Hari ni kan 2 Ogos 2026, so masa untuk ABIN pulang ke Poli. Macam biasa la kan balik ke sana memang confirm macam macam nak dibawa nya. Jadi nya terpaksa la kita pi menghantar. Nasib la lebih kurang 50 minit je perjalanan nya tu.
Sebelum sampai Poli, jom la kita melantak dulu. Sejak ABIN belajar di Trolak dulu, kitorang dah start cari kedai kedai makan yang menarik disekitar Slim River, Tanjung Malim dan juga Sungkai.
Untuk kali ni, kami akan cuba buat list kedai kedai di area Tanjung Malim. Nah, cari punya cari dapat jumpa kedai di celah lorong seni di pekan lama Tanjung Malim.
Kedai Makan Ayah Din diberi nama. Kedai ni tak besar. Satu satu nya kedai di lorong seni. Kawasan sini bersih je tau walau kat lorong je pun.
Brekafast tadi kitorang makan Nasi Daging jadi nya lunch ni kita nak makan lite² je la. Nasib la terjumpa kedai ayah din ni. Menu memang simple dan lite lite je.
Menu utama dia adalag Mi wantan Kicap & juga Mee wantan sup.
Camni la rupa mi wantan kicap nya. Not bad tau... Untuk korang yang mencari menu lite macam kami, next time ke Tanjung Malim, boleh la cuba juga k.
Mi wantan sup pun ok la not bad juga. Untuk korang yang tak makan pedas, mi ni sangat sesuai untuk korang.
Selain mi wantan, ada juga roti bakar. Ada perisa kaya, nutella, peanut & jem stroberi.
Air memang banyak pilihan. Speciality dia air bunga telang.
Kitorang just order air longan dan air laici sejuk. Sekali hirup lega tekak 😆
Alhamdulilah... rezeki jalan jalan cari makan untuk kali ni. Next kita cari tempat lain plak k.
Alamat:-
Kedai Makan Ayah Din
Lorong Belakang, 23, Jalan Besar, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim, Perak
Buka: Sabtu, Ahad & Isnin sahaja
Dari jam 9:00 pagi - 4 petang
Untuk check waktu buka boleh check kat sini -->
Nota Jemari: rezeki jumpa member blogger... eh ako lupa dia blogger ke ako kenal dari forum mesra.net 🤣🤣 yang pasti memang kitrg dah kenal lama sejak tahun 2002. Sorry Mas, lupa snap gambar.. ako tau ko follow blog ni dari dulu... haha nnt bole hi hi kat sini.. #silentreader blog anakomak 🤣🤣












18 Comments
Terliur la pulak mi wantan sup tu. Nampak menyelerakan la.
ReplyDeleteHehehe ok gi cari cpt takut mengidam plak kang 🤪
DeleteLama x jejak Tg. Malim...
ReplyDeleteIni pun kalau abin x beljr area sana, mmg x jejak juga ni 😅
Deleteterliur mee wantan sup dan roti bakar! wowww retna kenal kwn tu dari tahun 2002 yer...dh sgt lama tuuuu 24 thn lps!
ReplyDeleteAha tu la sis.... lama kenal dia ... jarang jumpa tp kalau jumpa mmg havoc laa
DeleteNampak sedap betul menu Kedai Makan Ayah Din ni! Tempat JJCM macam ni memang terbaik untuk makan santai.
ReplyDeleteKan kedai² camni br syiok santai² makan
DeleteDulu rasanya tak ada lagi kedai ni. Dekat kedai gunting rambut ke?
ReplyDeleteAlaamkk x nmpk plak kedai gunting rambut 😅😅
Deletehehehe.. aku pon sama daa x sempat nk amik hp sorry.. next time weh.porum mesra daa 24th ...
ReplyDeleteWeii hahaha ok kat mesra...lupa daaa byk sgt forum dulu 🤣🤣🤣
DeleteSemuanya nampak sedap! Next time tapau utk kita erk haha 😂
ReplyDeleteHahahaa bereh kak ... 🤣
DeleteKalau saya pergi sekali hantar anak buah kat PSAS semalam mesti terserempak jugak. hihi..Okay boleh masuk dalam list. Kot ke sana lagi boleh makan kat sini.
ReplyDeleteOk next time jom pakat² jumpa ngan sha sekali hehehe....
DeleteBanyak perisa roti bakar tu..best..
ReplyDeletehahaha...selalu jadi gitu. lupa mula kenal dimana..di friendster, fotopages.. apa lagi zaman dulu?
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com