, ,

Aku Blogger ... SO WHAT??!!


Kena buat karangan ker???? erkk gurlpp.. sah, konpom memang ako FAIL bab-bab mengarang nih. Tapi tak cuba mana nak tahu kan. So, ako sahut je la cabaran Mr Ben pasal entry yang satu ni. *mat, sila jangan melopong molot dan buat-buat terkejut ek sebab ako join contest-contest kat situ...muahaha*

Ok syarat, kena ada header Mr Ben .. Setel, ako dah tempek kat atas entry nih.
Pastu kena letak link. Setel juga sebab ako dah letak kat celah-celah ayat di atas.
Lagi kena citer pasal diri sendiri ek? Aiyo....

Ok ok test test 1,2,3...
ehemm...

Nama ako Retna.. Nama glamer retna.. erkk cam sama je.. Pape nama pena atau dalam alam maya ako prefer guna anakomak. Jangan tanya mana ako dapat nama sebegitu. Sungguh ako sendiri tak ingat macam mana nama itu bole terlekat hingga kini. Klu kowang pasan, ako slalu menggunakan kata ganti AKU dengan menulis sebagai AKO. Ramai yang salah sangka penggunaan AKO dalam penulisan blog ini. AKO disini takde kena mengena samada hidup atau mati dengan pelakon AKO MUSTAPA. Sila maklum ye!

Ako dilahirkan di HKL dan dibesarkan serta mendapat pendidikan di Johor Bahru.
Dan selepas tamat belajar ako kembali semula ke KL untuk meneruskan kehidupan di alam pekerjaan. Ako bukanlah seorang yang pandai hatta kaya sekalipun sebab itu ako bekerja dan menjadi kuli di salah sebuah pusat kewangan yang termashyur di Malaysia. *pada yang slalu menjenguk sini tentu sudah maklum akan tempat ako mencari rezeki skrg nih*

Umur sudah menjangkau tahap WAJIB berkahwin tapi atas sebab-sebab tertentu, kewajipan yang satu itu masih belum lagi dapat ditunaikan. Klu arwah mak ngan abah masih hidup, kira nya ako ni masih peringkat di bawah jagaan mereka la gitu.

Next kena jawab beberapa soklan plak.

 - Dunia blog? ermmm so far besh! Nape ako cakap besh sebab dalam blog ako bole cerita dan menulis sesuka hati ako. Walau ako nak mengutuk, walau ako nak memuji, walau ako nak meluah, takde sape yang nak larang. Blog bagi ako beri kepuasan, blog tempat ako berborak, blog tempat ako cari kawan baru, blog tempat ako melepak dengan ertikata lain merayap dari satu blog ke satu blog.

- Perkara positif?? Ako dapat kenalan baru!! Itu semestinyaaa... Bermula dari blog, perkenalan dari alam maya membawa ke alam realiti. Dari ko kenal dia sorang, terus ko kenal ahli keluarga nya yang lain. Dari ko kluar hanya menyertai xtvt kecil-kecilan terus ko sertai xtvt-xtvt besar-besaran. Bak kata, dari blog segala nya bermula bagai satu keluarga.

Perkara negatif? Erkk ada ke ek? Jap jap nak pikir... ermm so far ako rasa takde negatif sangat la yang pernah ako alami sepanjang berblogging nih.

- Glamer??? Blogging glamer ker? ermm so far ako x glamer pun bila berblogging??? muahahha... Ha ye ye glamer arr kejap bila muka & blog ako masuk tibi 2 tahun lepas..hahaha lepas tu, hilang dah keglamerannya. Lenyappp................hehehe ..*citer lanjut kat sini*

- Bangga jadi blogger!!!

Ok dah dah ghase nya karangan ako ni dah lebih 100 patah perkataan.. So, Mr Ben, layak kan masuk dalam list??? Thanks *wink*

Nota Jemari: mimpi apa ako ni ek?....
Share:

14 comments:

  1. boleh dapat A macam ni peringkat berbelog... tatabahasa santai...
    ( cikgu sedang menyemak karangan )

    ReplyDelete
  2. alamakk bila cikgu datang menyemak karangan... taakott.. gigil gurlp...

    (doa-doa lepas la masuk exam kontest) ehhehe

    ReplyDelete
  3. salam kenal,
    terjah dari blog BA...
    huhu... hebat2x..
    i folo u

    ReplyDelete
  4. terjah drpd belog abg ben, terjah blog saya jugak ea, hehe <3

    ReplyDelete
  5. MLD,
    thanks terjah ke sini ;-)

    Saia,
    sure no prob.. thanks aniwei :)

    ReplyDelete
  6. saya join jugak.. jemput baca yer..

    http://izamirridzwan.blogspot.com/2010/12/aku-blogger-so-what.html

    ReplyDelete
  7. yang santai tuh la yg best kan..

    ReplyDelete
  8. haaaaaaaaaaa masuk tibi pasal apa??? cite!

    ReplyDelete
  9. ila,
    yup santai tu arr yg best kan hehe

    biqque,
    cuba masuk balik, klik kat link yg i dah link kan hehehe.. nothing just kat RTM je pun ;-)

    ReplyDelete
  10. yeah trus menerus memeriahkan dunia blogging ini

    ReplyDelete
  11. u punya pasal la ni! i pun masuk! hahahaha!

    http://biqque.blogspot.com/2010/12/aku-blogger-so-what.html

    ReplyDelete
  12. hyep..da follow blog u, follow blog saya plak ye...
    http://jue-girlz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. biqque,
    ahhhhahha chaiyok!! syabasss :p

    jue,
    orait dik :)

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.