Kita sarapan dulu la ye. Kali ni kita pilih untuk duduk depan pool. Angin sepoi sepoi plus kipas berpusing pusing, memang nyaman je pagi tu. Ya betul malam tadi hujan jadi agak kebasahan la lantai nya.
Oh just nak share. Pagi hari kedua bangun nak solat subuh , buka sinki, oh no takde air!!! Alamak call bilik sebelah, member cakap bilik dia ada air. Ah sudah dah kenapa bilik kitrg je takde air kan?! Terus call front desk. Tak sampai 5 minit technician datang. Then terdengar bunyi air masuk saluran.
Alhamdulilah, rupanya power air bilik kitrg kena 'trip'... faham kan ? 😅😅 Lega gila wei, dah le pepagi memasing berlumba² plak sakit perut nya hahaa. Mimpi ngeri la kejap kan.
Bila dah ada air harus la cecepat mandi, solat dan bersiap. Ini confirm favorite stall sislin 🤣🤣 memang puas la kalau dia dapat makan telor pepagi tu kan 😝
Juice buah yang 'pior' direct without sugar ya. Tapi manis nya sedap sangat. Ako sejenis yang x makan nanas sebab trauma lidah sakit tapi bila dia buat juice sangat la sedap jadinya. Berulang ulang ako minum.
Mi kari ke mi sup haha ako lupa sebab tak sempat nak merasa bahagian ni.
Sape yang tak suka dim sum kan. Of coz la ni antara menu yang wajib dicuba.
Yang ini ku sangka kan daging sebab siap ada tanda beef. Sekali dah amek, adoii nampak sangat kambing. Bau dia kuat gila oii. Pastu bila tengok balik baru pasan tulang yang besar² ni.
Ayam rendang katanya tapi ako macam konpius hahah rendang ke kari ni😅😅 nasib la awak sedap ye cik ayam. Tak kisah la rendang or kari tapi tekak saya puas la sebab texture ayam sangat lembut. Sangat mudah nak leraikan dari tulang nya.
Antara menu utama. Nasi lemak pun ada tapi macam biasa kita snap gambar mana yang sempat je la 🤣🤣
Kita menuju ke Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Sampai situ terus dengar taklimat dulu ye. Taman pertanian ni besar rupanya. Mengikut kata fesi, if kita naik kereta, diorang bole je bawa pusing pusing ke dalam belakang dusun durian tapi memandangkan kami naik bas, jadi dia just bawa dusun yang bahagian hadapan je la.
Dah selesai taklimat, jom gi dusun. Kita belajar plak jenis jenis durian 🤣🤣
Sampai sampai terus nampak durian tergantung ni. Rasa nak capai capai je. Semua pun atas kepala haha mula tu risau gak buatnya gedebuk sebiji, naya je weii😅😅
Dengar lagi penerangan pasal pokok durian... bla bla bla opsss ako pun tak dengar sangat wei ..jangan salah kan ku, jangan salahkan ku. Sebab dia pun tak pakai mic, dah le ako pun kurang pendengaran kan 😅🤣 maka nya kita pun buat buat dengar je la ye 🙈
Pose bawah pokok durian ... ko hado😂
Pastu kita buat sesi membersihkan batas dan menanam pokok. Budak budak ni semua kena diajar cara cara bercucuk tanam. Al-maklum gen-z sekarang memanjang dok hadap laptop dan handphone kan. So sesekali jom kita kerah diorang bermain ngan tanah plak 🤣
It's durian time!! Of coz semua pun excited dah nak makan durian. Tapi kali ni yang ada black thorn, D22 dengan durian kahwin. Puas hati betul dapat makan durian 'free' ni hahaha (of coz la kan sebab bukan ako yang bayor)🤪
Ok jom la tengok random pics keadaan ketika derang tengah makan durian.
Dalam ramai ramai tu semestinya ada juga yang TAK MAKAN durian. Haha rugi la kan. Tapi nasib baik diorang jenis yang tak kisah dengan bau durian.
Dah kenyang moh la kita balik... muka muka banyak sinyum kepuasan sebab dapat makan durian. 😝
So berakhir sudah sesi hari kedua kami. Ya betul, konsep kitorang kali ni memang chill dan santai santai je.. no more classroom version.. buhsan 😷
Nota Jemari: nantikan cerita dinner lepas ni k 😂










































26 Comments
Retreat gini la best, tak yah penat nak buat presentation bagai, nak kena pikir masalah negara semua hihi....
