Alhamdulilah blog dah back to normal. Syukur tak perlu nak buat blog baru kan 🤲😅
Ok lunch tadi kitorang buat makan makan sempena rasmi tukat layout opis yang baru untuk blok B. Department ako terbahagi dua ye. Satu kat blok A dan satu lagi di blok B. Dedua blok A & B just terpisah dengan lif je. Tak perlu nak keluar bangunan pun.
Blok B dah 2 minggu renovate. Nak kasi suasana baru katanya haha. So hari ni rasmi la semua nya siap dan boleh pindah masuk.
So saja la diorang nak buat makan makan sket untuk 'rumah' baru tu kan haha.
Layout baru ni memang nampak lagi luas la ye sebab partition tak tinggi sangat dan layout pun jenis terbuka je. Ekceli macam kureng best la ye sbb ko duduk semeja ngan bos ko haha. 🙈🙈
Meja ako kat blok A hehee masih guna layout yg lama, which is with high partition dan ada privasi sket la compare yg dekat B ni 🙈😅
Mungkin bilik ini dapat menaikkan semangat rakan² opis ako dengan layout baru ni kan. Hahaha... bilik karaoke ke tu? Hahha bukan bukan....
Itu bilik hilangkan stress 🤣🤣
Bilik kedap bunyi. So ko nak menjerit ke ko nak memekak ke, nak hilangkan stress bole masuk bilik tu. We will see, siapa yang tak sabar nak hilangkan stress dia tu kan haha 🤪
Untuk kerusi meja ni sementara je sebab nak makan makan kan.. so kemudian nanti diorang akan letak sofa je.
Alhamdulilah majlis makan makan selesai dengan kesyukuran bila blog dah back to normal hehe...
Nota Jemari: just syukur....






17 Comments
Alhamdulillah..Kita pun happy semua dah dapat blog masinga-masing. Kurang sikitlah privasi di Blok B baru ni ek partition rendah sikit. Paling best bilik tu lah. Jangan jadi bilik gossip sudah lerr.
ReplyDeleteWeaw... Bagusnya ada bilik kedap bunyi... Lepas ni kalau nak kentut tau la nak tuju ke bilik mana... Hehhehe
ReplyDeleteSenang nak gosip layout camni 😄. Alhamdulillah lega dah dapat blog. Harapnya tak berulang.
ReplyDeleteHappy bila kawan- kawan dah dapat balik blog masing- masing..eh..Retna pun kena gak ke...
ReplyDeleteOh kenduri kesyukuran la gayanya ni. Macam confused juga baca tajuk ingatkan baru nak design layout ofis, rupanya dah siap hehe
ReplyDeleteNak tumpang masuk bilik kedap tu boleh?
ReplyDeleteSyukurlah blog sudah kembali normal. Blog abe kie pun turut terkena hari tu. Mujurlah slps 12 jam blog sudah kembali normal..
ReplyDeleteSemakin maju semakin kurang privasi. Apa pun keluasan itu melegakan sedikit.
ReplyDeleteBest tu ada bilik kedap bunyi. Untungnya hihihiii....
ReplyDeletePerghhh.. ada bilik menjerit!!!
ReplyDeleteLayout dia macam dalam kdrama la.
Nak tgk kdrama x leh la ddk tepi bos..kalo bos boleh join x per lah...haha
ReplyDeleteWahhh..best gini =)
ReplyDeletebilik kedap tu sesuai nak bergosip bila ada geng membawang call haha
ReplyDeletetak bestnya kena buat kerja semeja dengan boss
Tu bilik utk buat call kan? Bilik nak buat kerja sambil menyanyi pun boleh jgk. Jgn jadi bilik membawang sudahhh 😜
ReplyDeletelepas ni makin bersemangatlah yaa nak bekerja
ReplyDeletechaiyok chaiyok!
layout opis baru semangat baru gitu!
ReplyDeleteKantor2 di asia ini memang cendrung pakai partisi kan, sebab mementingkan privacy
ReplyDeleteTp dulu di HSBC, banyak departemen termasuk cabang tempat saya, tak pakai partisi. Krn HSBC dr UK headquarters nya. So sistem eropa yg dipakai, no privacy semua hrs terbuka 🤣🤣
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com