JDM TEAMBUILDING: DAY 2 TANAM POKOK & MAKAN DURIAN     JDM TEAMBUILDING: DAY 2 TANAM POKOK & MAKAN DURIAN

JDM TEAMBUILDING: DAY 2 TANAM POKOK & MAKAN DURIAN

Hari kedua ni ekceli sangat santai haha. Aktiviti mengenali spesis pokok durian, menanam pokok dan makan durian berjamaah. Ok yang laat tu memang dinanti-nantikan ye. 


Kita sarapan dulu la ye. Kali ni kita pilih untuk duduk depan pool. Angin sepoi sepoi plus kipas berpusing pusing, memang nyaman je pagi tu. Ya betul malam tadi hujan jadi agak kebasahan la lantai nya. 

Oh just nak share. Pagi hari kedua bangun nak solat subuh , buka sinki, oh no takde air!!!  Alamak call bilik sebelah, member cakap bilik dia ada air. Ah sudah dah kenapa bilik kitrg je takde air kan?! Terus call front desk. Tak sampai 5 minit technician datang. Then terdengar bunyi air masuk saluran.

Alhamdulilah, rupanya power air bilik kitrg kena 'trip'... faham kan ? 😅😅 Lega gila wei, dah le pepagi memasing berlumba² plak sakit perut nya hahaa. Mimpi ngeri la kejap kan.


Bila dah ada air harus la cecepat mandi, solat dan bersiap. Ini confirm favorite stall sislin 🤣🤣 memang puas la kalau dia dapat makan telor pepagi tu kan 😝


Juice buah yang 'pior' direct without sugar ya. Tapi manis nya sedap sangat. Ako sejenis yang x makan nanas sebab trauma lidah sakit tapi bila dia buat juice sangat la sedap jadinya. Berulang ulang ako minum. 


Mi kari  ke mi sup haha ako lupa sebab tak sempat nak merasa bahagian ni.


Sape yang tak suka dim sum kan. Of coz la ni antara menu yang wajib dicuba.


Salah satu breakfast menu yang simple dan wajib ada kat hotel hotel. Tapi kat sini ako tak sentuh stall yang satu ni.


Yang ini ku sangka kan daging sebab siap ada tanda beef. Sekali dah amek, adoii nampak sangat kambing. Bau dia kuat gila oii. Pastu bila tengok balik baru pasan tulang yang besar² ni. 


Ayam rendang katanya tapi ako macam konpius hahah rendang ke kari ni😅😅 nasib la awak sedap ye cik ayam. Tak kisah la rendang or kari tapi tekak saya puas la sebab texture ayam sangat lembut. Sangat mudah nak leraikan dari tulang nya. 


Antara menu utama. Nasi lemak pun ada tapi macam biasa kita snap gambar mana yang sempat je la 🤣🤣



Jom gerak naik bas. Ada yang drive tapi ahkak ko ni malas nak drive pagi tu, alang alang naik je la bas sekali ngan yang lain.

Kita menuju ke Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.



Sampai situ terus dengar taklimat dulu ye. Taman pertanian ni besar rupanya. Mengikut kata fesi, if kita naik kereta, diorang bole je bawa pusing pusing ke dalam belakang dusun durian tapi memandangkan kami naik bas, jadi dia just bawa dusun yang bahagian hadapan je la.


Dah selesai taklimat, jom gi dusun. Kita belajar plak jenis jenis durian 🤣🤣


Sampai sampai terus nampak durian tergantung ni. Rasa nak capai capai je. Semua pun atas kepala haha mula tu risau gak buatnya gedebuk sebiji, naya je weii😅😅



Dengar lagi penerangan pasal pokok durian... bla bla bla opsss ako pun tak dengar sangat wei ..jangan salah kan ku, jangan salahkan ku. Sebab dia pun tak pakai mic, dah le ako pun kurang pendengaran kan 😅🤣 maka nya kita pun buat buat dengar je la ye 🙈


Pose bawah pokok durian ... ko hado😂








Pastu kita buat sesi membersihkan batas dan menanam pokok. Budak budak ni semua kena diajar cara cara bercucuk tanam. Al-maklum gen-z sekarang memanjang dok hadap laptop dan handphone kan. So sesekali jom kita kerah diorang bermain ngan tanah plak 🤣


It's durian time!! Of coz semua pun excited dah nak makan durian. Tapi kali ni yang ada black thorn, D22 dengan durian kahwin. Puas hati betul dapat makan durian 'free' ni hahaha (of coz la kan sebab bukan ako yang bayor)🤪

Ok jom la tengok random pics keadaan ketika derang tengah makan durian. 









Dalam ramai ramai tu semestinya ada juga yang TAK MAKAN durian. Haha rugi la kan. Tapi nasib baik diorang jenis yang tak kisah dengan bau durian. 




Dah kenyang moh la kita balik... muka muka banyak sinyum kepuasan sebab dapat makan durian. 😝






Sampai resort dah waktu lunch. So kita melantak dulu then aktiviti beriadah diteruskan untuk hari kedua.


