SINOPSIS
Sabermula di awang - awangan menjadi lagenda. Bernegara istana di zaman nya dewa, kayangan Kerajaan Indera Dewata Purbaraya diberi nama. Kini Sampailah Masanya Kerajaan Indera Dewata Purbaraya Melebarkan Kekuasaan Takluknya di Alam Nyata. Seyogia, diperintah kepada Panglima - Panglima menentu telek Negeri taklukan. Busur Indera Sakti bersalut Perak dipanah jatuh ke sebuah negeri, tanah bertuah dan berdaulat lalu dinamakan Negeri Perak.
Telah dimaktubkan akan ada seorang waris Raja yang akan ditabalkan sebagai Sultan memerintah, menjaga keharmonian negeri . Hatta, pelayaran bahtera menuju negeri Perak, tersangkut di sebuah muara yang pasir nya menyerupai beras dan kelihatan basah lalu dinamakan Beting Beras basah. Untuk memastikan kemakmuran negeri, tanah telah dijaga disetiap 4 penjuru oleh Kerajaan Indera Dewata Purbaraya .
Hasil buminya tidak akan pernah kering walau surutnya air sungai mengalir. Siapakah figura di sebalik hikayat di Beting Beras Basah peristiwa bermula, penyaksian perjanjian dimeterai.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kali ni pementasan dari Negeri Perak.
Tarikh: 30 Oktober - 1 November 2026
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya
Tiket : WarisanMoraza
Nota Jemari: sekali sekala layan bangsawan


21 Comments
linda tak pernah tengok teater
ReplyDeleteAda rezeki bole tgk k
DeleteBelum pernah tonton teater di Istana Budaya, kalau dekat teringin jugak tonton ambil pengalaman.
ReplyDeleteHehe klu ada peluang sila layan k
DeleteMacam bersejarah sangat ini. Kita tunggu Teater Mansor & Liu je lah, harap2 harga tiket kasih sayang lah sikit.
ReplyDeleteOf coz la harga tiket keras.. tgk produksi pun dh bole agak 🤪
DeleteMacam pernah dengar kisahnya. Ke ada drama kat TV entah. Peminat sejarah ni bolehlah tengok teater ni nanti. Mesti lagi best.
ReplyDeleteKita ni bkn peminat sejarah.. 1st time dgr cerita ni tp sbb ianya sebuah teater, jd rs tertarik nak tgk
DeleteTak pernah tengok bangsawan tapi macam suka sebab ada unsur² budaya dan kemelayuan begini
ReplyDeleteJom PH..bole layan la lps ni mana tau feeling tu jadi minat smp bebila
DeleteOo... Istana Budaya dekat je ni
ReplyDeleteAha jom hahah
Deletekak retna pegi ke nie...
ReplyDeleteTu la mcm nak pegi... semlm tgk tiket ,ok la x mahal sgt tp sbb kita nak cr area wheeelchair mcm x leh beli online kena kat kaunter.. nnt nak try.. psstt awak nak join?
DeleteBaca sinopsis tu tadi dah macam terbawa² dalam teater🤭
ReplyDeleteHahaha kan kan 🤣🤣
DeletePernah sekali dulu tengok teater kisah sejarah di Istana Budaya. Best jugak.
ReplyDeleteMmg best sis.. kita suka tgk teater sbb live lakonan nyaa lebih² lagi kalau teater muzikal..
Delete#mengimbaujointeaterkatopis
Nampaknya di sana tengah banyak teater main ya kak 😍👍👍. Best nya kalau liat teater, sebab live, dan kita bisa tahu akting sebenar dari pemainnya
ReplyDeletekalau tengok teater Bangsawan, mau aku tido Ret hahahaha
ReplyDeletemenarik ni kalau dpt tgk
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com