check point seterus nya iaitu teka nama bunga . Tapi wajib cari dan selfie sebagai bukti yang korang memang ada nampak bunga tu di sekitar resort. Bapak besar resort ni, jenuh weii nak cari sebab bersepah sepah diorang tanam pokok bunga nya.
Cari jangan tak cari! Kuddos to team yang gigih berlari-lari anak untuk dapatkan jawapan.
Seterusnya kami ke checkpoint yang terletak dekat gym. Eh ako ingat gym dia mesti dekat je ngan pool or entrance tapi tidak ye!! Haha rasa semput berlarian awal tadi pun tak hilang lagi, tambah plak kena cari di manakah terletaknya gym. Fuh.... ako sampai sini memang terduduk jap.
Task kat sini kena asingkan kekacang dari besar ke sekecil-kecil kacang. Rasa macam dalam citer belalang plak ye 😅😅 eh cop belalang ke eh haha lupa plak ako citer apa 🤣
Kemudian kita ke checkpoint lain yang terletak di spa. Ya allah bapak jauh oii spa nya. Mula ako dah nak give up sebab dah start semput dah oii. Yang lelain kaki girafah. Ahkak ko ni kaki badak. Mana nak sama setiap langkah ye. 🤣🤣🤣
Kat sini dia akan bagi kita minum air yang slalu diorang hidang lepas treatment spa tu. So kena teka apakah 4 bahan-bahan untuk buat air tu. Yang ini jangan serah ke team lelaki. Kalau tidak confirm ke tasik madu pergi nya tekaan diorang.
Yang ini memerlukan kerjasama semua orang ye.
Task ni kita diberi kertas yang macam maze. Ada marker pen yang diikat dengan banyak tali. Kena leraikan maze tu dari mula sampai habis tapi gerak hanya menggunakan pen yang diikat sahaja.
Dan gini la hasil.nya hahaha. Ya allah cantek sungguh laluan kami ye 🤣🤣 Janji dapat keluar dari maze.
Last but not least, last checkpoint, bukti kita dah selesai semua task!! Wajib bergambar depan banner "Race with ME" !
SETEL sudah aktiviti kami di hari pertama.
Dah penat penat kepanasan tu, nikmat tiba tiba time untuk minum petang. Sudah tentu la ako tuju kat buah-buahan dulu.
![]() |
| .:sebahagian budak-budak department ako:. |
Group foto sebelum kita akhiri hari pertama.
Nota Jemari: ramai newbie ye.. yang 'tua' termasuk la ako 🤣🤣



























14 Comments
menarik betul semua aktivitinya. i paling suka yg anyam ketupat tu! best kalau dpt buat cantik2
ReplyDeleteHaha see ha MZ pun x pasan anyam ketupat juga dia sebut kan 😅 anyam tikar kan sepatutnya... aishh
DeleteDulu ingat anyam kat sekolah guna kertas warna.
ReplyDeleteKaann ms.kat sekolah kita guna kertas warna.. kemain potong satu satu haha
DeleteAnyam ketupat atau anyam tikar tu Ret? 😄
ReplyDeleteCerita Musang Berjanggut lah 😆
Eh ya allah ye la anyam tikar.. dah kenapa ketupat jadi nya 🤣🤣🤣
DeleteMenarik aktiviti mengasingkan kekacang macam cerita Musang Berjanggut. Lawa juga kejadian anyaman tikar tu😅
ReplyDeleteMacam derita P Ramlee la pulak...
ReplyDeleteBest tempat makan dia luas juga. Kena berjalan jauh sikit lah ye ke situ.
ReplyDeleteAlamak, janji siap je lah ye anyaman tu. Rupa ada dah, kena kemaskan lagi. Ehh macam kita jadi cikgu pulak nak komen lelebih. hihi...
Fuhh...jenuh nak mengasingkan kacang tu. Cerita Musang berjanggut kot.Selain mencabar kat CP, nak pergi antara CP tu semput jugak ye. Yang penting semua seronok dan bekerjasama. Tahniah team KakRet.
asingkan kekacang tu.. kalau tak silap, musang berjanggut...
ReplyDeleteseronok sekali sekala keluar dari pejabat...
Musang berjanggut la sis 😆. Syoknya aktiviti macam ni. Pernah jadi fasi. Cie yang incharge musang berjanggut tu. Check point paling susah. Menangis semua team susah nak asingkan. Hahaha. Cie letak kacang hijau, bunga lawang, cengkih kot.
ReplyDeleteHahahaha ye la btul tu musang berjanggut.. belalang plak pigi nya kan 🤣🤣
DeleteYang 'tua' tapi berpengalaman. Macam kelapa makin tua makin 'berharga' eh! betul ke? ha ha ha
ReplyDeleteHahhahaha betul la tu kan, makin tua makin berisi eh eh hahah🤣🤣🤣
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com