POPIA UNTUK KAWAN     POPIA UNTUK KAWAN

POPIA UNTUK KAWAN


Malam tadi, sebelum tido, dia dah bizi kat dapur. Nak masak megi. Eh tapi bukan untuk makan malam. Dia nak buat popia inti megi goreng. Hahaha korang pernah try tak? 😜

Beriyer la dia buat preparation.
So pagi tadi pukul 530 pagi dia masuk bilik ako. Ako ingatkan dah pukul 6 pagi or dah lewat bangun. Auto ako bangun terus gi mandi. Selalu ako akan tengok jam dulu, mengeliat² pastu termenung baru masuk toilet.

Tapi pagi tadi auto terus masuk toilet and mandi. Bila dah siap, tengok jam eh baru pukul 5:45 pagi 😲😲😲

Ako salah tengok jam ke? Ke jam ako salah pusing ke. Hahaha rupa² nya memang belum pukul 6 pagi ye. 🤣🤣 Abang aqeem yang selalu bangun awal pun tak siap lagi.

Adoii uyum ni!!! Ku ingat kan kita dah lambat🤣🤣

Ok ok tau kenapa dia banguna awal? Sebab nya dia nak goreng popia megi yang dia prepare malam tadi. 

Siap pesan, soh ako tengok time dia masak. Nak soh berjaga² bila dia kat dapur. Ernnn...

Popia inti megi ni khas untuk si kembar, member kelas dia yang baru kehilangan mak. Semalam besday si kembar. Itu yang excited nak buatkan popia special katanya 😅😅


Hahaha hasil kejadian popia inti megi. Ekceli sedap gak haha before dia buat untuk kembar, wajib la dia buatkan untuk Nina dulu kan. 🤪🤪

Nina dah approve, then baru bole bagi orang lain rasa. 

Lately ni rajin plak dia masuk dapur ye. Haha... untuk si kembar, Rafiq & Rafif, Selamat Hari Jadi. Semoga kamu berdua sentiasa dilindungi, happy dan sihat² selalu ya. Semoga sentiasa jadi anak yang soleh dan sentiasa doa untuk arwah ibu k.

Nota Jemari: nak cuti..... 😭😭

Post a Comment

15 Comments

  1. Ya ampuun..Nina terus bangun awal ek disebabkan Uyum bangun awal. hihihi...
    Baiknya Uyum..berusaha dia buat popia inti maggi untuk birthday si kembar.Sedih pulak kita dengar berita tu. Semoga mereka baik-baik saja.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah semoga niat dan usaha baik Uyum untuk gembirakan kawannya dapat keberkatan dan pahala. Amin.

    ReplyDelete
  3. Allah…baiknya hati Uyum. Terharu acik tau 🥹
    Semoga Uyum dan kawan-kawannya sentiasa dalam kasih-sayang Allah.

    Uyum buat resepi barukah? Unik tu popia inti megi goreng.

    ReplyDelete
  4. Langsung tergelak part bangun kepagian 😂😂😂. Langsung mandi pula kan.

    Aiiiih uyum, ikut terharu aunty bacanya nih 😄🤗🤗. Pastilah si kembar happy sangat dikasih kue buatan Uyum sendiri. Isssh, nak juga lah merasa kue buatan Uyum 😄👍

    ReplyDelete
  5. Uyum kan nak jadi chef. Kena siap duit hantar gi Sekolah Memasak lepas ini. Tahniah !! uyum

    ReplyDelete
  6. Tak memasal Nina kena mandi awal pagi ye hehe. Good job Uyum! Bila nak rasa air tangan Uyum ni? 😜

    ReplyDelete
  7. Sedih pulak. Mulia hati Uyum nak happykan kawan2. Semoga menjadi anak yang soleh buat kembar. Happy birthday.

    ReplyDelete
  8. Yang penting usaha tu. Baik budak ni, muda-muda dah rajin masak di dapur.

    ReplyDelete
  9. Wah goodnya uyum! Tadi baru tengok orang jual popia megi ni.
    Semoga baik² je utk kembar berdua tu ❣️

    ReplyDelete
  10. bagusnya uyum, okeyla tu heret nina bgn pagi sekali. nina pun dpt mkn.

    ReplyDelete
  11. Memang sedap pun inti ini.. selalu jer ada org jual.. ada yg campur ayam dan sayur sikit..

    ReplyDelete
  12. Masyaallah.. mulia nya hati Uyum ni... gorengkan popiah untuk kembar sempena birthday yang baru kehilangan mak.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah rezeki ada anak yang ada rasa empati yang tinggi kepada kawan-kawannya. KSarie tak pernah lagi makan popia inti maggi goreng

    ReplyDelete
  14. Bagusnya ada kawan mcm Uyum ni .. Ada Sense of humour kt member yg kehilangan ibu..Usaha gembirakan di hari besday member. Alhamdulillah...Didikan family yg baik..

    Menarik ye ...popia inti megi...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com