,

Ako yang TERlebih 'pandai'

Malam tadi, ako tengok kolam ikan kat umah ako tu dah kekurangan air. So, sebab TERlebih 'pandai' ako pun penuhkan la kolam itu dengan air yang banyak. Tanpa melihat terlebih dahulu sama ada anti-klorin masih ada lagi ke tidak. Dijadikan cerita, pagi ni bila tengok je ikan dalam kolam itu, alih2 nampak 2 ekor ikan sudah pun menghembuskan napasnya yg terakhir tanpa sempat meninggalkan pesanan.

Nampak x ikan 2 ekor itu?? Adusss mampos la ako kena bebel ngan adik ako. Apa taknya, sebab dia yang membeli ikan2 tu sumer. Sampai kat ako soh jaga, terus mampos lak ikan2 tu. Aiyooo.... nampak gaya ako kena la ganti balik ikan-ikan yang dah 'pegi' itu.

Dan sekarang ni dalam kolam itu hanya tinggal ikan2 yg berwarna hitam sahaja. Erkk jangan tanya ako apa jenis ikan2 hitam itu. Ako sendiri tak tau. Untuk pengetahuan kowang, ako bukan penggemar membela2 binatang kat umah. Ikan2 ni pun ako jaga sebab arwah MAK ngan ABAH yg suka bela. Dan lagi, ako sendiri tak pernah gi beli anak-anak ikan yg baru. Sumer keje2 membeli adalah urusan adik2 ako je. Yang ako tahu just bagi dia makan tiap2 pagi.

Nampak gaya lepas ni terpaksa la ako amek berat sket pasal ikan2 itu. Bila dah terlebih 'pandai', camni la jadinya.

Nota Jemari: kena beli b4 adik ako balik KL ni... tapi... adehh MALAS nya!!
Share:

2 comments:

  1. lain kali campur sikit sirap woi.. baru ler ikan tu gumuk2 minum air sirap.. belajar la dari aku cara bela ikan.. adehhh teringat arwah sang bedal.. huhu

    ReplyDelete
  2. Caitt!!
    Klu letak sirap, bukan takat ikan, tuan yg jaga pun nak minum gak.. muahahaha.... :p

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.