Of coz dalam cuaca panas terik better I stay dalam bilik ber'ekon' ye hahaha. Al maklum i ni kan ibarat puteri lilin. Wakakaa... 

So berakhir sudah sesi hari kedua kami. Ya betul, konsep kitorang kali ni memang chill dan santai santai je.. no more classroom version.. buhsan 😷

Nota Jemari: nantikan cerita dinner lepas ni k 😂

Post a Comment

26 Comments

  1. Retreat gini la best, tak yah penat nak buat presentation bagai, nak kena pikir masalah negara semua hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis.... lagipun diorg pun dah penat 7 hari seminggu hadap laptop kan.. so sesekali bagi hotak drg rest and enjoy their weekends

      Delete
  2. KakRet, typo hati tu. Mujurlah bukan tak ada air betul-betul. Kesilapan teknikal je. Sedapnya jus nanas segar. Saya pun suka.
    Alamak, kambing memang kita tolak tepi. Tambah lagi kalau bau dia.
    Ayam tu nampak macam kari dah rupa dia. Kecelaruan identiti masakan pulak ye. Takpelah, janji sodap sudah. Banyak juga menu paginya. Nak makan banyak macam risau perut memulas. Ingatkan aktiviti dalam tu je, kena keluar jugak ek. Tapi syoklah dapat pergi dusun durian. Kena jugak ye menanam pokok tu. hihi..
    Durian time tu lah paling syok bagi hantu durian. Kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaamkkk typo kat mana? 😅😅

      Hahaha menu tu kita pun konpius.. takut diorg ni salah letak nama menu je 😅😅

      Btul buat hantu durian mmg berbaloi makan kat situ..

      Delete
  3. Hari bukan Hati, ayat 1st tu haaa..
    Jadilah kan at least aku ada di situ (kaunter telur) hahahahaha
    Kemain best dapat makan durian free kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo hahaha ok edit!!!

      Hahahaa pi ajak abg sabar n anak² staycation situ haha confirm semua suka

      Delete
  4. Wahhh..best ni ada team building gini...=D

    ReplyDelete
  5. Bestlaaa dapat durian free. Tergelak saya bila baca tang durian atas kepala tu. Takut juga tetiba dapat durian runtuh on the spot.

    Sedap2 makanan yang disediakan hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ... yg tu mcm 50 50 berjaga² ye bila dok bawah pokok durian 😅😅

      Delete
  6. dapat merasa durian kuantan ye kak...kalau durian raub,jerantut lagi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.... durian raub kita dh pernah try... nak try jerantut plak.la nnt

      Delete
  7. Retreat gini ler yang semua mauu... nak santai² & enjoy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu kak!! Memasing x nak berat kepala, time ni la nak lari dari pikir pasal kerja.. semua pun nak santai² je

      Delete
  8. Seronok sangat ni. Kita tumpang tengok kawan2 pergi team building. Memang best kan. Macam2 acara makan dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ye sis... time ni la nak huwa huwa ngan semua org... time ni la x yah nak serius² sgt

      Delete
  9. best betul buffet breakfast tu! saya suka jus nanas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kita first time try jus nenas.. sedap rupanya hehe

      Delete
  10. KSarie rasa aktiviti team building sebegini memang awesome teruk ni lagi-lagi bab makan durian tu😅KSarie yang selalu fikir alasan untuk ngelat daripada program team building rasanya akan offer diri untuk hadir kalau beginilah aktivitinya😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa kitrg dah bosan xtvt dalam kelas... itu yg lps pkp mmg TB kalau bole nak santai² je

      Delete
  11. Best aktiviti begini, santai-santai. Elok isi durian, kuning jer. Lagi syok, makan durian berjemaah. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la nur... mmg seronok makan beramai² kan...nak² free plak tu 🤣🤣

      Delete
  12. Yang tak makan durian tu dieorg duduk kat tepi je la perhati org lain kenduri durian ye? 😜 ruginya... tapi bagus la budak2 GenZ kat ofis Kak Ret semua sporting ye nak bermain dgn tanah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul... yg x makan mmg dok tepi sambil tgk member lain makan doyan.. hahaa berani derang x nak pegang tanah? Hahaa nnt kita tanam drg idup² kang 🤣🤣🥰 drg mmg ok je yg menurut perintah semua nya tu 🤣🤣

      Delete
  13. Memang rugi yg tak makan durian 🤣🤣. Sukaaaa acara hari kedua nih.

    Walaupun pagi2 sempat seram dibuat kan 🤣. Tak ada air itu memang nightmare lah.

    Kalau resort besar begini, dah pasti menu sarapan sedap2 😍😍😍. Puas nak sarapan.

    ReplyDelete
  14. Suka konsep teambuilding santai macam ni! Sarapan tepi pool, hirup jus nenas segar, pastu jalan-jalan dusun durian. Syok betul Ret siap ada masa ber-AC dalam bilik jadi puteri lilin lagi haha 😁.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com