ReplyDeleteBetul tu sis.... lagipun diorg pun dah penat 7 hari seminggu hadap laptop kan.. so sesekali bagi hotak drg rest and enjoy their weekends
DeleteKakRet, typo hati tu. Mujurlah bukan tak ada air betul-betul. Kesilapan teknikal je. Sedapnya jus nanas segar. Saya pun suka.
ReplyDeleteAlamak, kambing memang kita tolak tepi. Tambah lagi kalau bau dia.
Ayam tu nampak macam kari dah rupa dia. Kecelaruan identiti masakan pulak ye. Takpelah, janji sodap sudah. Banyak juga menu paginya. Nak makan banyak macam risau perut memulas. Ingatkan aktiviti dalam tu je, kena keluar jugak ek. Tapi syoklah dapat pergi dusun durian. Kena jugak ye menanam pokok tu. hihi..
Durian time tu lah paling syok bagi hantu durian. Kannn
Alaamkkk typo kat mana? 😅😅
DeleteHahaha menu tu kita pun konpius.. takut diorg ni salah letak nama menu je 😅😅
Btul buat hantu durian mmg berbaloi makan kat situ..
Hari bukan Hati, ayat 1st tu haaa..
ReplyDeleteJadilah kan at least aku ada di situ (kaunter telur) hahahahaha
Kemain best dapat makan durian free kann..
Oooo hahaha ok edit!!!
DeleteHahahaa pi ajak abg sabar n anak² staycation situ haha confirm semua suka
Wahhh..best ni ada team building gini...=D
ReplyDeleteAlhamdulilah.... 😁
DeleteBestlaaa dapat durian free. Tergelak saya bila baca tang durian atas kepala tu. Takut juga tetiba dapat durian runtuh on the spot.
ReplyDeleteSedap2 makanan yang disediakan hotel.
Hahahaha ... yg tu mcm 50 50 berjaga² ye bila dok bawah pokok durian 😅😅
Deletedapat merasa durian kuantan ye kak...kalau durian raub,jerantut lagi sedap
ReplyDeleteKan.... durian raub kita dh pernah try... nak try jerantut plak.la nnt
DeleteRetreat gini ler yang semua mauu... nak santai² & enjoy.
ReplyDeleteYe betul tu kak!! Memasing x nak berat kepala, time ni la nak lari dari pikir pasal kerja.. semua pun nak santai² je
DeleteSeronok sangat ni. Kita tumpang tengok kawan2 pergi team building. Memang best kan. Macam2 acara makan dll.
ReplyDeleteHahaha ye sis... time ni la nak huwa huwa ngan semua org... time ni la x yah nak serius² sgt
Deletebest betul buffet breakfast tu! saya suka jus nanas!
ReplyDeleteTu la kita first time try jus nenas.. sedap rupanya hehe
DeleteKSarie rasa aktiviti team building sebegini memang awesome teruk ni lagi-lagi bab makan durian tu😅KSarie yang selalu fikir alasan untuk ngelat daripada program team building rasanya akan offer diri untuk hadir kalau beginilah aktivitinya😅
ReplyDeleteHahahaa kitrg dah bosan xtvt dalam kelas... itu yg lps pkp mmg TB kalau bole nak santai² je
DeleteBest aktiviti begini, santai-santai. Elok isi durian, kuning jer. Lagi syok, makan durian berjemaah. 👍
ReplyDeleteTu la nur... mmg seronok makan beramai² kan...nak² free plak tu 🤣🤣
DeleteYang tak makan durian tu dieorg duduk kat tepi je la perhati org lain kenduri durian ye? 😜 ruginya... tapi bagus la budak2 GenZ kat ofis Kak Ret semua sporting ye nak bermain dgn tanah hihi
ReplyDeleteYe betul... yg x makan mmg dok tepi sambil tgk member lain makan doyan.. hahaa berani derang x nak pegang tanah? Hahaa nnt kita tanam drg idup² kang 🤣🤣🥰 drg mmg ok je yg menurut perintah semua nya tu 🤣🤣
DeleteMemang rugi yg tak makan durian 🤣🤣. Sukaaaa acara hari kedua nih.
ReplyDeleteWalaupun pagi2 sempat seram dibuat kan 🤣. Tak ada air itu memang nightmare lah.
Kalau resort besar begini, dah pasti menu sarapan sedap2 😍😍😍. Puas nak sarapan.
Suka konsep teambuilding santai macam ni! Sarapan tepi pool, hirup jus nenas segar, pastu jalan-jalan dusun durian. Syok betul Ret siap ada masa ber-AC dalam bilik jadi puteri lilin lagi haha 😁.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com