,

Mana menghilang aura ku?

Kisahnyaa...
Sejak akhir-akhir ni department ako ada sket masalah.
Bukan la besar mana pun, eh jap jap tapi besar la juga klu dah membabitkan waktu bekerja.

Camni, LAN ...
eh bukan LAN nama owang tapi LAN , ala iaitu connection saluran untuk menghidupkan pc dengan dunia luar. erkk cane ek nak citer.. iskk...

Jadinya camni, bila tengah-tengah buat keje, sudah banyak kali kejadian PC terOFF sendiri. Memula moskel juga, ye la memasing puas juga la dok cari kot-kot ada wayar yang terlonggar ker kat memana. Tapi masih tak jumpa dan tak tahu punca. Kejadian pc OFF sendiri ni buatkan keje-keje slalu tergendala la kan.

Atau dengan kata lain, tengah buat keje klu lupa nak SAVE, ermm alamat nya kowang pepaham sendiri je la ye.

Makanya, semalam pagi sudah terjumpa la mereka punca pc terOFF slalu tu. Ghope-ghopenya akibat wayar kat depan pintu masuk department mcm ada sket 'weng'.

Jam 5 petang semalam, sumer dah kena shut down PC.
Sebab owang JHP nak perbetulkan memana wayar yang tak betul.

Tak pasti derang betulkan macam mana.
Yang ako nampak derang ketuk2 batu lantai tu.
Dan pagi ni dah pasang balik.

Mungkin wayar yang tertanam lam batu lantai tu ada sket longgar la kot.
Harap-harap pasni dah takde kejadian pc terOFF sendiri.

Pagi ni plak kawan sebelah ni , ntah aura mana dah masuk lam badan dia.
Tetiba TER rajin yang amat.
Sesi kemas mengemas dimulakan dari pagi hingga lah sekarang.
Nampak sangat banyak sungguh barang-barang yang kena dibuang.

ehemm.....
agak-agak esok ke, bole tolong kemaskan tempat ako plak tak?
ahahhaa............... Pssttt nanti upah, pisang goreng cicah sambal kicap! ngehh :p

Kemas punya kemas, erkk.........
Ye ye sowi....
Saya terlebih sempadan plak.
Terover plak barang-barang ai masuk sempadan u ye.
hahahaha.... Takpe takpe tunggu turn saya plak mengemas ye.
Nanti akan kupastikan tiada lagi sempadan antara kita.
lalalalaa.................

Bila la aura RAJIN nak masuk lam badan ako ye??

Nota Jemari: tolongggggg!!!
Share:

8 comments:

  1. hahaha...ko igt senang nak dpt aura ni?? Setahun sekali pun sukar ok..bersyukur la at least hr ni tetiba aura itu datang...kalo tak..sian org lalu blkg kita...semak mata depa...hahaha

    ReplyDelete
  2. ye ye .. aissshh bila lak aura ako nak sampai ek :p

    ReplyDelete
  3. nanti nak chop Farihah kemas tempat ila plak...huhuhu....retna...cam ne wayar kat situ weng? erk..pelik tuuu

    ReplyDelete
  4. ila,
    ntah laaa.... dulu ada sekali cuma lately ni kerap asek pc terOFF je..

    tu yang soh JHP check...
    ni pun dapat pasan bila sekali tu cleaner masuk betul2 dia benti kat depan pintu terus tershurdown pc hehe.. tu yg suspect wire kat situ tu..

    ReplyDelete
  5. eh jap2..nape font blog ko jd kecik? ke mmf ko kecik kan? rasanya sebelum ni besar...ermmmmm

    ReplyDelete
  6. ako tkr jenis fornt jer tapi x tukar kebesaran atau kekecilan font.. means, ko kena view kasi besarkan kat chrome ko ;-)

    ReplyDelete
  7. aku try besarkan...klu masuk blog ko ok lagi..
    tp bila masuk blog org lain yg dh mmg mmebsar font dia...mak aiii bertambah2 tumbesarannya...hahahahaha terkejut aku..hahaha

    ReplyDelete
  8. wkaakakaa... hahahapelik gak sbb ako x ubah pape pun.. so makna nya setting chrome ko mmg besor la bkn normal hhee :p

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.